Wednesday, May 15, 2013

Tortilla Cheese with Scrambled Eggs

Assalamualaikum

Sudah lama tidak meng-update maaf di atas kesibukan diri pemilik blog ini, sebenarnya sibuk dengan exam dan takde masa nak fikir untuk update blog yang sibuk bermain di fikiran adalah perkataan EXAM ( ceh bajet macam belajar je kat rumah ) Since ada free time marilah kita meng-update blog, almost a few weeks tak update blog. Really sorry about that.

Jadi tujuan meng-update pada hari ni adalah mengenai resepi baru. Apakah? Resepi ni boleh di makan pada waktu breakfast ataupun tea time. Namanya Tortilla Cheese bersama telur hancur atau boleh panggil ''Scrambled Eggs'' . Idea ni datangnya daripada mak ente, sebenarnya nak letak pepperoni but tak jumpa dekat supermarket maka terletak lah scrambled eggs. Sedih.

Bahan-bahan yang diperlukan :
-Roti Tortilla / Roti Paratha
-Mozarella Cheese
-Telur
-Sos Cili / Tomato
-Mayones
-Kobis

Mana nak dapat Tortilla? Boleh cari dekat Tesco atau supermarket yang lain. Roti Paratha dekat mana-mana ada aku rasa. Apa yang membezakan diorang berdua ni ada Tortilla sangat nipis, kulit dia macam apam balik yang kecik ataupun kulit popia lebih kurang la dan paratha pulak bila dimasak macam roti canai. Ada perbezaan di situ ya. Mozarella Cheese, I know its quite expensive but I dont care sebab ente memang hantu cheese. Tapi kalau nak murah sikit pergi lah NSK, takdelah murah sampai 5 hengget kurang dalam 2 3 ringgit macam tu la. Dan kobis dengan mayones tu aku mix sekali, lebih macam coleslaw la rupa dan rasa dia. Dan pesanan terakhir, sila buat scrambled eggs awal-awal ya. Kalau tak tahu buat tanya encik Google yang paling MELETOPPP tu.

Cara-caranya :
-Panaskan non-stick pan anda, bagi yang menggunakan roti paratha put a lil bit oil or margerine.
-Letak tortilla anda di atas pan, sekejap sahaja lepas tu terbalikan.
-Taburkan cheese di atas tortilla sebanyak mana yang anda suka.
-Lepastu boleh letak scrambled eggs di atas cheese ( kalau saya jadi anda, saya letak cheese lagi 
  hehehe)
-Tunggu sehingga cheese cair sedikit dan letak sos, mayones dan kobis.
-Lipat tortilla menjadi tiga segi dan siap untuk dihidang.

Sekian resepi kali ni, maaf tiada gambar untuk dipamerkan kerana bahan-bahan semua tu dah habis dekat rumah haha.

Thank you for reading our entry !

*Kalau baik hati, rajinkan diri meng-click banner nuffnang dan heartbeat kami

4 comments :

  1. macam sedap jeee... tapi kite pun tengah exam sekarang ni. so, tggu lepas exam baru nak try buat.hehee

    isyapurple.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang musim exam :( sighs. Okay, good luck!

      Delete
  2. kasi la kite rase cket. nkbuat mcm xde mase jee. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh ler datang sini, pastu tolong belikan bahan bahan biar kita buat hehe^^

      Delete