Friday, January 4, 2013

sekolah ~

Assalamualaikum.

Buat tahun 2013 ini bermula dengan permulaan yang agak sedih untuk meninggalkan sekolah lama aku. Sedih gila kut nak tinggalkan sekolah berbatu biru ni. tskkk tskkk. T_T

 

Hari pertama sekolah. 2 januari 2013. Berdebar debar debar debar debar gila! Serious aku cakap. Macam-macam aku fikir. Tapi aku buat lek je lah. Masuk je,murid-murid baru kena tunggu dulu kat pejabat. Sebab biasalah first day kan haruslah ada perhimpunan,cikgu nak cakap "selamat kembali ke sekolah","tahniah sebab menghadirkan diri",pastu cikgu suruh tepuk tangan. K,whatever. Aku tak terlibat pun dalam perhimpunan tu,sebab aku di pejabat masa itu. 

sekolah berprestasi tinggi
SMK SERENDAH...

Perhimpunan selesai. Pastu cikgu suruh budak form 4 pergi dewan terbuka. Time ayah aku hantar aku kat dewan terbuka tu. Dalam hati aku "ayah,bawa iqah balik!!!". Tapi malangnya ayah tidak mendengar kata hati aku. Sad. Tinggallah aku terkontang-kanting kat dewan tu melihat-lihat kawasan sekeliling yang sangat asing.  Diaorang beratur ikut kelas form 3 tahun lepas. Aku pun main duduk je lah. Pastu adalah sekumpulan ni tegur aku. Tanya nama,sekolah mana dulu. Alhamdulillah,ada juga yang sedar kewujudan aku masa tu. Aku pun jawablah soalan-soalan diaorang tu. Diaorang tu best lah jugak. Aku selesa ngan diaorang. Aku dah rancang dah nak ikut masuk kelas diaorang.

Malang lagi sekali menimpa aku bila aku tak ditakdirkan sekelas ngan diaorang yang tegur aku tadi. Cikgu masukkan aku kat kelas pertama. wth... Nak cari diaorang aku takut sesat pulak (macam besar sangat je sekolah tu sampai boleh sesat -.-). So,ikut je lah cakap cikgu, masuk kelas yang cikgu suruh tu. Nasib baik ada sorang murid baru jugak. Jadi berkawanlah aku dengan dia. Tapi rupanya dia pernah sekolah kat serendah time sekolah rendah. Means dia ada kawan-kawan lama kat sekolah tu. Aku ni??? Sesiapa pun aku tak kenal... 

Tapi aku tetap tabah menghadapi hari tersebut dan hari-hari seterusnya. Budak-budak kat serendah ni baik-baik. Tak sombong. Semua sweet sweet je. Hakhak. Tapi aku kan pemalu orangnya (sila muntah). Jadi nak bersembang huhahuha ngan diorang memang aku tak reti lah kan. Jadi aku hanya berdiam diri di dalam kelas. Diaorang bertanya baru aku bersuara. lol. Serious,aku tak reti nak bawa diri kat tempat baru. 

Oh ya. Kelas yang aku duduk buat sementara waktu sekarang ni kelas PURE SCIENCE. Ya Allah. Rasa diri ini sangat tak layak duduk sekelas ngan budak-budak pandai tu. Aku maybe masuk akaun. Kat borang pemilihan elektif pun aku pilih akaun / sastera. Tapi tak pasti lagi lah. Buatnya cikgu masukkan juga nama aku kat kelas science kena belajar je lah kan u_u. 

Sebab cikgu cakap dasar kerajaan nak 60% pelajar dalam science dan hanya 40% sastera. Baiklah cikgu :|. Tapi kalau masuk science pun aku akan tetap belajar bersungguh-sungguh,walaupun tak berapa minat u_u  Lagipun parents aku memang nak aku masuk kelas science. I will do my best walau kelas apa pun! 

Memandangkan sementara ini aku duduk di kelas science,so aku dah berkenalan dengan subjek physics. Dan aku rasa macam susah je :|  Tapi cikgu add math dia best lah. Biology pun best jugak cikgu dia. Okay semua cikgu kat negara ni best kan ;)  Dah dapat homework for physics and bahasa melayu walaupun tak pasti kekal atau tak kat kelas tu -___- Bahasa melayu kena buat karangan "perasaan hari pertama di tingkatan 4". Sigh.

Tolong doakan kejayaan aku dan dayana dunia akhirat ea :)


Buat kawan-kawan aku di sekolah sungai buaya. Yaa! Aku rindu gila kat korang. RINDU SANGAT SANGAT. Take care! :')


Thanks for reading !

No comments :

Post a Comment