Monday, January 28, 2013

...

Assalamualaikum.

Bangun pagi tadi. Badan terasa sakit-sakit. Kaki juga. Ini semua gara-gara semalam hiking kat broga. Ditambah dengan selsema yang semakin rakus menyerang hidung. *sedut hingus*. Tapi seriously mendaki bukit broga sangat best! Bila korang dah sampai puncak then angin bertiup-tiup membuatkan segala kepenatan korang akan hilang. Tapi tu baru Bukit Broga. Kalau Gunung Kinabalu mesti lagi best kan. Ada sesiapa mahu bawa kitaorang ke Gunung Kinabalu gunung tertingggi di Malaysia? ;)
Oh ya. Yang tanya broga hill tu kat mana. Broga hill ni kat Semenyih.

Itu cerita hari Ahad. Hari Sabtu pulak pergi Putrajaya. Jalan-jalan menghirup udara bandar dalam taman tu. 
Sebelum itu singgah sebentar di masjid putra solat zohor. Serious masjid tu lawa :')



Then kitaorang naik cruise boat. Harga tiket dewasa rm30 and kanak-kanak rm20. Pusing-pusing tengok Putrajaya dari atas boat selama 45 minit.

 


Dekat Putrajaya tak silap aku ada lima jambatan yang diinspirasikan pembinaannya dari beberapa jambatan di luar negara. Satu lagi,tasik dekat Putrajaya ni merupakan tasik buatan manusia dan mengambil masa 4 tahun untuk siap.


Kita juga dibenarkan untuk duduk kat kawasan luar boat tu. Tapi bagi mereka yang tak tahan better duduk je dalam boat tu diam-diam. Nanti mabuk pulak. Aku pun duduk kat luar tu sekejap je. Sebab terasa macam nak terjatuh dalam air tu.

 

I'm falling in love with this city. Walaupun macam tak ada apa-apa kat sini. Tapi best. Sebab dia macam tersusun dan lawa. 

Malam pulak kitaorang pergi makan nasi arab kat Restoran Saba kat Cyberjaya. Sedap!!! 

 


Last but not least. We got perfume body shop from our lovely mak su. Hadiah pmr katanya. Okay actually kitaorang yang mintak. Aww. 

 

One for me. One for Dayana. :3



Bersama mak su tersayang. Thanks mak su :)


Thanks for reading!

p/s: esok sekolah.

No comments :

Post a Comment