Friday, May 31, 2013

Simple Strawberry Cake with cream cheese

Assalamualaikum.

Lamanya tak blogging. Rindu bangat gitu. 
Jadi,masih ingatkah anda tentang blog gandingan dua cousin yang meletopp ni? LOL. 
Gurau sahaja. 

Dah cuba resepi tortilla cheese? roti nutella dan keju? roti keju dan kaya? yang sangat mengiurkan itu dan sangat simple kan. Tapi aku sendiri pun belum cuba (sad).
 Telan air liur je baca resepi cik dayana kita tu,disebabkan ketiadaan bahan (sad again).

Okay,lupakan seketika kesedihan itu. Jom kita cuba resepi Strawberry Cake yang sangat mudah ni. 
Bak kata orang pejam mata pun boleh buat punya. Sangat menipu. Hee.
Resepi ni mudah, dan juga sedap :)

Strawberry Cake


Bahan-bahan :
  • 110gm tepung kek
  • 115gm butter
  • 115gm gula kastor (dikisar)
  • 2 biji telur
  • 1sdt esen vanilla
  • 1sdt paste strawberry
  • 3 sudu besar susu segar
  • sedikit chocolate chips
Cara-caranya :
  • Griskan loyang dengan butter dan taburkan sedikit tepung.
  • Panaskan oven 160'c.
  • Putar butter dan gula hingga gebu.
  • Masukkan telur satu persatu,putar lagi.
  • Sambil putar,tambahkan esen vanilla dan paste strawberry.
  • Selepas itu,masukkan tepung kek selang seli dengan susu segar.
  • Putar perlahan-lahan hingga kesemua bahan sebati.
  • Tuang dalam loyang dan taburkan chocolate chips.
  • Bakar selama 25 minit.

Dalam strawberry cake dan luar dia aku sapukan dengan cream cheese 
yang sememangnya sangat yummy. Maklumlah cheese kan~
Yang coklat tu,aku hiris coklat masakan 
lepastu tepek-tepek je kat cream cheese yang disapu pada cake tu.


Cream cheese

Bahan-bahan :

  • 125gm cream cheese 
  • 60gm butter
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1sdt esen vanilla
  • 1sdt paste lemon
  • sedikit pewarna

Cara-caranya :
  • Putar cream cheese dan butter sehingga creamy.
  • Tambah gula icing,esen vanilla,paste lemon,pewarna dan putar hingga sebati.
  • Sejukkan seketika di dalam peti ais dan sedia untuk disapu pada cake.


Biar comot asalkan rasa dia awesome :D

Selamat mencuba ^^



1 comment :

  1. perghh..telan air liur dibuatnye...warna wrni lagi hehehe :)

    ReplyDelete