Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Maulidur Rasul (kelahiran rasul) merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. 12 Rabiul  
Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571 Masihi merupakan tarikh kelahiran baginda. Baginda adalah nabi yang terakhir yang diutus oleh Allah SWT. 

Biodata Ringkas Nabi Muhammad SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


''Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku''

Salam Maulidur Rasul everyone !

3 comments :

  1. jom banyakkan berselawat kpd baginda.. moga sama2 mendapat syafaat darinya di akhirat sana :)

    ReplyDelete