Tuesday, January 1, 2013

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum

Di ambang permulaan tahun baru ini. Teringin pula mahu memberi resepi oreo cheese cake. Actually,tak delah susah mana nak buat. Kalau korang ikut betul-betul. Pasti jadi! Pasti! ceh.




Ni hasil oreo cheese cake yang kitaorang buat kat kampung time cuti haritu. Hehe. 


Bahan base :
-4 packet oreo
-3 sudu besar unsalted mentega (dicairkan)


Bahan untuk adunan cheese :
-500 gm PHILADELPHIA Cream Cheese (dibiar dalam suhu bilik)
-1/2 cawan gula

-1 1/2 sudu besar tepung kek
-1/2 sudu Besar seen vanilla
-1/2 cawan sour cream (untuk tidak terlalu muak bila makan boleh masukkan 3/4 cawan sour cream)

-2 biji telur

Cara-caranya :
~ Panaskan Oven (suhu 150)

1. Buangkan cream oreo. Tapi kalau korang jenis pemalas (hukhuk) seperti kitaorang,silalah beli yang dah siap dibuang cream tu.
2. Hancurkan/Lumatkan semua biskut Oreo. (kitaorang blend dalam blender kering tu je)
3. Campurkan oreo yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan.
4. Letakkan dan ratakan dan padatkan di dalam loyang.

5. Simpan seketika di dalam peti ais mu.

Haa. Dah siap base dia. Jangan pulak dok goyang kaki. Korang kena buat dia punya adunan cheese pulak. Gini caranya :


6. Pukul PHILADELPHIA cream cheese, gula, tepung dan vanilla sehingga sebati.
7. Masukkan sour cream dan gaul rata.
8. Masukkan telur satu persatu.
9. Pukul dengan perlahan sehingga rata. 

10.Tuangkan adunan ke dalam  loyang berisi base tadi.
9. Bakar secara water bake dalam 40 min atau ditengahnya tidak melekat. Tak pun kalau dah nampak garing,keluarkan je.
10 Sejukkan di dalam peti ais selama yang korang mampu sebelum dimakan.





Model tidak berbayar memperagakan oreo cheese cake.



Selamat Mencuba ! :D


1 comment :

  1. Assalamualaikum,.... dr ohsemtv:

    wah!! oreo cheese cake, mmg sdappp yummmy...

    ReplyDelete