Monday, November 4, 2013

Heyy ~

Assalamualaikum.

Hyee namiqa is back!! Haha setelah lama mendiamkan diri. Bertakafur di dalam gua.
Maklumlah peperiksaan akhir tahun lah katakan. 
Doakan keputusan peperiksaan namiqa cemerlang ya. 

Now, namiqa ada dekat kampung. Menghabiskan sisa kehidupan pada tahun 2013 di kampung tercinta. Tapi seminggu je, hari jumaat balik kl balik. Ingatkan balik kampung ni nak kerja, cari duit poket buat bekalan masa hadapan. Tapi nak kerja apa je dalam masa seminggu kan? Nak menoreh? semua pokok getah dah ditelan dek zaman. Ceh, nak sangat la kan kerja menoreh tu. Berdiri sekejap pun dah mengeluh. Nak tangkap ikan? Satu batang hidung ikan pun tak nampak kat sungai belakang rumah kat kampung ni. 
Jadi sebulat suara, kami membuat keputusan untuk berehat je di kampung. Haha. Sambil menghirup udara kampung tercinta. 

Eh, ada sesiapa yang dah tengok filem Highland Tower? Best tak?
 Namiqa plan nak tengok minggu ni.
Nantikan pandangan namiqa tentang cerita tu ea. Hehe.

p/s: Masih mengumpul semangat nak tengok Highland Tower kat pawagam. Macam seram je.


Thanks for reaing our entry! :)

1 comment :

  1. hehehe..rasa nye takde la seram mana pon..effect dorg dok jerit2 tu yg rasa seram nye haha

    ReplyDelete