Assalamualaikum.
Hey semua. Sihat? Fuhh.. lama gila kitaorang tak jejak blog ni. Sadis sungguh bila balik kampung tetibe tak ada internet connection. Takde internet connection pun disebabkan tuan punya rumah ni bertandang ke KL selama seminggu. Katanya nak melawat kitaorang (ceh memandai je aku ni) jadi disebabkan dah lama sangat tak bukak that's why dia jadi macam tu dia jadi slow sangat. Tuan punya internet ni pulak kebetulan makcik kami, EH kebetulan ke :p Jadi 26 haribulan 11 haritu dia nak balik Ipoh balik, Ipoh tu kampung kitaorang juga makanya kitaorang sepakat beramai ramai untuk memenuhi satu gerabak keretapi. Fuhh punya la bising dalam gerabak tu, kitaorang pulak buat macam rumah sendiri sampai orang lain pun rasa terganggu dengan kehadiran kitaorang. Please imagine ada 9 kanak kanak dan 8 dewasa naik satu gerabak pastu tak campur lagi dengan orang luar. Hahaha.
Muka penuh teruja nak balik kampung (teruja sangat kan. hakhak) Oh ya kitaorang dibekalkan oreo sekotak 2 orang. Pastu air sebotol sorang. Ada yang dapat air coke,air strawberry,hundred plus,ice cream soda. Tapi kitaorang dapat air twister orange,kitaorang kan sweet so dapatlah air yang sweet sweet gitu. (sila tumbuk muka kitaorang) Haha.
Okay,dah masuk sila amik tempat masing-masing pastu angkat tangan ye anak-anak. (motif angkat tangan?)
Haa. Tu dia. Buruk perangai sungguh cousin cousin kitaorang ni. Tempat duduk tak panas lagi oreo yang dibekalkan dah sempurna diaorang lahapkan. Termasuk budak kecik comel yang tangan kat hidung tu.
Memandangkan tak delah penuh sangat gerabak keretapi tu maka kitaorang beramai-ramai pun membuat lawatan. Tempat yang paling top yang harus dilawat tidak lain tidak bukan ialah tandas. Biarlah,bukan hari-hari dapat guna tandas dalam keretapi kan. So,dah sampai depan tandas pintu terbuka bagai mengalu-mengalukan kedatangan kitaorang. Haha. Dayana dengan pantas meluru masuk.
Sekali bila dayana tutup pintu baru perasan sebenarnya itu untuk oku. Aku dah tersenyum-senyum depan tandas tu. Tak pe lah tak salah pun kan. Hehe.
Tersenyum setelah membuang hajat. LOL. Ampun dayana :P
Baru perasan salah tandas. Haha.
Separuh jalan diaorang dah merengek-rengek nak mee pulak. Adoi,tak kenyang lagi ke. Tak pe takpe. Makanlah korang. Makan. Habis satu gerabak tu bau mee goreng. Maaf ya ibu ibu bapak bapak yang ada dalam gerabak sama ngan kitaorang. Kitaorang memang sengaja nak menguji ketahanan perut ibu ibu bapak bapak. Kikiki.
Semangat harus ada walaupun tengah makan =D
Budak kecik comel ni datang kat kitaorang mintak mee goreng. Comel je. Tapi tapi kan. Masa kat kampung kaki dia tercucuk besi. Berlubang lah jugak. Seriau kitaorang tengok. Sakit kut. Darah banyak gila .___. Tapi selang berapa hari dia dah boleh jalan balik. Siap lompat lompat lagi. Lasak sungguh.
Dipendekkan cerita. Setelah agak dua jam kitaorang se-family meriuhkan suasana dalam gerabak tu sampai mengganggu penumpang lain akhirnya kitaorang tiba jugak di station keretapi ipoh. Alhamdulillah semuanya selamat :)
Yay!!! Dah sampai kampung. Next entry kitaorang nak cerita pasal aktiviti kekampungan kitaorang kat kampung. Nantikan. Hehehe.
Thanks for reading!
Bestnya balik kampung ramai-ramai :-)
ReplyDeleteyaa. riuh satu kampung :)
Deletebest nya!! dah lame tak naik kereta api. hehe.
ReplyDeletehehe. ajak la family jalan2 naik keretapi:)
DeleteAssalamualaikum,.... dr ohsemtv:
ReplyDeletewah!!!....... bestnya balek kg, kena plak naik train kan kan kan.... hahahaha terbaekkk tooooqqqqqq