Thursday, April 30, 2015

Pengalaman Temuduga IPG (PISMP) Bimbingan dan Kaunseling 2015

Assalamualaikum.





Hai. Macam gambar kat atas ni. Temuduga aku pada 28/4/2015 haritu. 
Syukur plus leganya dah lepas. Sekarang cuma tawakal je tunggu keputusan ipg n upu.

Okay aku dapat tawaran pergi temuduga ni sumpah tak sangka. Sebab masa UKCG haritu hm 
sedih sebab sit up boleh buat sampai level 2 je. Tapi masa first kena timbang berat tu pun semangat dah down. Tapi aku teruskan buat semampu aku. Hasilnya Alhamdulillah tak tahulah macam mana diaorang tapis terselit pulak aku untuk ke temuduga ;) 

Bak kata ayah aku dapat temuduga ni macam selangkah kaki dah masuk dah ipg. 
Peluang ada buat yang terbaik ! 

Persiapan sebelum hari temuduga :

  • Cetak semua surat yang dia suruh cetak tu
  • Lengkapkan borang maklumat diri (pastikan gambar siap dilekat kat borang tu! jangan tangguh lepastu pagi hari temuduga dah sampai baru nak tangkap gambar. habis kau lagi bertambah nervous nanti) // surat perakuan ipg dan sekolah.
  • Lengkapkan apa yang diminta -surat beranak -kad pengenalan -slip spm -sijil berhenti sekolah -segala sijil penghargaan dan penyertaan yang kau ada masa sekolah dulu(aku letak sijil masa sekolah menengah je)  PHOTOSTAT DAN SAHKAN sijil tu. Better bagi guru besar lah sahkan.
  • Susun dokumen original bermula dari surat beranak hingga sijil sijil korang dalam clear folder. 
  • Susun dokumen photostat, kepilkan semua dan letak la dalam satu clear file (ayah aku kata jangan letak dalam sampul surat maybe nampak tak profesional kut idk)
  • Buat la research pasal isu semasa dan bidang korang pilih tu (sebagai persediaan je. time aku, inteviewer tu tak tanya pun pasal KSSR/REKTOR IPG/MENTERI PEND/PBS/KBAT/FALSAFAH/ semua ni kehkeh syukur.
  • Siapkan baju apa nak pakai, tudung apa nak pakai, kasut apa. 
  • Letak segala file kau dalam beg.
Hari temuduga tu aku bangun pukul lima. Walaupun malam tu aku tak boleh tidur. Bukan sebab nervous tapi aku kan imsonia sejak dah berhanti kerja ni luls. Siap mandi pakai baju solat. Salam ibu. 
Maka pukul 6 bertolaklah aku dan ayah ke IPG Bahasa Melayu di Lembah Pantai KL. Alhamdulillah jalan tak jam jadi hati pun tenang. Dalam hati zikir banyak banyak. Sambil dengar kata semangat dari ayah dan hadap phone baca sikit sikit pasal pendidikan. Sarapan dalam kereta je, ayah dah siap belikan kek n air mineral. Okaylah buat alas perut. Pagi pagi ni nak makan berat berat mahu cari tandas je karang.

Sampai sana dalam pukul 7. Dalam pukul 7.30 pegawai kat sana suruh bakal bakal cikgu semua naik ke atas untuk dengar taklimat ringkas. Ibu bapa semua tunggu di bawah. Haa masa ni entah kenapa aku macam tenang je hee. Sebab datang awal kut sempat duduk rileks dulu. Haritu masa UKCG aku lambat so berdebar nak pecah jantung sebab macam fikir weh kau datang lambat weh nanti orang tu cakap apa ni nak jadi cikgu tak tepati masa. lol

Naik atas dia bagi taklimat. Suruh susun sijil ikut urutan. Dan dia tanya siapa yang tak photostat, siapa yang tak bawa sijil asal, siapa yang tak lekat kan lagi gambar. Jadi jangan jadikan diri anda tergolong di situ. Ceyy. Hahah sedia awal awal la. Sebab masalah masalah ni nanti confirm boleh buat kau nervous!

Pukul 8 kitaorang disuruh bergerak ke bilik temuduga masing masing. Bilik ni ikut subjek. Aku bimbingan dan kaunseling dapat bilik B. Sebenarnya dekat surat tawaran ada tulis sesi temuduga. 
Sesi 1 - 9.00 a.m
Sesi 2 - 11.00 a.m
Sesi 3 - 2.00 p.m
Sesi 4 - 4.00 p.m
Aku dapat sesi 4. Tapi masa pergi bilik temuduga tu penemuduga tu susun balik nama semua. Disebabkan ada orang yang tak datang jadi course ni hanya ada 3 sesi dan aku sesi ke-3. Penemuduga tu suruh yang sesi 3 tunggu di depan bilik tu pukul 1.30 jangan lambat!

Dah habis pembahagian sesi. Membawa lah diri aku dan kawan baru guwe faiqah hehe ke bawah. Duduk bawah sembang sembang pastu bincang bincang sikit dan seterusnya mereput. Hahah lama wehh nak menunggu adui. Semangat yang marak pun macam tinggal bara je. Tapi still membara gitu.


Pukul 11 lebih ayah aku bawa sarapan kat kantin sana. Aku makan roti je tak mampu lagi telan makanan berat.

Lepastu dalam pukul 12 aku dengan faiqah naik atas. Amik pelekat tulis nama dan tampal ditudung kamik. Sampai turn aku pelekat habis, selamba badak (takut takut sikit) aku gi ambil pelekat dekat bilik temuduga budak bahasa melayu. Rasa macam diaorang pandang je perbuatan aku tu. Hahahah sorry. Lepastu, kenal kenal dengan satu kumpulan aku, pastu aku dengan faiqah macam dah risau. Haih diaorang ni huha huha mulut ada je benda nak cakap. Yang kitaorang ni paling diam. Risau kau.

Pukul 1.30 pm macam tu penemuduga tu suruh serahkan fail dia nak check dulu so kitaorang boleh terus balik tak perlu tunggu dia check lepas temuduga.

Pukul 1.40 pm kitaorang dipanggil masuk. Aduh sejuk pulak bilik tu menggigil jantung ni. Tapi muka maintain senyum. Kitaorang duduk ikut list nama. Mula-mula penemuduga tu just tanya semua duduk selangor ke, ada yang luar selangor ke. Just borak. Dia kata temuduga sekarang senang je. Jangan risau.

Bahagian 1 : Tayangan Video

Lepastu dia kata "video keranamu malaysia dah, bla bla(tak tahu tajuk hahah. rasa pasal burung murai tu) dah,awak sesi terakhir jadi saya bagi awak pilih la nak tengok video mana. Lepastu kitaorang sepakat pilih tengok video 'Tanggungjawab Ibu Bapa'.

Masa ni sila fokus fokus dan fokus! Hayati dan cuba cari apa yang nak disampaikan. Video yang kitaorang tengok ni berkisarkan tentang seorang anak yang keseorangan dan terasa diabaikan kerana ibu bapa sibuk bekerja dan terlupa bahawa anak mereka juga memerlukan perhatian dan kasih sayang dan bukan semata kesenangan dalam kehidupan.

Habis tengok video. Dia tanya nak tengok lagi sekali tak. Kitaorang kata tak pe dah jelas. So here we go first question.

"Apa yang awak nampak dalam tayangan video sebentar tadi" (tak sama but lebih kurang la hee). Siapa nak jawab angkat tangan n lontarkan je pendapat jangan tunggu tunggu (macam aku). Tapi lepas 2 orang bersuara aku push jugak diri aku angkat tangan n cakap. Keh keh. Pastu masing masing bagi la pendapat masing masing. Ada tiga soalan rasanya berdasarkan video tu. Aku dah lupa maafin. Soalan dia senang je jangan risau "Apa peranan ibu bapa" "Macam mana nak luangkan masa dengan anak walaupun sibuk bekerja" Lebih kurang la.

Bahagian 2 : Perbincangan Kumpulan (Keluarga Harmoni Membantu Pembangunan Masyarakat dan Negara)

Kitaorang susun keruis bentuk U. Penemuduga bagi tajuk. Aku dah risau sebab tak tahu apa weh nak hurai aaa fikir fikir. Masatu semua diam tak tahu nak mulakan. Lepastu satu satunya budak lelaki dalam kumpulan kami buka suara. Kira dia pengerusi lah sebab mulakan perbincangan. Lepastu barulah masing masing sumbang pendapat idea semua. Dah tak tahu apa nak bincang budak lelaki tadi pun buatlah kesimpulan. Dan pemenuduga tu kata "okay dah habis dah?" "duduk balik macam kedudukan mula mula"

Bahagian 3 : Soalan ni fokus pada bidang kitaorang iaitu Bimbingan dan Kaunseling

"Apa yang dimaksudkan dengan simpati dan empati"
"Bagaimanakah guru bimbingan dan kaunseling boleh membantu guru guru lain untuk turut menjadi pembimbing pelajar"

Masa bahagian ni rasanya paling aktif lah semua bersuara. Nampak sangat kan betul betul buat research pasal bimbingan dan kaunseling ni. Hahah.

Bahagian 4 : Soalan bahasa inggeris

Penemuduga tu kata "Okay sekarang kita pergi ke soalan bahasa inggeris" semua macam "hah"
Pastu penemuduga tu ketawa. "Jangan risau soalan senang je saya nak awak perkenalkan diri dan sebab pilih bidang bimbingan dan kaunseling" Sebab semua teragak agak nak mulakan penemuduga tu suruh mula dari tepi kiri. Which is aku akan jadi orang last sebab aku duduk tepi kanan, so hee lek dulu sambil dengar apa diaorang cakap sambil fikir nak cakap apa eh nanti. Habis je aku bersuara.

Penemuduga pun bagilah ayat penutup semua. Dia bagi peluang untuk bertanya. Dan aku tanya "berapa tempoh masa menunggu untuk ditempatkan sebagai cikgu di sekolah"

Dia kata lepas habis tempoh 5 tahun belajar akan ada satu lagi temuduga untuk posting. Jadi lulus je temuduga tu anda akan ditempatkan di sekolah sebagai guru. Kalau tak lulus kena tunggu dulu. Dan kita bertugas sebagai guru nanti tak silap aku kontrak selama 7 tahun. Sebab yelah dah belajar kat ipg tu kan ditaja kpm. So berbaktilah balik okay.

Habis semua tanya soalan. Maka berakhirlah temuduga hari tu. Kitaorang dalam tu kira dalam satu jam lebih jugaklah. Pukul 3 baru habis. Tapi Alhamdulillah. Seronok dapat rasa pengalaman ni. Masa sebelum tu bila sesi 2 keluar diaorang kata jangan risau best lah. Kitaorang macam tertanya tanya weh apa yang best aduhh. Hahahah. Dah rasa baru okay memang best. Penemuduga pun okay. Walaupun nampak tegas tapi okay lah gelak gelak jugak kitaorang dalam bilik tu. Tak terasa pun sejam lebih tu. Hee.

Jadi kepada mereka yang masih menghitung hari nak pergi temuduga ni. Rasa sampai 7 mei kan?
All the best! Jangan risau relax tenang dan lontarkan je segala idea pendapat yang ada dalam kepala.

Moga kita jadi antara 3000 yang terpilih tu. Aminn :)


Thanks dari pagi sampai petang berdua hahah

Hambekk kau. Melantak nasi goreng ayam lepas habis temuduga. 


p/s : minggu depan dah daftar form 6 :')





9 comments :

  1. akak, yg potostat tu yg sijil punya ke?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yess photostat semua sijil. result interview this month kan good luck! :)

      Delete
  3. Akak sijil yg asal n yg fotostat kena letak dlm dua file ke??? File yg berbeza2???..

    ReplyDelete
  4. Sijil yg asal dlm satu fail ..yg fotostat satu fail??? Mcm tu??
    Terima kasih sbb reply

    ReplyDelete
  5. YG PASAL KOD MATA PELAJARAN TU MACAM MANA YER ?

    ReplyDelete
  6. Hii, adakah cetakan permohonan online diperlukan?

    ReplyDelete