Sunday, December 9, 2012

Morning!

Assalamualaikum.

Pagi semua. Di pagi yang mulia ini aku nak cerita salah satu aktiviti dari beribu aktiviti yang kitaorang buat kat kampung ni. Eceh. Semestinya aktivitinya ialah membaca novel. Walau kadang aku pun bosan jugak bila macam sama je semua jalan cerita tapi tetapku kebalkan diri untuk membacanya. Namapun hobi kan :)


Dalam masa lebih kurang dua minggu kat kampung ni aku dapat habiskan lima buah novel. Okay la kan. Kira hebat lah jugak kan. Hahah. Angkut bakul masuk sendiri. Haa amik kau berperibahasa aku pagi-pagi buta ni. But aku tertanya-tanya adakah betul peribahasa yang aku gunakan itu al-maklumlah dah lama tak ke sekolah. Cikgu-cikgu bahasa melayu ataupun sesiapa yang mama dia cikgu bahasa melayu,sila tegur jika salah ye :P

Tapi.... korang tengok pulak berapa buah buku yang Dayana dah habiskan 


Lapan buah buku dia dah habiskan. Ish ish ish. Nampak sangat dia tak tolong opah kat kampung ni kan. Membaca je kerjanya. Jadi nampak sangat yang aku sorang je rajin menolong opah kan. Haha. Sudah,sila hadiahkan aku ais krim cornetto dan juga magnum untuk mengelakkan aku dari terus membangga diri. 

Oh ya semalam Dayana dengan rajinnya telah melakukan aktiviti blogwalking.


 

Siapa punya blog tu? Sila angkat tangan :D Hehe. Sungguh comel blog blog korang. Terasa blog kitaorang ini tersangatlah kerdil. Hukhukhukhukhukhukhuk (motif 'huk' banyak banyak???)

Ala,tapi dalam duk Dayana sibuk-sibuk blogwalking dia bukak jugak twitter dia tu. Macam aku tak tahu.


Hambik kau. Siap ada bukti lagi. Hehe.



Eh,tertanya-tanya di mana aku sepanjang Dayana keseorangan menguruskan urusan blog. Hahaha. Aku dengan senang hatinya terbaring enak di katil sambil tengok tv. Jahat bukan? Tidak mengapa. Sekali sekala :)


Handsome kan Randy ini  >___< 
Bila tengok Randy terlupa seketika cowok-cowok lain.
Lagi satu korang tengok tak cerita indon 'Bersemi Cinta Di Putih Abu-Abu'. Kan ada watak nama Billy kan. Ala yang Prince Billy tu. Handsome jugak dia. Aku bukan layan sangat cerita tu,tapi disebabkan ada Billy aku layankan aja. Yang Alex tu tak ah handsome sangat. Pastu kan sekarang ni aku tengah layan cerita 'To The Beautiful You',ya aku tahu cerita itu sudah agak lama tapi maklumlah sebelum ni kan sibuk ngan pmr and now baru sempat (bajet je sibuk ngan pmr -..-). Btw,dalam cerita tu ada Minho!!! Fuhh. Dia handsome wa cakap sama lu! Siapa yang menafikan kehenseman dia meh sini aku sekeh! Wahwah aku. Melampau pulak. Nanti ada pulak yang kecil hati. Hehe. Peace.

Okaylah semua. Aku mahu sambung layan drama korea. Dayana sekarang dah enak dibuai mimpi. Aku je yang tak lelap lagi. Sedih betul bila tengok orang lain senang je tidur u___u


Thanks for reading!


2 comments :

  1. Wilma pun suka membaca novel...
    Wilma tak boleh tidur kalau tak membaca...
    Walaupun dah pernah baca novel tu, Wilma baca balik...Tapi, part-part yang best jak la...Hehehe...Mana tahu mimpi jumpa prince charming ^_^

    ReplyDelete