Friday, June 14, 2013

Broga Hill

Assalamualaikum 

Ini kali kedua Namiqa pergi Broga Hill. Kalau nak tahu kisah dulu punya Broga Hill boleh pergi sini Broga Hill. Sekarang ni nak cerita pengalaman kali kedua naik Broga pulak. Kitaorang bergerak dalam pukul 6 lebih lepas solat lepastu laju laju masuk kereta, kitaorang terbangun lambat u'olls plan nak gerak pukul 5 lebih macam tu ingatkan nak solat dekat sana. Pastu bila dah lambat breakfast pun dalam kereta la jawabnya, kitaorang cuma breakfast roti,biskut dan beli chocolate serta air isotonik di 7eleven. Pastikan sebelum naik breakfast ya kakak kakak adik adik abang abang semua, kang tak pasal pasal pengsan kat atas puncak hehehe jangan makanan berat pulak kang tak pasal pasal letih semacam nak naik. Dan akhirnya sampai pukul 7 pagi tak sempat nak tengok matahari, I iz Sad u'olls.


Masa ni tak silap dah dekat puncak kedua tak tangkap dekat puncak pertama pun sebab tiba tiba kitaorang rasa malu sebabnya ramai orang sangat sebab tu ah, takkan tak faham kot hahaha. Tapi balik tu bila nak turun tangkap jugak dekat puncak pertama sebab takde orang dah, perasaan malu pun dah hilang hehehe.



Kalau lah rumah ni dekat dengan Broga tiap tiap minggu pergi kot, biar kurus sikit wakakaka.
Haa buat siapa yang tak tahu Broga dekat mana, Broga ni dekat Semenyih Kajang kalau tak tahu jalan nak pergi sana boleh tanya encik google yaa!



Perasaan malu nak tangkap gambar hilang u'olls. Masa nilah dekat puncak pertama, tapi...........................gambar kitaorang kali ni tak banyak macam dulu ada a few je bila belek belek dalam camera sedih Namiqa u'olls. Pastu bila dah lepak lebih 1 jam dekat atas, kitaorang pun bergegas lah nak turun ke bawah sebab dah rasa matahari panas. Lepas balik Broga terus melantak roti canai rasa macam sia sia panjat daki penat lelah naik Broga hahaha. Lepas melantak roti canai kitaorang balik kejap rehat pastu mandi lepas zohor keluar balik nak pergi Shah Alam. Apa lagi  shopping la kan. Kitaorang banyak masuk kedai tapi tak beli pun kesian orang yang kena bukak pintu kedai dia tu hehehe. Kitaorang pergi Calaqisya!!! Best best tapi memandangkan tak bawak duit banyak terpaksa tahan mata.. takpe takpe next time nak pergi lagi.
Lepas dah penat berjalan jalan perut mulalah memainkan lagu yang indah macam macam bunyi ada time tu, kitaorag pun pusing pusing lah dekat Seksyen 7 tu last last nampak Burger Bakar Abang Burn. Fuhh melelh air liur bila nampak. Kitaorang pun order burger yang Original + Meatballs. Sedap gila dah la meatball ada wedges sekali memang awesome.

Kalau nak tahu pasal Burger Bakar Abang Burn boleh pergi sini Burger Bakar Abang Burn

Thank you for reading our entry !


 

14 comments :

  1. pernah pegi .. tempat nie mmng best tp nak naik tu semput jgk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan tapi dulu masa pergi first time angin kuat tapi bila pergi kali kedua tak sangat maybe sebab hujan kot.

      Delete
  2. owh thn lps ofcemate ajak pergi satu office..tapi kak lea ada hal.ingat nak plan tahun ni pergi ngan diorang he3...kena pergi pagi2 lah kan..baru best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kalau boleh sebelum subuh dah gerak dari rumah boleh lepak dekat atas lama lama sikit hehe

      Delete
  3. tak pernah pun jejak..btw bulan 7 nnt saya study di selangor..klau ada masa lapang boleh kot pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh pergi lah nanti, tak rugi pun pergi sana. Best!!

      Delete
  4. macam cantik je kan .ini hill yang Ceria Popstar daki tu kan ?

    ReplyDelete
  5. Cantik nya pemandangan dan tuan blog ni hihi ...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah pergi lagi.. Apa-apa pun, pemandangannya cukup indah .. :)

    ReplyDelete
  7. bestnye boleh buat aktiviti macam ni selalu . sy pon suka outdoor mcm ni :)

    ReplyDelete