Sunday, November 24, 2013

Kidzania

Assalamualaikum.

Ini kali pertama namiqa ke kidzania. Sangat best. Walaupun mula-mula tu macam segan-segan sikit 
tapi lepas dah cuba satu aktiviti terus teruja nak buat atau belajar aktiviti lain. Maklumlah namiqa ni umur dah 16 kan yang lain semua kecik kecik je. Tapi tak pe, itu hanya luaran, dalaman masih kanak-kanak okay :p

First and foremost, kita beli tiket dulu. Namiqa pergi dengan adik kitaorang, mak su dan opah tercinta. 
Tiket kids yang berumur (4 hingga 17 tahun) RM 60. Dewasa (18 tahun  ke atas) RM 35 dan senior citizens (60 tahun ke atas) RM 30. Jadi, harga tiket kitaorang semua dalam dua ratus lebih la. 
Masa beli tiket tu dia tak minta my kad namiqa pulak. Hanya my kad cik pembayar je yang diminta. Masa ni kitaorang dipakaikan dngan breacelet dan diberi cek cimb bernilai 50 kidzos.

Selepas bayar kitaorang kena naik escalator ke dunia kidzania. Escalator tu ibarat kita naik flight la kononnya. Then kena periksa dengan imigresen. Setelah semuanya selesai baru masuk ke kidzania tu. Mula-mula kena tukarkan cek yang kita dapat tu kepada kidzos (nama kepada duit di dunia kidzania).


Dah tukar duit mulalah pencarian kitaorang. Di kidzania ada dua iaitu samaada kita nak belajar ataupun bekerja. Mula-mula kitaorang pergi belajar kat ayam brand. Belajar buat speedy tuna pizza. Lepastu dapat makan pizza yang kita buat sendiri dan beg kecil yang diisi dengan tuna sardin. Fyi biasanya kalau kita belajar kita kena bayar tapi kalau kita bekerja kita akan dapat duit. 

Next, time kitaorang tengah fikir nak kerja apa lagi ada seorang abang tu sapa dia tanya "nak ikut tak pusing2 kidzania, nanti dapat 10 kidzos" kitaorang pun ikut je lah abang tu. Sekali rupanya kena parade pusing kidzania tu. Kena kibarkan bendera, pom pom dan nyanyi lagu yang dia ajar.


 Then kitaorang baca berita pulak di syarikat media prima. Kitaorang pilih untuk baca berita bahasa melayu iaitu buletin utama. Ni boleh pilih kalau bahasa inggeris ntv7.

 Tengah pakai micdan blazer bersedia sebelum on air :B
Dayana jadi pembaca pertama (banyak kena baca), aku pembaca kedua ( tak banyak sangat baca xD) dan budak 2orang kat belakang tu jadi wartawan sukan dan cuaca. 

 


Serious je namiqa baca berita. Semangat okay.

Selain tu ada banyak lagi kerja dan kitaorang belajar. Namiqa jadi pramugari. Dah la yang ajar kitaorang jadi pramugari tu abang cina, dan hanya kitaorang berdua yang nak jadi pramugari yang lain semua nak jadi pilot. Kitaorang ada juga belajar buat oreo. Senang je weh rupanya buat oreo. Then kitaorang bekerja hantar surat khabar new straits time dan berita harian. Belajar buat jewellary dan banyak lagi. Kesimpulannya memang seronok la. Boleh berangan nak jadi macam macam kan. 



Itu bermaksud 'kai' = hai
  Yang lain  'zhank you' = thank you dan 'zee you' = see you





Berakhirlah kisah Namiqa di KidZania, we had so much fun dekat sana. Sangat sangat best, kalau ada mak mak yang terbaca entry ni pergilah bawak anak anak anda ke KidZania sebelum mereka mencapai umur 18 tahun, Namiqa boleh pergi sampai tahun depan je kalau nak main lagi. Kalau dah masuk umur 18 tahun tak boleh main dah. So zee you again KidZania.




1 comment :

  1. waah <3 untunglah. takde rezeki lagi saya nak pergi tahun ni.

    ReplyDelete