Tuesday, November 20, 2012

Roti Gulung Sosej dan Coleslaw dan Burger

Assalamualaikum

Tadi petang tiba tiba rajin pulak diri ni nak buat minuman petang untuk keluarga,saudara mara,atuk dan opah kami semua.Nak tahu kami buat apa? Kami buat ''Roti Gulung dan Coleslaw dan Burger'' (tapi gambar burger lupa nak tangkap hehehe maaf ye) Tapi sebelum kami buat ni semua,pergi la kedai kejap cari barang yang takde dekat rumah.Ambik koo! Belanja sampai RM 20 padahal nak beli roti dengan carrot je.Kitaorang ter-beli kek pisang pulak hehehe (kegemaran sentiasa) kitaorang pergi bila 6 paket kek pisang yang kecik tuh, banyak kan???  Okay dah dah,berbalik pada tajuk ye kalian.Disebabkan dalam rumah ni ada lebih kurang 20 orang,kitaorang pun guna lah roti sebanyak 2 buku,52 sausage (banyak kan),beberapa biji telur dan roti burger. Wah wah dah rupa macam masuk masterchef untuk sajian luar pulak kan? Hehehe.Yang kali ni punya aku malas nak kasi resepi tapi kalau dah ramai request akan kucoba sedaya yang mampu untuk meng-update juga jadi jangan lah sedih ye.Jadi kalau mahu resepi ini,sila comment banyak banyak kat entry ni supaya senang nak tengok.Okay,mari kita lihat gambar-gambar yang telah diambil oleh hazziqah untuk tatapan umum (wahahaha)


Tadaaaaa :D
Okay,hanya satu gambar sahaja. Hahah. Akibat malu nak tangkap gambar. Sebab ramai sangat orang. Oh,sangat pemalunya hazziqah ini. (sila buat muka)

p/s : Ini cerita semalam sebenarnya (kekeke)

Thanks for reading :)



No comments :

Post a Comment