Wednesday, December 12, 2012

Anyong!

Assalamualaikum.

Hye semua. Kitaorang masih lagi bersiaran dari kampung tercinta. Hari ni dah 12.12.12  Cepat betul masa berlalu. 20 haribulan ke atas maybe dah kena amik result pmr. Haih. Harap semuanya baik-baik sahaja. Doakan kami ye. Pastu tahun depan dah form 4. Fuh. Rasa macam tak percaya dah nak form 4. Rasa macam baru semalam habis tadika tetibe tahun depan dah masuk form 4. Apakah semua ini???

Sudah. Lupakan sebentar hal masa yang terlalu cepat berlalu. Hm. Sepanjang kami kat kampung ni. Air kejap ada kejap tak ada. Geram jugak kekadang tu. Subuh ada pastu dalam pukul 8 pagi sampai 2 petang tak ada air balik. Pastu maghrib tak ada air jugak. Jadi kalau pagi tu opah biasanya suruh kitaorang terjun sungai. Walau tak sedalam mana dan tak sejernih mana tapi apa kitaorang kisah. Janji dapat main air. Hehe. Tetapi kesannya ialah kulit kitaorang menjadi semakin gelap dan gelap. Sad.


Kena turun ikut tangga sebab tebing dia tinggi. Megikut cerita opah dan mak su kitaorang. Dulu diaorang buat gelongsor menggunakan tanah liat kat tebing tu. So,bila diorang nak turun ke sungai just turun ikut gelongsor buatan diaorang tu lah. Bunyi macam seronok kan? Tapi apakan daya. Sekarang semuanya dah lain. Tak dapat la kitaorang nak merasa semua tu. 

 

 

Dah penat mandi sungai diaorang buat istana pasir pulak. Lepas dah siap istana diaorang pergi musnahkan pulak istana yang diaorang dah buat tu. Aku pun tak faham.


Oh ya. FYI aku ngan dayana sekarang kemaruk nak belajar cakap korea.

 

Ni lah cikgu yang gigih mengajar kitaorang siang dan malam. Eceh. Ala tapi biasalah. Hangat hangat tahi ayam je. Dah pandai beberapa ayat pastu dah malas nak belajar dah. Sungguh tak patut. Hehe.

Anyong hi geseyo :)

Thanks for reading our entry!


4 comments :

  1. selamat memasuki alam form 4..huhuhuh.. moga result PMR adik awesome^^!

    ReplyDelete
  2. huhh..syoknya mandi sungai...dah lama tak merase...mandi laut je...last bulan lepas...

    ReplyDelete