Tuesday, February 19, 2013

sad.

Assalamualaikum.

Hmm. Hari yang sangat sedih. Sedih weh. Haih.

Balik sekolah tadi aku dah berangan dah nak makan spaghetti+macaroni dengan sos carbonara ni.


Yummy right?

So. Balik sekolah tadi. Aku melantak dulu mee goreng yang ibu aku masak pagi tadi. Hehe :3 
Then,habis makan. Basuh pinggan-pinggan yang ada kat sinki dulu. Dan selepas itu bermulalah permulaan aku nak masak dan juga permulaan episod hitam aku hari ni  T_T

Aku rebus spaghetti macam biasa. Pastu aku tinggalkan je lah jap. Lagipun lama jugak kan spaghetti tu nak masak. So,aku naik atas online. Konon nak cari maklumat sejarah tapi teronline pulak. TER okay TER. cehh.

Tengah-tengah aku syok-syok ushar twitter orang. Aku terbau sesuatu. Macam bau benda hangus. Macam benda terbakar. Then. Tetibe aku tersedar dan kembali ke dunia realiti. Cepat-cepat aku lari turun bawah. Berkabus weh ruang tamu aku. Apatah lagi dapur. Cepat-cepat aku matikan api. Pastu cepat-cepat aku bukak pintu,tingkap semua nak hilangkan asap-asap tu. Fuhh. Bau dia. Pening kepala aku. Bau hangit. zzz. Cuai gila aku ni. Pastu aku keluarkan semua spaghetti masuk dalam tong sampah. Tak hangus tapi hangit. Eh apa beza hangit ngan hangus? lol. Kejap-kejap. Penderitaan aku belum berakhir. Lepas aku buang semua spaghetti tu. Haih. Aku tengok dalam periuk tu hitam weh. Hmmmmm. Apa aku nak buat ni? Aku kikis guna berus. Guna sudu. Tapi still ada benda hangus tu. Apa aku nak jawab dengan ibu aku nanti??   T_______T

Sekarang ni aku tengah rendam periuk tu dengan air + sabun.


Hope. Keajaiban akan berlaku. Sebentar nanti. Harap-harapnya benda yang hangus hitam tu akan hilang. Pleasee. Takut ni wehh. Ibu balik pukul 6 maybe. Aku ada lagi 2 jam untuk hilangkan bukti-bukti yang aku dah buat benda ni. Hahaha (gelak nak sedapkan hati). Sekarang aku nak cari spray yang wangikan rumah tu. Apa benda nama dia? zz aku lupa. Nak hilangkan bau hangit ni. Haih.

Terus hilang mood nak makan spaghetti. Sudahlah. Bye.


Friday, February 15, 2013

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum

Tetiba hari ni rajin pulak nak update blog. Disebabkan lama dah tak update pasal resepi jadi harini aku nak update pasal resepi la. Jadi adik2 kakak2 abang2 yang nak belajar sila get ready!! Dan jangan lupa pakai apron (ceh padahal aku pun tak pakai) Resepi kita pada hari ni mudah dan ringkas sahaja ''Spaghetti Bolognese'' Apa itu? For those yang tak tahu sila la search di google ye.

Bahan-bahannya :

-Bawang (dipotong dadu atau kecil kecil)
-Perencah sos Spaghetti Bolognese MAGGI (kalau malas sangat guna ni je macam aku hehe)




-Daging cincang (disebabkan dekat rumah takde daging cincang bantai daging burger haha)
-Sausage (jika mahu)
-dan Spaghetti (tak kisah jenama apa) 



Cara-caranya :

1. First thing to do is mestilah rebus spaghetti anda n put some oil sikit tau supaya tak melekat.
2. Sementara nak tunggu spaghetti masak, tumis bawang.
3. Lepas dah tumis, masukkan daging dan sausage tadi. Tunggu sehingga masak.
4. Lepas tu kan.. masukkan perencah MAGGI tadi (aku bancuh dengan air awal awal supaya senang)
5. Tunggu sehingga mendidih dan siap dihidang.


Taraaaaaaa!
Bila tengok macam tak selera kan hahaha tapi SEDAP ok.

 

Gambar penutup entry lol (ni sesaje je)

Thanks for reading our entry !


Monday, February 11, 2013

krik krik

Assalamualaikum.

Hmm. Hmm. Nak cerita pasal hari sabtu haritu. Tapi tak ada gambar la. Rasa tak best bila update tanpa gambar u_u

Jadi... Tak payahlah xD
Btw. Thanks kat korang korang semua. Serious aku happy gila hari tu :D


Nurul Iman binti Alias.
Yaa. Kau dapat masuk mrsm. Tahniah weh. Tapi tapi tapi serious terkejut bila dapat tahu kau dapat mrsm kat kelantan o_o. Jauhnya diaorang hantar kau.. Hmm. Tapi tak pe lah. Untuk masa depan kau kan. As your friend,aku akan sentiasa doakan kejayaan kau :)

Weh. Kau jaga diri tau kat sana! Belajar elok-elok! Kalau ada orang buli kau. Kau tendang je orang tu. Kau kan kuat. Kau ingat tak,time kita main sepak-sepak,lawan-lawan. Kau selalu menang :') Aku selalu kalah :') Okay. Tetibe rasa nak nangis. Ah. Iman :'( 

Please Iman. Tolong jangan lupakan aku. Aku sayang kau. Yaa. Aku sayang kau. Sayang sangat-sangat.
Hmm. Esok kau pergi kan? Jaga diri tau weh.


Love you Iman. Will miss you :')


p/s:aku selalu tak tahu nak letak tajuk apa. sigh.


hai

Assalamualaikum.

Hai hai. Kitaorang kat kampung sekarang ni. Tapi malam ni dah nak balik dah. Sedih. Nanti mesti rindu nak gaduh dengan opah yang hot giteww. Ermm. Sebenarnya.... Tak tahu nak cerita apam polkadot. Pavlova. Red velvet. Tiramisu. Nasi lemak. Okay. zzz. Mengarut -.-

Jadi biarlah gambar menceritakan segala-galanya...


Menggila di malam hari kala bulan mengambang, caption nak melebih je haha.
Lihatlah kami. Disaat orang lain sibuk membantu menghidang makanan bagai sebab ada kenduri doa selamat. Tetapi kami bersenang lenang di dalam rumah lalu membuat kerja tak berfaedah. Ceh.


With our hot diva Kamilia ~


Gambar ni bajet ayu kahkahkah, nampak tak budak lelaki berbaju belang tu? Dia selalu buli kitaorang bila balik kampung. Tumbuk,sepak,belasah semua dah lali di mata kami ceh. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa :p Time aku ngah update ni pun dia ada bergayut kat leher aku ni. Main tarik-tarik baju pulak dia ni. Nasib baik aku ni penyabar. Cewahh.


Kitaorang lepak bawah khemah. Pastu bila bosan masuk rumah. Lulzz.


Si Dayana yang cun melecun bersama Si Najiha yang omey omey.


Aww. 


Buat muka gatal pulak budak kecik ni :p

 


 

Kami geng specky. Kami juga anak sulung. Motif?


 Pastu hari isnin pulak pergi karoake. Lol. 
Semangat gila kitaorang menyanyi. Semua berebut mic -____- 




Kitaorang nyanyi lagu korea. Aww aww. :3


Last but not least ~
Kitaorang dapat kek dari Mak Su tersayang. Thanks Mak Su :*





p/s:serius post ni bosan. tak de idea..................................maaf.

Monday, February 4, 2013

Maaf aku pinta...Lol

Assalamualaikum

Semenjak aku masuk form 4 ni takde kelapangan waktu langsung (kecuali Sabtu Ahad la) aku mintak maaf sangat-sangat bagi  pihak namiqa sebab dah lama tak update blog. Dan maaf juga sebab tak dapat nak follow back or etc sebab kesuntukan masa. Memang aku kesuntukan masa sangat Isnin sampai Rabu balik dah pukul 2 lebih. Khamis dengan Jumaat pulak ada training for netball n rumah sukan. Fuh penat aku.
Pastu bila dah masuk form 4 ni pulak homework makin banyak dan subjek pun makin banyak dan belajar benda yang baru (banyak pulak dan hehe) dan semakin malas hehe. Pastu bila buat karangan bi dengan bm tu memang boleh pecah otak sebab dia tak sama macam form 3 ye adik adikku sekalian. Even you guys got A for that subject in PMR doesn't mean you guys can get A+ for that subject in SPM. Seperti yang aku kata tadi form 4 ni kita belajar benda baru, kalau belajar benda lama pun mungkin sedikit. 


Ni gambar gedik gedik je nak taruk kat blog. Sebenarnya benda ni lah yang aku bawak pergi sekolah untuk meringankan beg dalam  file tu ada buku tulis latihan pencil case semua. Very useful, go to popular and grab it now lol. Apa kejadah nak promote file ni pulak.



Am doing this while updating this entry actually. Kena hantar tomorrow, dead -_______- N please excuse my hand writing sebab ni tulis dalam kertas je pun, guna pensel je pun jadi tak perlu kecoh kecoh hehe.


N please excuse this hand writing oso sebab ni saje saje je tulis dikala masa lapang. Ceh lapang sangat, tapi memang berharap pun boleh putar masa tapi mana boleh putar hehehe. Tulisan sebenar aku lain,   
harus dirahsiakan tidak boleh dipapar dikhalayak umum hakhakhak. 


Kalau nampak gambar atas ni maksudnya cerita dah habis la hahaha. So happy monday! xx Have a bless day n tata xx

Thank you for reading our entry !



Monday, January 28, 2013

...

Assalamualaikum.

Bangun pagi tadi. Badan terasa sakit-sakit. Kaki juga. Ini semua gara-gara semalam hiking kat broga. Ditambah dengan selsema yang semakin rakus menyerang hidung. *sedut hingus*. Tapi seriously mendaki bukit broga sangat best! Bila korang dah sampai puncak then angin bertiup-tiup membuatkan segala kepenatan korang akan hilang. Tapi tu baru Bukit Broga. Kalau Gunung Kinabalu mesti lagi best kan. Ada sesiapa mahu bawa kitaorang ke Gunung Kinabalu gunung tertingggi di Malaysia? ;)
Oh ya. Yang tanya broga hill tu kat mana. Broga hill ni kat Semenyih.

Itu cerita hari Ahad. Hari Sabtu pulak pergi Putrajaya. Jalan-jalan menghirup udara bandar dalam taman tu. 
Sebelum itu singgah sebentar di masjid putra solat zohor. Serious masjid tu lawa :')



Then kitaorang naik cruise boat. Harga tiket dewasa rm30 and kanak-kanak rm20. Pusing-pusing tengok Putrajaya dari atas boat selama 45 minit.

 


Dekat Putrajaya tak silap aku ada lima jambatan yang diinspirasikan pembinaannya dari beberapa jambatan di luar negara. Satu lagi,tasik dekat Putrajaya ni merupakan tasik buatan manusia dan mengambil masa 4 tahun untuk siap.


Kita juga dibenarkan untuk duduk kat kawasan luar boat tu. Tapi bagi mereka yang tak tahan better duduk je dalam boat tu diam-diam. Nanti mabuk pulak. Aku pun duduk kat luar tu sekejap je. Sebab terasa macam nak terjatuh dalam air tu.

 

I'm falling in love with this city. Walaupun macam tak ada apa-apa kat sini. Tapi best. Sebab dia macam tersusun dan lawa. 

Malam pulak kitaorang pergi makan nasi arab kat Restoran Saba kat Cyberjaya. Sedap!!! 

 


Last but not least. We got perfume body shop from our lovely mak su. Hadiah pmr katanya. Okay actually kitaorang yang mintak. Aww. 

 

One for me. One for Dayana. :3



Bersama mak su tersayang. Thanks mak su :)


Thanks for reading!

p/s: esok sekolah.

Sunday, January 27, 2013

Broga Hill

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya berjaya daki bukit broga sepanjang 1.7 km. Fuhh terasa penatnya sampai sekarang. Walaupun tak sempat nak tengok matahari terbit gara gara nak cari surau jauh sangat, masjid dekat kawasan broga pulak banjir takut air makin naik terpaksa la cari stesen minyak petronas yang jauh gila. Akhirnya sampai di bukit broga jam 7 pagi sobs sobs sedih sebab tak dapat tengok matahari terbit (takpe takpe next time) lepastu cari cari parking, kalau parking dalam kena bayar RM2, kalau luar free. Aku sarankan jangan pakai sweater bila korang mendaki sebab nanti berpeluh, kalau nak pakai sweater tunggu sampai puncak baru pakai sebab angin kuat gila. Bila nak mendaki agak mencabar sedikit jadi jangan terburu-buru bila mendaki tu kang tak pasal pasal jatuh sia sia je hehe. Yang paling mencabar bila nak panjat puncak, susah gila. Jadi aku sarankan pakai lah kasut yang tak licin sebab tanah dia kering tapi tak tahu la kalau hujan, mungkin lagi okay kot. 


Sebelum sampai puncak pertama, time ni dah tak lalu hutan dah. Dah nak sampai puncak pertama that's why ada lalang banyak banyak ni.



Puncak pertama.


\


Masa ni dah nak sampai puncak kedua.




Dan aku sarankan jangan pakai tudung bawal nanti jadi macam gambar dekat atas ni. Lebih baik pakai tudung sarung senang sarung pastu pin supaya tak terbang terbang keawangan ewahh.


Malaysia's next top model hahaha




Dalam pukul 11 lebih baru balik sebab lepak dekat puncak lama sangat. Best!!! Angin sejuk, udara pun nyaman tapi pukul 9 macam tu dah terasa matahari macam kat atas kepala. Berakhir lah pengembaraan namiqa di Bukit Broga.

Thanks for reading our entry !