Tuesday, July 30, 2013

Paratha/Tortilla Chicken Cheese


Assalamualaikum.

Malam ni nak kongsi satu resepi yang sangat mudah lagi ringkas. Pernah pergi hot and roll tak? Ala, kedai yang jual pelbagai jenis paratha tu. Jap, aku google.

Haa,kedai ni 
(gambar ihsan google)

Resepi kali ni dinspirasikan dari paratha yang dijual kat kedai tu lah. Aku pernah beli dan masa orang tu buatkan paratha aku,aku perhatikan dengan khusyuknya. Rupanya hek'eleh senang je pun. Better buat sendiri kan. InsyaAllah rasanya sama. Yang penting mulakan dengan bismillah dan buat dengan penuh kasih sayang. Cewah. So,lets cekidaut ~

Bahan-bahan :

 
~ Paratha / Tortilla
~ 1/2 bawang kuning (Holand)
~ Sedikit butter/minyak
~ Daging ayam yang sekeping-sekeping tu (cari je kat bahagian frozen food, mesti ada punyalah)
~ Mozarella cheese
~ Cheddar cheese (ini hanya tambahan,buat penggemar cheese macam aku)
~ Mayonis 

Cara-cara: 
1. Panaskan pan, letak sedikit butter ataupun minyak dan goreng bawang kuning. Dalam 1 minit je.    
    Dah masak ketepikan, letak dalam piring etc.
2. Panaskan roti tortilla / paratha di atas pan. Tidak perlu minyak. 
3. Dah agak garing, terbalikkan dan taburkanlah dan hujanilah roti anda itu dengan :
-bawang yang telah digoreng tadi
-kepingan ayam
-cheese (sebanyak mungkin) lol

Akhir sekali letakkkan mayonis untuk menambah lagi keenakan. ermm YUMMY ~
Lipatkan separuh bulat, dan bahagikan kepada dua.





Inilah hasilnya. Paratha/Tortilla Chicken Cheese 

Selamat mencuba ^^

Thank you for reading our entry !


Shopping bersama Namiqa

Assalamualaikum


Hi uolls ( macam gedik pulak )
Nampak tak baju baju dekat atas tu? Nampak tak? Cantik cantik kan? Ada sesiapa berminat takk?
Harga amatlah berpatutan dan kain sangat lah comfortable.
RM 20 sehelai exc postage, jika beli lebih daripada sehelai akan mendapat potongan 10% untuk pembelian seterusnya. Baju baju ni limited, jadi siapa nak cepat cepat lah order yaa!
Kenapa murah? Sebab Namiqa tak ambik banyak sangat untung cukuplah sikit, rezeki jugak Alhamdulillah.

Kalau nak boleh email Namiqa di  nurdayanazawawi@hotmail.com
Nanti apa apahal Namiqa reply dekat email yaa :)

Thank you!

Thursday, July 25, 2013

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum

Hi teman teman ku sekalian, dah lama gila tak update blog kan. Entry entry sebelum ni semua penuh dengan segmen segmen dan giveaway. Ada sesiapa  rindu Namiqa tak?? Siapa tahu gambar dekat atas ni kuih apa
 ( maaf lah gambar copy paste dari instagram je, malas nak transfer ke laptop ) Dekat atas ni kuih cara manis ,kuih cara manis ni one my fav kuih, kuih cara ni sebenarnya ada dua jenis satu cara manis lagi satu cara berlauk.


Ini baru kuih cara berlauk, if im not mistaken dalam dia ada daging n guess what aku tak pernah makan yang ni sebab dulu dulu aku ingatkan dia letak cili je dalam tu sekali ada daging hahaha. It's okay one fine day I would like to try it.

Cara cara untuk membuat kuih cara manis tersangatlah mudah, bagi sesiapa yang belum tahu jom terjah resepi dekat bawah ni.

Bahan-bahan
- Tepun gandum ( 3 cawan tepung )
- Daun pandan yang telah dibelnder dan ditapis ( 4/5 helai daun pandan, nak air sahaja )
- Santan ( sedikit santan )
- Telur ( 1 biji )
- Gula

Cara-caranya
- Masukkan tepung, air daun pandan, santan, telur ke dalam blend.
- Blend kesemua bahan tadi, kalau tak likat tambah sedikit lagi santan.
- Panaskan acuan kuih cara dan lengserkan dengan sedikit minyak, sedikit sahaja. 
- Masukkan adunan yang telah diblend tadi ke dalam acuan.
- Masukkan gula ( aku guna 1sudu kecil kfc tu, kalau nak kurangkan pun boleh )
- Tutup acuan dan tunggu sehingga masak.
- Pastikan api kecil supaya tidak hangus.

Jadi selamat mencuba, boleh dibuat untuk berbuka puasa nanti! :))
P/s : Siapa tak tahu acuan kuih cara boleh search dekat google.

Thank you for reading our entry ! ^^


Segmen : Kumpul Duit Raya

Assalamualaikum

Siapa cakap duti raya dapat masa raya je? Siapa cakap orang yang dah besar lanjut usia ( baru 16 tahun ) macam Namiqa tak dapat duit raya, susah dapat duit raya? Haa nak dapat duit raya sebelum raya? Jom join segmen ni


Photobucket
KLIK BANNER KALAU NAK JOIN


Tarikh tamat segmen ini 7 Ogos 2013, cepat!!!
KLIK SEHINGGA HABIS LOADING

1  2  3  4  5  6  7  8  9  dan klik iklan nuffnang Namiqa di sidebar blog ni :)

Thank you!

\

Wednesday, July 24, 2013

SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI

Assalamualaikum

Photobucket
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join segmen ni!! Segmen akan berlangsung selama dua bulan, jadi apa tunggu lagi jom lah join.
Banyak lagi masa :)

Btw jangan lupa klik iklan Namiqa dekat bawah ni :

1  2  3  4  5

Namiqa dah klik iklan penganjur ^^


Tuesday, July 23, 2013

Saturday, July 20, 2013

Segmen Klik Iklan by Namiqa

Assalamualaikum


Cara untuk sertai segmen ini :

1. Buat entry yang bertajuk ''Segmen Klik Iklan by Namiqa''
2. Letakkan banner di atas dalam entry anda berserta link, tak kisah la macam mana asalkan ada.
3. Back link ke entry ini semula.
4. Letak link iklan-iklan yang anda ingin Namiqa klik ( max sebanyak 6 iklan sahaja ye, saja suka suka buat banyak banyak )
5. Submit link entry anda di ruangan komen entry ini. 
6. Dan jangan lupa klik iklan nuffnang, heartbeat, churpchurp yang ada di sidebar blog dan juga yang ini :





Wajib klik kesemuanya, jangan tipu di bulan mulia ini :))
*tunggu sampai dia habis loading ye*

Hadiah untuk top refferal blog Namiqa

Seorang pemenang sahaja bakal dipilih:

-blog list selama sebulan di blog Namiqa
-Namiqa akan klik iklan anda selama sebulan jika ada kelapangan waktu

Jadi jangan lepaskan peluang ini!! :))
Namiqa akan klik iklan anda selepas tamat sahaja segmen ini.

Pernyataan akan dibatalkan sekirang kurang daripa 10 orang. HARAP MAKLUM!!! Jadi tolong sebarkan kalau nak Namiqa klik iklan korang :)


Tuesday, July 16, 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Photobucket

Apa tunggu lagi, klik banner kalau nak join ^^ Good luck for those yang turut serta.

Klik SINI juga kalau nak jadi fashion designer :)


Saturday, July 13, 2013

Giveaway Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan by NNA & AZWAR SYUHADA



KLIK BANNER UNTUK JOIN!!!

Hadiah menarik menanti andaa!!!

Siapa nak duit raya jom KLIK SINI 

Thank you for reading our entry ! ^^

 

Friday, July 12, 2013

4th SSiC Junior Top Chef Challenge

Assalamualaikum

Sebelum tu KLIK SINI dulu kalau nak menang duit raya sebanyak RM 500 dari Coca Cola

Wah dah lama gila tak berblogging rindu pulak rasanya, maklum lah busy + takde idea nak update apa. So sekarang dah ada idea, apa lagi buka laptop terus taip hehehe. Pada sabtu yang lepas aku join pertandingan memasak di One Puchong Business Park yang dianjurkan oleh Silverspoon International College ( Fyi, ni college chef zam ) Jadi dipendekkan cerita chef zam jemput sekolah aku untuk menyertai. Sekolah aku cuma hantar 2 kumpulan sahaja. Jadi kita terjah gambar jela, aku malas nak cerita panjang panjang.



Sebelum sesi bermasak masak bermula kami ditunjukkan cara cara/kaedah untuk memasak daging australia ni. Nampak tak baju hijau belang belang tu, tulah aku ( muka nak stress je lol )


 Inilah partner aku. Untuk pengetahuan korang pertandingan ni ada dua sesi di mana sesi pertama kena masak nasi, protein dan kuah. Dan sesi kedua iaitu FINAL hanya 10 pasukan sahaja yang layak.


Dan....taktahu la macam mana kitaorang dapat pergi FINAL, tak expect langsung kot. Bila dia nak buat annoucement siapa yang layak dapat pergi FINAL aku buat macam tak kisah je sebab ingatkan tak dapat. Sekali dapat dan untuk sesi kedua, kitaorang diberikan mystery box alaa alaa masterchef gitu. Masa diberikan pula sebanyak 1 jam 30 minit nampak macam lama tapi bila dah masak tu hanya tuhan saje yang tahu gelabah aku macam mana. Dalam mystery box kitaorang diberikan daging mentah, rempah beriani kari dan rendang, nasi impit, dan sos tomato.
 
Mula mula tu tak tahu nak masak apa, pastu pikir pikir nak masak kari daging, rendang daging dengan nasi impit. Ok set sekali time buat rendang takde kerisik, pastu buat jugak rendang walaupun takde kerisik sebab masa tinggal 30 minit je lagi. Masa tu dah gelabah gila dah pastu dah siap masak kari terus hidang, pastu dah minit terakhir baru pergi hantar dekat chef lol

Sesi kena temu ramah dengan chef pun bermula, dia cakap kari sedap cuma rendang tu tak rasa macam rendang ( lol memang la banyak bahan takde ) pastu bila chef dah cakap macam tu macam dah takde harapan dah nak menang reda je la apa yang jadi.

Dup

dup

dup

( bunyi jantung menunggu keputusan lol )



















Alhamdulillah tak sangka dapat tempat ketiga memang tak jangka langsung sebab masak pun apa yang tahu je, tak diluar kotak langsung hehe. Antara hadiah hadiah yang kitaorang dapat adalah daripada Maggi, Julie's, Tupperware, Faiza, Jamu Mak Dara, barangan daripada Petroanas pun ada dan barangan elektrikal untuk sekolah. Tak lupa jugaa wang tunai sebanyak RM 300.00. Alhamdulillah tak sangka ianya berpihak kepada kami walaupun tak dapat johan. InsyaAllah tahun depan pula kalau ada rezeki.

Nak menang RM 30 tak? Jom join giveaway dekat SINI

Thank you for reading our entry ! ^^