Assalamualaikum.
Hari Ahad yang sangat indah. Awal-awal pagi lagi kitaorang dah bangun. Semangat gilalah al-maklumlah teruja nak jungle trekking kat Frim. Okay,actually tak de lah awal sangat kitaorang bangun. Dalam pukul enam setengah pagi baru bangun. Konon nak bangun pukul lima. Tapi biasalah cakap je lebat. Baiklah. Kitaorang siap-siap semua. Sarapan nasi goreng putih dimakan bersama-sama rendang daging. Oh,sangat enak. Sila bayangkan dan sila terliur. Hehe. Sarapan haruslah berat sikit memandangkan boleh tahan penat juga nak meneroka hutan frim tu. Sebenarnya mula-mula rancang nak pergi Bukit Broga tapi memandangkan ada pulak kanak-kanak menyelit nak ikut jadi ke Frim je lah jawabnya.
Kitaorang gerak dalam pukul 8.45 dan sampai Frim dalam pukul 9.Hmm takde lah jauh sangat FRIM dengan rumah tak jauh mana (hehehe) Cari parking dulu. Rilek rilek ikat tali kasut dulu,goyang goyang badan,gelek gelek pinggang. Then,beli tiket untuk lalu kat jambatan gantung tu. Harga tiket dewasa 5 hinggit,student 2 hinggit,kanak-kanak 1 hinggit. Okay lah harga tu kan. Dapat hirup udara segar. Dapat bakar kalori. Lepas goyang-goyang,gelek-gelek pinggang semua tu kitaorang pun berjalan. Baru setengah jalan semua dah keletihan. Nampak sangat dah lama tak bersenam kan. Haha. Ala korang pun sama kan bukannya bersenam pun cuti sekolah ni. Yang korang tahu tengok tv,online,tidur,makan,baca novel. kan kan kan?? Ah,sudahlah. Mari kita teruskan.
Gambar ni aku tengok dah macam model jual kayu dah hahahaha.
Semasa di jambatan,gayat woooo.
Masa ni kitaorang tengah naik canopy walkway menuju ke jambatan gantung orang panggil.Hehehe gayat jugak la naik,rasa macam nak jatuh sebab tergoyang goyang orang belakang buat oopps.Tapi sempat pulak kitaorang pose dekat situ hehehe nak cari bahan bahan untuk letak dekat blog.Walau penat macam mana pun. Perjalanan tetap kitaorang teruskan. Yelah takkan kalau penat korang nak duduk situ je,dengan harapan ada orang boleh tolong kendongkan korang,tak pun berangan tetibe je dah sampai kat atas kan. Oh,please. Kitaorang gagahkan diri kitaorang segagah badang,sekuat hulk,sepower superman,seteror ironman untuk teruskan perjalanan. Walau mulut dah membebel "penat,penat", aturan nafas dah tak menentu kadang bernafas ikut hidung,kadang ikut mulut,kadang tak bernafas tapi kaki still menjalankan tugasnya dengan penuh amanah untuk berjalan.
Yay!!! Akhirnya sampai pun kitaorang kat jambatan gantung ni. Fuhhh. Gembira gila. Rasa tenaga yang hilang sebentar tadi meresap balik ke badan. ewahh.
Dayana sedang bertapa. Hahah. |
Haa. Budak-budak inilah yang menyelit nak ikut kitaorang tu. Sibuk je. Hehe. Dahlah semuanya mulut berek. Ceh,terasa jahat pulak.
Ini pemilik blog yang cun melecun lagi meletop (oops terlebih sudah) namanya Hazziqah.
Sedang merentasi anak sungai yang berliku-liku (ceh aku over pulak,maaf gambar malas nak rotate)
Dalam perjalanan untuk merentasi hutan ke air terjun.
Ini pemilik blog yang pemalu dan kadangkala tidak waras namanya Dayana (hehehe)
Gambar ni aku tengok dah macam model jual kayu dah hahahaha.
Semasa di jambatan,gayat woooo.
Sungguh indah ciptaan tuhan walaupun gambar gerak tapi tetap indah.
Terpaksa merentasi anak sungai,walaupun sayangkan kasut.Huwaa kasut terus basah masa tu.
Jadi ni jela gambar yang dapat diambil,gambar tak banyak sebab kami fokus untuk menurunkan berat badan (ceh padahal duduk rumah makan 24jam) Okay bagi sesiapa yang tak tahu nak pergi mana cuti sekolah ni,aku recommend korang pergi FRIM jela.Apa salahnya kan daripada korang duduk rumah tak tahu nak buat apa goyang kaki tengok tv sambil makan junk food haishh sungguh tidak patut (lol bm failed) , kalau korang pergi FRIM ada juga faedahnya dapat jugak tengok alam yang indah ini ceh ceh.Jadi apa tunggu lagi,dengan tekad dan iltizam yang tinggu AYUH turunkan berat badan anda (tetiba)
Thank you for reading !
Wahh bestnya dapat beriadah. Dayanaa!! Do you know me? :)))
ReplyDeleteHehehe.I know you!! Izzati zaki? Hahaha
Deleteamboi kak. terasa betul kat ayat ni "rasa macam nak jatuh sebab tergoyang goyang orang belakang buat oopps." hahah.
ReplyDeleteTerasa? wakaka lek ah.
Deletenmpk sonok :)
ReplyDeleteSeronok seronok.Pergi la ajak family :)
Delete