Assalamualaikum
Aktiviti time cuti sekolah : Ice Skating
Ni kali kedua aku main, kali pertama aku main dekat Sunway Pyramid dan kali kedua dekat eCurve Royale Bintang kalau tak tahu tempat dia dekat mana boleh search Google ye.
Harga kalau dekat Sunway Pyramid tak silap aku kalau weekdays cuma RM 18 dan weekends RM20 (harga tak termasuk stokin dan gloves) *Gloves = RM 8
Kalau dekat Royale Bintang pulak weekdays RM 22 dan RM 25 untuk weekends and public holiday (harga
tak termasuk stokin dan gloves) *Gloves = RM 8 *dan tak silap aku lepas 12pm RM30
Tak la besar mana tapi aku lagi suka sini, tak ramai manusia sangat lepastu senang sebab ada surau. Memang aku recommend korang pergi main benda ni, best walaupun jatuh banyak kali pastu kena bangkit beribu kali (k aku tipu) itu tandanya orang yang tak pernah kenal erti putus asa macam aku hehe.
Tengok budak 8 tahun pun ada hati nak main, time ni dah tak ramai orang sebab lepas maghrib remaja remaja semua dah balik sebab takut mak marah haha memandai je aku ni.
Sebelum main tangkap gambar dulu hehehe.
Maaf gambar blur tapi aku kisah apa, nak jugak masukkan dalam blog. Jadi apa tunggu lagi pergi lah ajak mak bapak korang pergi main :)
Thank you for reading our entry !
No comments :
Post a Comment