Sunday, November 24, 2013

Kidzania

Assalamualaikum.

Ini kali pertama namiqa ke kidzania. Sangat best. Walaupun mula-mula tu macam segan-segan sikit 
tapi lepas dah cuba satu aktiviti terus teruja nak buat atau belajar aktiviti lain. Maklumlah namiqa ni umur dah 16 kan yang lain semua kecik kecik je. Tapi tak pe, itu hanya luaran, dalaman masih kanak-kanak okay :p

First and foremost, kita beli tiket dulu. Namiqa pergi dengan adik kitaorang, mak su dan opah tercinta. 
Tiket kids yang berumur (4 hingga 17 tahun) RM 60. Dewasa (18 tahun  ke atas) RM 35 dan senior citizens (60 tahun ke atas) RM 30. Jadi, harga tiket kitaorang semua dalam dua ratus lebih la. 
Masa beli tiket tu dia tak minta my kad namiqa pulak. Hanya my kad cik pembayar je yang diminta. Masa ni kitaorang dipakaikan dngan breacelet dan diberi cek cimb bernilai 50 kidzos.

Selepas bayar kitaorang kena naik escalator ke dunia kidzania. Escalator tu ibarat kita naik flight la kononnya. Then kena periksa dengan imigresen. Setelah semuanya selesai baru masuk ke kidzania tu. Mula-mula kena tukarkan cek yang kita dapat tu kepada kidzos (nama kepada duit di dunia kidzania).


Dah tukar duit mulalah pencarian kitaorang. Di kidzania ada dua iaitu samaada kita nak belajar ataupun bekerja. Mula-mula kitaorang pergi belajar kat ayam brand. Belajar buat speedy tuna pizza. Lepastu dapat makan pizza yang kita buat sendiri dan beg kecil yang diisi dengan tuna sardin. Fyi biasanya kalau kita belajar kita kena bayar tapi kalau kita bekerja kita akan dapat duit. 

Next, time kitaorang tengah fikir nak kerja apa lagi ada seorang abang tu sapa dia tanya "nak ikut tak pusing2 kidzania, nanti dapat 10 kidzos" kitaorang pun ikut je lah abang tu. Sekali rupanya kena parade pusing kidzania tu. Kena kibarkan bendera, pom pom dan nyanyi lagu yang dia ajar.


 Then kitaorang baca berita pulak di syarikat media prima. Kitaorang pilih untuk baca berita bahasa melayu iaitu buletin utama. Ni boleh pilih kalau bahasa inggeris ntv7.

 Tengah pakai micdan blazer bersedia sebelum on air :B
Dayana jadi pembaca pertama (banyak kena baca), aku pembaca kedua ( tak banyak sangat baca xD) dan budak 2orang kat belakang tu jadi wartawan sukan dan cuaca. 

 


Serious je namiqa baca berita. Semangat okay.

Selain tu ada banyak lagi kerja dan kitaorang belajar. Namiqa jadi pramugari. Dah la yang ajar kitaorang jadi pramugari tu abang cina, dan hanya kitaorang berdua yang nak jadi pramugari yang lain semua nak jadi pilot. Kitaorang ada juga belajar buat oreo. Senang je weh rupanya buat oreo. Then kitaorang bekerja hantar surat khabar new straits time dan berita harian. Belajar buat jewellary dan banyak lagi. Kesimpulannya memang seronok la. Boleh berangan nak jadi macam macam kan. 



Itu bermaksud 'kai' = hai
  Yang lain  'zhank you' = thank you dan 'zee you' = see you





Berakhirlah kisah Namiqa di KidZania, we had so much fun dekat sana. Sangat sangat best, kalau ada mak mak yang terbaca entry ni pergilah bawak anak anak anda ke KidZania sebelum mereka mencapai umur 18 tahun, Namiqa boleh pergi sampai tahun depan je kalau nak main lagi. Kalau dah masuk umur 18 tahun tak boleh main dah. So zee you again KidZania.




Friday, November 15, 2013

Layan cerita korea

Annyonghaseyo

Since my class dah started our school holiday asyik layan korea je sekarang, yela kalau school day mana ada masa nak layan semua semua ni lagi lagi astro bagi free tengok chanel 395 one (chanel korea dekat astro) sampai bulan dua lagi la syiokkk. Tapi ada jugak chanel korea yang astro memang bagi free chanel 391 kbs tapi tak banyak cerita sangat kat situ n not so interesting. Since 395 dah bagi free kejap aku pun layan la cerita The Inheritors lagipun aku tak minat kpop ni aku cuma layan cerita korea je hehe


Ni la hero n heroin dia, boleh tahan jugak la muka hero dalam cerita ni. Tak silap aku perempuan ni ada berlakon dalam filem Miracle in Cell No 7 cerita tu pun best jugak. So for those yang masih belum tengok The Inheritors lagi pergilah tengok sebab still baru lagi cerita ni.

Lepastu aku layan jugak cerita The Strange Housekeeper


Cerita ni pun macam best jugak tapi aku asyik terskip je pastu malas dah nak layan. Tapi aku still tak faham sangat sebab tak tengok dari eps 1. And another one yang aku layan Heart Beat pasal selamatkan orang ala dia macam dekat tv9 dulu apa tah tajuk dia.

Dekat KBS pun ada cerita best jugak tapi cerita ni dah nak habis dah lagi 4 eps kot.


Ni la cerita dia, Secret Love setiap rabu khamis jam 9.07 pm chanel 391.
Cerita ni serious best gila siapa yang tengok cerita ni mesti korang bengang dengan lelaki paling hujung belah kiri tu. Tapi siapa nak layan dekat Gooddrama pun boleh sebab dia dah habis semua eps cuma aku je takde masa nak layan dekat internet yela bukannya tiap tiap hari bukak laptop.

So setakat ni tu jelah yang aku layan, ada cerita korea best lagi tak kalau ada boleh recomend dekat aku.

Kamsahamnida for reading our blog ! 

Annyonghigaseyo 







Monday, November 4, 2013

Heyy ~

Assalamualaikum.

Hyee namiqa is back!! Haha setelah lama mendiamkan diri. Bertakafur di dalam gua.
Maklumlah peperiksaan akhir tahun lah katakan. 
Doakan keputusan peperiksaan namiqa cemerlang ya. 

Now, namiqa ada dekat kampung. Menghabiskan sisa kehidupan pada tahun 2013 di kampung tercinta. Tapi seminggu je, hari jumaat balik kl balik. Ingatkan balik kampung ni nak kerja, cari duit poket buat bekalan masa hadapan. Tapi nak kerja apa je dalam masa seminggu kan? Nak menoreh? semua pokok getah dah ditelan dek zaman. Ceh, nak sangat la kan kerja menoreh tu. Berdiri sekejap pun dah mengeluh. Nak tangkap ikan? Satu batang hidung ikan pun tak nampak kat sungai belakang rumah kat kampung ni. 
Jadi sebulat suara, kami membuat keputusan untuk berehat je di kampung. Haha. Sambil menghirup udara kampung tercinta. 

Eh, ada sesiapa yang dah tengok filem Highland Tower? Best tak?
 Namiqa plan nak tengok minggu ni.
Nantikan pandangan namiqa tentang cerita tu ea. Hehe.

p/s: Masih mengumpul semangat nak tengok Highland Tower kat pawagam. Macam seram je.


Thanks for reaing our entry! :)

Friday, September 13, 2013

Katak oh katak

Assalamualaikum

''Lompat si kotak lompat, lompatlah tinggi-tinggi, cepatlah adik cepat, cepatlah bangun pagi-pagi'' Siapa pernah dengar lagu, namiqa rasa semua pernah dengar kot masa kecil dulu, kalau tak tahu as usual can search dekat google. Sebenarnya dua hari lepas baru je lepas main dengan katak, walaupun geli + takut dengan katak. Tapi mesti korang pelik kenapa takut tapi main dengan katak pelik kan. Begini al-kisahnya.....

SILA SCROLL KE BAWAH KALAU NAK TAHU KISAHNYA!!!

The story begin, a day with FROG





































Say hi to my 'baby' frog lol. Bila tengok balik rasa macam geli dan macam tak percaya je dah bedah seekor katak yang telah dipengsankan oleh encik chlorofoam (sejenis cecair pastu letak kat cotton pastu campak dalam bekas katak kasi dia mati) Sebelum ni I always wonder bila orang bedah katak macam mana katak tu boleh mati and now I knew the answer already. Sebenarnya ni baru gambar permulaan bedah katak belum penamat lagi, penamat punya lagi geli.



Bajet bajet berani je tuwww, padahal nak pegang skin pun cuak cuma pegang sekali je (macam mana nak jadi doktor ni?!!!?) Pastu time nak gunting kulit dia tu sepatutnya kena pegang skin dia kasi senang tapi my friend yang tolong pegangkan hehehe.


Sebenarnya tengah geli tu, see my friend yang pegangkan. Nampak tak kulit luar dia macam terkuak, pastu kena gunting lagi kulit yang dalam dia tu. Memang geli tapi I hv to do kalau tak sia sia je kan. N y u know what, katak ni paling besar among the others err. Katak ni pun quite expensive jugak ah, tapi tak ah mahal sangat cam LV. Dalam RM 13 smthng seekor je tauuu! Mahal la jugak dekat kedai biasa takde jual dia jual dekat restoran/kedai makan cina. Tu pun suruh kawan cina yang belikan.


Itulah jelah kisahnya. So cakap bye bye kat katak. Kena tanam dalam satu lubang kat belakang lab bio berhampiran surau. Entah entah semua katak yang dah kena bedah kena tanam kat situ jugakkkkk
Ok yang ni gambar last, promise this is the last one. Korang kena tengok sebab interesting gila.





Not so interesting actually (im jk) tapi geli okk. That's all.
Doakan kejayaan Namiqa, Namiqa pun akan doakan kejayaan korang semua. 
Bye-bye, till we meet again frog.

Thank you for reading our entry !




Saturday, August 17, 2013

Pin tudung comel !

Assalamualaikum

Belum terlambat lagi Namiqa nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog Namiqa. Maaf la sejak dua menjak ni sibuk beraya di kampung, ni pun baru je sampai rumah beberapa hari lepas. So tujuan update blog pada hari ni sebab Namiqa nak habiskan stok pin tudung yang sangat comel macam Namiqa . Ok ok jom tengok...

01
02

03
04

05
06

07
08

09
010

011
012
013

014


Comel kan? Murah je cuma RM 2.50/pcs
Ajak kawan kawan beli, beli 10 ke atas dapat 10% diskaun sempena RAYA. Jadi tunggu apa lagi jom la beli, duit raya kan ada? Hehehe
Sekiranya berminat sila emel Namiqa di nurdayanazawawi@hotmail.com
Harga tidak termasuk postage so belilah la banyak banyak supaya rasa tak rugi. Semua pin di atas limited. Siapa cepat dia lah dapat.

Thank you for reading our entry !


Monday, August 5, 2013

Segmen jom klik iklan by Miss English


Photobucket
KLIK BANNER KALAU NAK JOIN

KLIK LINK DEKAT BAWAH NI *sampai habis loading*

1  2  3  4  5  6

Thank you !






SEGMEN KLIK-KLIK BY ALYAA NAJLAA


Photobucket


 Bagi sesiapa yang nak join klik banner yee. Segmen ni hanya berlangsung selama 5 hari sahaja dari 3 ogos - 7 ogos. Kelebihan join segmen ni adalah duit dari segala akaun korang akan bertambah. Jadi apa tunggu lagi jom lah join, sebelum tu klik la iklan Namiqa dulu ye hehehe.

1  2  3  4  5  6  7 dan nuffnang ( dekat sidebar blog Namiqa )

p/s : Kalau nak Namiqa klik iklan korang, tinggalkan link entry korang di ruang komen by today. Sebab takut esok tak sempat nak klik iklan korang, Namiqa dah balik kampung takut busy memanjang hehehe :)

Thank you !


Thursday, August 1, 2013

kuih raya

Assalamualaikum.

Pagi tadi ujian addmath dan ekonomi.
Addmath cikgu dah bagitahu soalan macam mana yang masuk,so aku pun macam study gila2 lah. 
Cewahh. Padahal last minute punya study (amaran keras: jangan tiru perbuatan ini). Lepas sahur tadi baru study. Teruk.. Tapi Alhamdulillah markah yang aku dapat sangat la memuaskan,happy lah jugak dapat markah tu (cikgu terus tanda paper lepas habis jawab exam addmath). Walaupun hanya ujian, tapi bila dapat markah macamtu buatkan semangat aku untuk dapatkan markah macam tu jugak untuk exam akhir tahun and InsyaAllah for SPM next year. Walaubagaimanapun, malangnya, disebabkan study last minute, aku tak sempat study ekonomi asas. Sad. Tadi masa tanda kertas, markah objektif aku 24/30, campur soalan subjektif?? Aku tak jawab soalan subjektif! lulzzz

Sudah lupakan pasal ujian.
Seperti biasa dekat2 nak raya ni kan. Lebih kurang tujuh hari je lagi kan. Mesti semua dah sibuk buat kuih raya. Terutamanya kaum perempuan. Tak gitu cik peah? Ke cik peah main kuih tunjuk-tunjuk je? 
Tak kisahlah kuih beli ke kuih buat sendiri ke janji kuih raya. Haha.

Aku pun ada buat juga. Nak order? Boleh boleh. 50 biji, rm18. lol.
Antara kuih yang aku buat 

Baiklah. Ini bukan kuih. Saya mengerti. Tapi apa salahnya jadikan coklat yang dalamnya diletakkan oreo dijadikan kuih raya. Tiada salahnya. Yummy~

Pernah makan kuih ni? Kalau tak. Ini namanya rice bubble. Kuih kegemaran Namiqa sepanjang masa!!! 
Senang je pun nak buat. Letak ni,letak tu,siap. Mudah bukan? xD

Ni chocolate chips. Kuih raya yang wajib ada. Tak main la almond landon cik kiah oi. 
Kita main chocolate chips je. Hehe.
(gambar senget malas nak rotate~)

Dan yang terakhir blueberry cheese tart.
Blueberry dan cheese masih belum diletak di dalam tart takut nanti habis sebelum waktunya..

Itu baru 4 jenis. Ada lagi 2 jenis kut yang akan dibuat. Biskut kelapa dan cornflake madu.
Itupun kalau ibu aku tak tambah la. Kalau buatnya beliau nak tambah lagi 5,6 jenis. Haru weh.
Dah la minggu depan start cuti. Menghadap kuih je la kerja aku nanti. Lapar okay buat kuih ni. Kau ingat buat kuih walaupun duduk, tetapi baunyaa MasyaAllah. Buat perut kau berbunyi-bunyi main lagu dondang sayang siap dengan kompang,gamelan lagi iramanya. Lepastu bila berbuka mesti nak rasa kuih yang dah dibuat siang tadi tu dulu, yelah nak tahu sedap ke tak, sebab tadi dah bau macam sedap je. lol.




Thank you for reading our entry !


Tuesday, July 30, 2013

Paratha/Tortilla Chicken Cheese


Assalamualaikum.

Malam ni nak kongsi satu resepi yang sangat mudah lagi ringkas. Pernah pergi hot and roll tak? Ala, kedai yang jual pelbagai jenis paratha tu. Jap, aku google.

Haa,kedai ni 
(gambar ihsan google)

Resepi kali ni dinspirasikan dari paratha yang dijual kat kedai tu lah. Aku pernah beli dan masa orang tu buatkan paratha aku,aku perhatikan dengan khusyuknya. Rupanya hek'eleh senang je pun. Better buat sendiri kan. InsyaAllah rasanya sama. Yang penting mulakan dengan bismillah dan buat dengan penuh kasih sayang. Cewah. So,lets cekidaut ~

Bahan-bahan :

 
~ Paratha / Tortilla
~ 1/2 bawang kuning (Holand)
~ Sedikit butter/minyak
~ Daging ayam yang sekeping-sekeping tu (cari je kat bahagian frozen food, mesti ada punyalah)
~ Mozarella cheese
~ Cheddar cheese (ini hanya tambahan,buat penggemar cheese macam aku)
~ Mayonis 

Cara-cara: 
1. Panaskan pan, letak sedikit butter ataupun minyak dan goreng bawang kuning. Dalam 1 minit je.    
    Dah masak ketepikan, letak dalam piring etc.
2. Panaskan roti tortilla / paratha di atas pan. Tidak perlu minyak. 
3. Dah agak garing, terbalikkan dan taburkanlah dan hujanilah roti anda itu dengan :
-bawang yang telah digoreng tadi
-kepingan ayam
-cheese (sebanyak mungkin) lol

Akhir sekali letakkkan mayonis untuk menambah lagi keenakan. ermm YUMMY ~
Lipatkan separuh bulat, dan bahagikan kepada dua.





Inilah hasilnya. Paratha/Tortilla Chicken Cheese 

Selamat mencuba ^^

Thank you for reading our entry !


Shopping bersama Namiqa

Assalamualaikum


Hi uolls ( macam gedik pulak )
Nampak tak baju baju dekat atas tu? Nampak tak? Cantik cantik kan? Ada sesiapa berminat takk?
Harga amatlah berpatutan dan kain sangat lah comfortable.
RM 20 sehelai exc postage, jika beli lebih daripada sehelai akan mendapat potongan 10% untuk pembelian seterusnya. Baju baju ni limited, jadi siapa nak cepat cepat lah order yaa!
Kenapa murah? Sebab Namiqa tak ambik banyak sangat untung cukuplah sikit, rezeki jugak Alhamdulillah.

Kalau nak boleh email Namiqa di  nurdayanazawawi@hotmail.com
Nanti apa apahal Namiqa reply dekat email yaa :)

Thank you!

Thursday, July 25, 2013

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum

Hi teman teman ku sekalian, dah lama gila tak update blog kan. Entry entry sebelum ni semua penuh dengan segmen segmen dan giveaway. Ada sesiapa  rindu Namiqa tak?? Siapa tahu gambar dekat atas ni kuih apa
 ( maaf lah gambar copy paste dari instagram je, malas nak transfer ke laptop ) Dekat atas ni kuih cara manis ,kuih cara manis ni one my fav kuih, kuih cara ni sebenarnya ada dua jenis satu cara manis lagi satu cara berlauk.


Ini baru kuih cara berlauk, if im not mistaken dalam dia ada daging n guess what aku tak pernah makan yang ni sebab dulu dulu aku ingatkan dia letak cili je dalam tu sekali ada daging hahaha. It's okay one fine day I would like to try it.

Cara cara untuk membuat kuih cara manis tersangatlah mudah, bagi sesiapa yang belum tahu jom terjah resepi dekat bawah ni.

Bahan-bahan
- Tepun gandum ( 3 cawan tepung )
- Daun pandan yang telah dibelnder dan ditapis ( 4/5 helai daun pandan, nak air sahaja )
- Santan ( sedikit santan )
- Telur ( 1 biji )
- Gula

Cara-caranya
- Masukkan tepung, air daun pandan, santan, telur ke dalam blend.
- Blend kesemua bahan tadi, kalau tak likat tambah sedikit lagi santan.
- Panaskan acuan kuih cara dan lengserkan dengan sedikit minyak, sedikit sahaja. 
- Masukkan adunan yang telah diblend tadi ke dalam acuan.
- Masukkan gula ( aku guna 1sudu kecil kfc tu, kalau nak kurangkan pun boleh )
- Tutup acuan dan tunggu sehingga masak.
- Pastikan api kecil supaya tidak hangus.

Jadi selamat mencuba, boleh dibuat untuk berbuka puasa nanti! :))
P/s : Siapa tak tahu acuan kuih cara boleh search dekat google.

Thank you for reading our entry ! ^^


Segmen : Kumpul Duit Raya

Assalamualaikum

Siapa cakap duti raya dapat masa raya je? Siapa cakap orang yang dah besar lanjut usia ( baru 16 tahun ) macam Namiqa tak dapat duit raya, susah dapat duit raya? Haa nak dapat duit raya sebelum raya? Jom join segmen ni


Photobucket
KLIK BANNER KALAU NAK JOIN


Tarikh tamat segmen ini 7 Ogos 2013, cepat!!!
KLIK SEHINGGA HABIS LOADING

1  2  3  4  5  6  7  8  9  dan klik iklan nuffnang Namiqa di sidebar blog ni :)

Thank you!

\

Wednesday, July 24, 2013

SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI

Assalamualaikum

Photobucket
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join segmen ni!! Segmen akan berlangsung selama dua bulan, jadi apa tunggu lagi jom lah join.
Banyak lagi masa :)

Btw jangan lupa klik iklan Namiqa dekat bawah ni :

1  2  3  4  5

Namiqa dah klik iklan penganjur ^^


Tuesday, July 23, 2013

Segmen #1 : by ifah dafila

Photobucket
Klik banner kalau nak join

Assalamualaikum

1  2  3  4  5
6  7  8  9  10



Segmen Klik & Sedekah Ramadan


Photobucket

Assalamualaikum

Rakan rakan ku sekalian, jom join segmen ni!! 





Namiqa dah klik iklan penganjur segmen ni ^^



Saturday, July 20, 2013

Segmen Klik Iklan by Namiqa

Assalamualaikum


Cara untuk sertai segmen ini :

1. Buat entry yang bertajuk ''Segmen Klik Iklan by Namiqa''
2. Letakkan banner di atas dalam entry anda berserta link, tak kisah la macam mana asalkan ada.
3. Back link ke entry ini semula.
4. Letak link iklan-iklan yang anda ingin Namiqa klik ( max sebanyak 6 iklan sahaja ye, saja suka suka buat banyak banyak )
5. Submit link entry anda di ruangan komen entry ini. 
6. Dan jangan lupa klik iklan nuffnang, heartbeat, churpchurp yang ada di sidebar blog dan juga yang ini :





Wajib klik kesemuanya, jangan tipu di bulan mulia ini :))
*tunggu sampai dia habis loading ye*

Hadiah untuk top refferal blog Namiqa

Seorang pemenang sahaja bakal dipilih:

-blog list selama sebulan di blog Namiqa
-Namiqa akan klik iklan anda selama sebulan jika ada kelapangan waktu

Jadi jangan lepaskan peluang ini!! :))
Namiqa akan klik iklan anda selepas tamat sahaja segmen ini.

Pernyataan akan dibatalkan sekirang kurang daripa 10 orang. HARAP MAKLUM!!! Jadi tolong sebarkan kalau nak Namiqa klik iklan korang :)