Tuesday, November 20, 2012

Roti disaluti telur bersama intinya nutella

Assalamualaikum

Kelmarin Iqah sms aku dia cakap ''Apa kata lu buat roti telur nutella tu.Pastu update kat blog!!!'' (Ceh kitaorang memang cakap wa lu wa lu,dah macam gengster pulak hehehe) Okay berbalik pada tajuk aku ni ''Roti disaluti telur bersama nutella'' Mesti ada yang tertanya-tanya kan ''Macam mana ghope dia dekk'' ''Sedap ke'' ''Bunyi dia macam tak sedap je'' Eh eh suka ati je cakap tak sedap (maaf emo hahaha) bagi aku roti ni sedap,Iqah yang meletop tu pun kata sedap,adik aku pun makan jugak termasuk lah empunya tuan badan yang cipta resepi ni (mestilah) Sebenarnya resepi ni datang secara tak sengaja masa aku tengah sapu nutella kat roti tiba tiba datangnya idea yang bernas lagi munasabah ni untuk mencuba resepi ni.Nak tengok rupa dia macam mana? Haa tunggu dan lihat.Meh la tengok cara cara nak buat dulu.

Bahan-bahannya :
Nutella
Roti
Telur
Sedikit margerin

Cara-caranya : 
Mula-mula sekali sediakan dulu beberapa keping roti. Ikut suka korang la. Nak berapa keping pun. Tapi ingat pesanan ini "makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang" (tetibe pulak kan).



Selepas itu,korang mestilah sapu nutella sebanyak atau semampu mana yang korang boleh satu botol pun boleh.Ok itu dah melampau,gurau je.

 


Lepastu sediakan telur yang telah dikacau (kacau macam nak buat telur dadar) then celupkan roti yang korang sapu dengan nutella tu dalam telur. Oh ya. Jangan lupa basuh dulu telur tu. Kebersihan harus dijaga sentiasa. 

 


Lepas dah celup (jangan lupa panaskan non stick pan awal awal) masukkan sedikit margerin dan pastu korang boleh letak roti tu atas kuali leper korang tu.Toksah lama lama sebab dia masak sekejap je.

 

Haa ni la hasilnya,walaupun rupa tak seberapa tapi SEDAP rasanya meleTOPP gitu (wah wah wah aku)



Sebenarnya motif aku ni nak promote nutella (hehehe takdelah main main je) tapi kan kan kalau korang nak yang murah aku tahu tempatnya di mana pastilah di NSK!!! Ayuh ke NSK!!! Ceh over pulak aku ni,mak aku selalunya beli yang besar terus 750g (tak silap aku la berat dia macam tu) sebab dalam rumah aku ni ramai.Semuanya minat minat belaka pulak tu.Kalau korang nak tahu harga nutella kat NSK berapa yang besar tu,tak silap aku lah kan semalam aku tengok RM 26.90 kalau harga ahli RM 20 berapa tah RM 22.90 macam tu kot aku pun tak pasti tapi sangat murah hehehe.Baiklah aku pun dah promote NSK,nutella kat korang. sekarang ni aku nak makan pulak.Bye bye! Dan aku lupa bilang sama kalian,roti ini enak dimakan begitu saja oh gardenia sungguh enak dimakan begitu saja (ok aku dah melalut) sebenarnya nak cakap sesuai di makan waktu pagi dan minum petang bersama keluarga tercinta.

Thank you for reading this entry.

#kalau korang pernah makan kat old town. apa tah nama roti yang old town jual tu. lebih kurang macam roti yang aku buat ni jugak. tapi buat sendiri is better. faham faham je lah harga kat old town tu boleh tahan jugak. boleh kopak duit kalau tiap-tiap hari pergi old town nak breakfast roti yang sangat senang nak dibuat.  jadi intihanya,buat je sendiri okay :) 

10 comments :

  1. wahh, resepi baruu, dah boleh test ni. haha :p

    btw, ieza singgah ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha test jangan tak test nanti asyik tringat je dekt roti tu hehehe.Terima kasih singgah :)

      Delete
  2. Nak testttt! :p Argghhh meleleh air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la!! Hehehe nanti dah buat jangan lupa bg feedback ya! :)

      Delete
  3. i love nutella damn much. n resipi ni sgt kreatif. kena cuba ni ;) hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too.Hehehe terima kasih,cuba jangan tak cuba.Goreng tohor tau,kalau goreng minyak penuh nanti muak pulak nak makan roti tu.

      Delete
  4. omaigad! Sedapnya :) nanti nak buat jugak la

    ReplyDelete