Assalamualaikum.
Hmm. Hari yang sangat sedih. Sedih weh. Haih.
Balik sekolah tadi aku dah berangan dah nak makan spaghetti+macaroni dengan sos carbonara ni.
Yummy right?
So. Balik sekolah tadi. Aku melantak dulu mee goreng yang ibu aku masak pagi tadi. Hehe :3
Then,habis makan. Basuh pinggan-pinggan yang ada kat sinki dulu. Dan selepas itu bermulalah permulaan aku nak masak dan juga permulaan episod hitam aku hari ni T_T
Aku rebus spaghetti macam biasa. Pastu aku tinggalkan je lah jap. Lagipun lama jugak kan spaghetti tu nak masak. So,aku naik atas online. Konon nak cari maklumat sejarah tapi teronline pulak. TER okay TER. cehh.
Tengah-tengah aku syok-syok ushar twitter orang. Aku terbau sesuatu. Macam bau benda hangus. Macam benda terbakar. Then. Tetibe aku tersedar dan kembali ke dunia realiti. Cepat-cepat aku lari turun bawah. Berkabus weh ruang tamu aku. Apatah lagi dapur. Cepat-cepat aku matikan api. Pastu cepat-cepat aku bukak pintu,tingkap semua nak hilangkan asap-asap tu. Fuhh. Bau dia. Pening kepala aku. Bau hangit. zzz. Cuai gila aku ni. Pastu aku keluarkan semua spaghetti masuk dalam tong sampah. Tak hangus tapi hangit. Eh apa beza hangit ngan hangus? lol. Kejap-kejap. Penderitaan aku belum berakhir. Lepas aku buang semua spaghetti tu. Haih. Aku tengok dalam periuk tu hitam weh. Hmmmmm. Apa aku nak buat ni? Aku kikis guna berus. Guna sudu. Tapi still ada benda hangus tu. Apa aku nak jawab dengan ibu aku nanti?? T_______T
Sekarang ni aku tengah rendam periuk tu dengan air + sabun.
Hope. Keajaiban akan berlaku. Sebentar nanti. Harap-harapnya benda yang hangus hitam tu akan hilang. Pleasee. Takut ni wehh. Ibu balik pukul 6 maybe. Aku ada lagi 2 jam untuk hilangkan bukti-bukti yang aku dah buat benda ni. Hahaha (gelak nak sedapkan hati). Sekarang aku nak cari spray yang wangikan rumah tu. Apa benda nama dia? zz aku lupa. Nak hilangkan bau hangit ni. Haih.
Terus hilang mood nak makan spaghetti. Sudahlah. Bye.
No comments :
Post a Comment