Friday, July 12, 2013

4th SSiC Junior Top Chef Challenge

Assalamualaikum

Sebelum tu KLIK SINI dulu kalau nak menang duit raya sebanyak RM 500 dari Coca Cola

Wah dah lama gila tak berblogging rindu pulak rasanya, maklum lah busy + takde idea nak update apa. So sekarang dah ada idea, apa lagi buka laptop terus taip hehehe. Pada sabtu yang lepas aku join pertandingan memasak di One Puchong Business Park yang dianjurkan oleh Silverspoon International College ( Fyi, ni college chef zam ) Jadi dipendekkan cerita chef zam jemput sekolah aku untuk menyertai. Sekolah aku cuma hantar 2 kumpulan sahaja. Jadi kita terjah gambar jela, aku malas nak cerita panjang panjang.



Sebelum sesi bermasak masak bermula kami ditunjukkan cara cara/kaedah untuk memasak daging australia ni. Nampak tak baju hijau belang belang tu, tulah aku ( muka nak stress je lol )


 Inilah partner aku. Untuk pengetahuan korang pertandingan ni ada dua sesi di mana sesi pertama kena masak nasi, protein dan kuah. Dan sesi kedua iaitu FINAL hanya 10 pasukan sahaja yang layak.


Dan....taktahu la macam mana kitaorang dapat pergi FINAL, tak expect langsung kot. Bila dia nak buat annoucement siapa yang layak dapat pergi FINAL aku buat macam tak kisah je sebab ingatkan tak dapat. Sekali dapat dan untuk sesi kedua, kitaorang diberikan mystery box alaa alaa masterchef gitu. Masa diberikan pula sebanyak 1 jam 30 minit nampak macam lama tapi bila dah masak tu hanya tuhan saje yang tahu gelabah aku macam mana. Dalam mystery box kitaorang diberikan daging mentah, rempah beriani kari dan rendang, nasi impit, dan sos tomato.
 
Mula mula tu tak tahu nak masak apa, pastu pikir pikir nak masak kari daging, rendang daging dengan nasi impit. Ok set sekali time buat rendang takde kerisik, pastu buat jugak rendang walaupun takde kerisik sebab masa tinggal 30 minit je lagi. Masa tu dah gelabah gila dah pastu dah siap masak kari terus hidang, pastu dah minit terakhir baru pergi hantar dekat chef lol

Sesi kena temu ramah dengan chef pun bermula, dia cakap kari sedap cuma rendang tu tak rasa macam rendang ( lol memang la banyak bahan takde ) pastu bila chef dah cakap macam tu macam dah takde harapan dah nak menang reda je la apa yang jadi.

Dup

dup

dup

( bunyi jantung menunggu keputusan lol )



















Alhamdulillah tak sangka dapat tempat ketiga memang tak jangka langsung sebab masak pun apa yang tahu je, tak diluar kotak langsung hehe. Antara hadiah hadiah yang kitaorang dapat adalah daripada Maggi, Julie's, Tupperware, Faiza, Jamu Mak Dara, barangan daripada Petroanas pun ada dan barangan elektrikal untuk sekolah. Tak lupa jugaa wang tunai sebanyak RM 300.00. Alhamdulillah tak sangka ianya berpihak kepada kami walaupun tak dapat johan. InsyaAllah tahun depan pula kalau ada rezeki.

Nak menang RM 30 tak? Jom join giveaway dekat SINI

Thank you for reading our entry ! ^^






9 comments :

  1. waa... syok nyee.. hee.. btw , congrats :)

    ReplyDelete
  2. Meriah betul...anyway tahniah :)

    ReplyDelete
  3. waa.. tahniah blh la dtg umah rasa mskn yer..

    btw jom exchange link nk x?? letak dkt bloglist thanks

    ReplyDelete
  4. Mesti pandai masak ni ^^ tahniah ye! Tak sia2 masuk bertanding.

    ReplyDelete
  5. Teror ah tu dapat 3rd place. heheh. congratulations =D

    ReplyDelete
  6. wahh..congratz dapat tempat ketiga
    ajar sy masak bole ? hehhee

    ReplyDelete
  7. tahniah...awak mesti terer masak kan?hihihh...

    ReplyDelete