Wednesday, November 14, 2012

#kek1

Assalamualaikum :)

Hye. Harini mari bersama saya Chef Hazziqah dalam rancangan masak-memasak. cehh. sebenarnya tadi terbaca resepi kek lapis cheese persona dekat blog aunty ana.(eh,suka hati je aku panggil aunty kan.hehe) bila baca-baca rasa senang la pulak. lagipun cheese lebih buat tiramisu haritu pun ada lagi. so apa lagi main masak-masak lah aku petang ni dengan dibantu oleh adik kecil aku. nak masak ngan dayana,jauh pulak rumah dia. kan best kalau rumah sebelah-sebelah,boleh main lompat lompat je kalau nak pergi rumah dia.  okay,berbalik pada kek cheese ianya sangat-sangat mudah and korang patut try! thanks a lot kat blog kak ana(akak is better kan :). aku memang suka baca blog tu sebab resepi kat sana mudah dan sangat senang nak diikut,lagi lagi buat aku yang masih mentah ini. ecehh. haritu aku try buat oreo cheesecake and tiramisu and lasagna ikut resepi kat blog tu,Alhamdulillah menjadi. oh ya dayana pun suka baca blog tu. kami pernah berangan nak jadi macam kak ana you knoww. anak dia pun semua comel comel belaka. sejak cuti sekolah bermula ni aku kalau hadap laptop je mesti baca blog kak ana.

oh ya. since dia dah bagi kebenaran nak copy resepi dia. so apa lagi jom cekidaut :D

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
(ambil kat blog ana suzana)

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

First of all celupkan biskut marie dalam susu tu. susun la kat dalam dulang or bekas or whetever. bahan b tu korang campur kan je semua pastu kacau sampai sebati. aku guna mixer. then,sapukan bahan b tadi atas biskut yang telah disusun. next,taburkan biskut yang telah dihancurkan menggunakan blender. after,that lapiskan lagi dengan biskut,bahan b dan biskut yang telah dikisar. ulang langkah tadi sampai habis bahan b tu. pastikan atas sekali dilitupi bahan b. aku rasa ayat aku sangatlah berbelit-belit. better korang pergi je jenguk blog kak ana ye. dia ada tunjuk gambar lagi. and gambar gambar tu lah yang membuatkan daku terliur sampai teringin sangat buat.

Oh ya ini hasil yang aku buat. taraaaa ~~~


sangat hodoh rupanya. bagai dilanda tsunami. tapi still puas hati lah. adik adik aku pun tak sabar nak makan. aku tengah sibuk tangkap gambar. dia suruh cepat. errr,yelah adikku sayang. yelah,akak potong kan ye. pastu akak suap sorang-sorang kek ni. ceh, buang tebiat aku nak main suap-suap ngan diaorang pulak -..-



Ni konon nak buat platting lah. haha. tahpape je aku tengok. adik aku yang lelaki tu lah bagi idea buat macam ni. hadoiii. terharu gila aku ngan idea dia yang tahpape ni. btw,terima kasih lah yee. kalau akak yang buat. confirm langsung tak de rupa kek karang. hehe.

Aku tabur kan dengan biskut yang telah dikisar dan milo. tapi actually bahan bahan aku tak ikut sangat sukatan yang diberi. sebab cheese tinggal secebis je. so aku aku main letak je lah. susu pun guna full cream je. Alhamdulillah still menjadi.Untuk kamu semua sila jealous. Dayana juga. ahaks~ tak pe. InsyaAllah nanti aku akan buat entry masak bersama ngan dayana. and hasilnya akan kitaorang kongsikan di sini. salam awal muharam. thanks for reading :)




10 comments :