Thursday, July 25, 2013

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum

Hi teman teman ku sekalian, dah lama gila tak update blog kan. Entry entry sebelum ni semua penuh dengan segmen segmen dan giveaway. Ada sesiapa  rindu Namiqa tak?? Siapa tahu gambar dekat atas ni kuih apa
 ( maaf lah gambar copy paste dari instagram je, malas nak transfer ke laptop ) Dekat atas ni kuih cara manis ,kuih cara manis ni one my fav kuih, kuih cara ni sebenarnya ada dua jenis satu cara manis lagi satu cara berlauk.


Ini baru kuih cara berlauk, if im not mistaken dalam dia ada daging n guess what aku tak pernah makan yang ni sebab dulu dulu aku ingatkan dia letak cili je dalam tu sekali ada daging hahaha. It's okay one fine day I would like to try it.

Cara cara untuk membuat kuih cara manis tersangatlah mudah, bagi sesiapa yang belum tahu jom terjah resepi dekat bawah ni.

Bahan-bahan
- Tepun gandum ( 3 cawan tepung )
- Daun pandan yang telah dibelnder dan ditapis ( 4/5 helai daun pandan, nak air sahaja )
- Santan ( sedikit santan )
- Telur ( 1 biji )
- Gula

Cara-caranya
- Masukkan tepung, air daun pandan, santan, telur ke dalam blend.
- Blend kesemua bahan tadi, kalau tak likat tambah sedikit lagi santan.
- Panaskan acuan kuih cara dan lengserkan dengan sedikit minyak, sedikit sahaja. 
- Masukkan adunan yang telah diblend tadi ke dalam acuan.
- Masukkan gula ( aku guna 1sudu kecil kfc tu, kalau nak kurangkan pun boleh )
- Tutup acuan dan tunggu sehingga masak.
- Pastikan api kecil supaya tidak hangus.

Jadi selamat mencuba, boleh dibuat untuk berbuka puasa nanti! :))
P/s : Siapa tak tahu acuan kuih cara boleh search dekat google.

Thank you for reading our entry ! ^^


1 comment :