Tuesday, December 11, 2012

Sa-eob

Assalamualaikum.

Hari ni kitaorang nak sambung cerita pasal aktiviti kitaorang kat kampung.

  Kitaorang kan jual kuih pagi-pagi. Mula-mula ingatkan senang je nak berniaga ni,buat kuih pastu jual je lah. Tapi rupa-rupanya. Haa amik kau banyak benda nak kena fikir. Nak kira modal untuk setiap bahan-bahan yang digunakan. Nak bahagikan duit antara modal ngan untung. Pastu kira berapa rugi. Fuhh. Penat woo. Tapi dengan adanya Dayana yang hebat jadi dia lah yang uruskan bahagian kira-kira ni. Kalau harapkan aku. Memang tak mampu lah kan. Hehe.

 

Tengok ni. Kat Mydin lagi kitaorang dah kira-kira. Punyalah semangat nak memulakan perniagaan. 

Kitaorang biasanya start siapkan barang malam.
Dayana masak sardin aku pulak gilingkan roti. Sardin yang Dayana buat sedap gilaa!. Serious. Sebelum ni aku tak suka sardin tapi bila dah rasa sardin yang dia buat tetibe pulak suka. So,kalau korang ada terjumpa Dayana kat luar cepat-cepat suruh dia masakkan sardin ye :D

Pagi pulak kitaorang bangun dalam pukul 5 pagi. 


Okay,jam tu lambat 40 minit. Hahah. 

Bangun-bangun terus gulungkan sardin dengan roti dan sosej dengan roti. Pastu dah siap gulung panaskan minyak dan goreng kan benda alah tersebut,

 

Dan susun lawa-lawa,molek-molek,omey-omey,cute-cute dalam bekas. Baru ada orang nak beli kan ;)


Dalam pukul 6 suku pagi kitaorang dah bersiap pakai tudung lawa-lawa,tepek bedak,sembur minyak atar  (itu tipu okay. tak de masa kitaorang nak berlawa dah la mengantuk bangun pagi-pagi) nak hantar sardine roll and sausage roll kitaorang buat kat gerai sahabat opah kitaorang yang kitaorang sayang ketat gila.

Haa ni lah gerainya. Dekat je ngan rumah opah kitaorang. Dalam 2 minit je jalan kaki dah sampai. Tapi kadang-kadang tu seram ah jugak. Jalan berdua dalam gelap gelita. Seram woo. Tapi buat lek je lah kan. 


 

Kitaorang punya sausage roll and sardine roll dalam bekas biru and oren tu. Comel je kan? Hehe.
Yang tudung coklat tu opah kitaorang okay,jangan korang mengada ingat tu mak cik tuan empunya gerai tu pulak!


Tengok ni. Kitaorang rekodkan hasil jualan kitaorang kat sehelai kertas je. Itupun terjumpa kat ceruk mana tah. 

Thanks for reading our entry :)


p/s : Sa-eob tu makna dia perniagaan ;)


No comments :

Post a Comment