Assalamualaikum.
Malam ni nak kongsi satu resepi yang sangat mudah lagi ringkas. Pernah pergi hot and roll tak? Ala, kedai yang jual pelbagai jenis paratha tu. Jap, aku google.
Haa,kedai ni
(gambar ihsan google)
Resepi kali ni dinspirasikan dari paratha yang dijual kat kedai tu lah. Aku pernah beli dan masa orang tu buatkan paratha aku,aku perhatikan dengan khusyuknya. Rupanya hek'eleh senang je pun. Better buat sendiri kan. InsyaAllah rasanya sama. Yang penting mulakan dengan bismillah dan buat dengan penuh kasih sayang. Cewah. So,lets cekidaut ~
Bahan-bahan :
~ Paratha / Tortilla
~ 1/2 bawang kuning (Holand)
~ Sedikit butter/minyak
~ Daging ayam yang sekeping-sekeping tu (cari je kat bahagian frozen food, mesti ada punyalah)
~ Mozarella cheese
~ Cheddar cheese (ini hanya tambahan,buat penggemar cheese macam aku)
~ Mayonis
Cara-cara:
1. Panaskan pan, letak sedikit butter ataupun minyak dan goreng bawang kuning. Dalam 1 minit je.
Dah masak ketepikan, letak dalam piring etc.
2. Panaskan roti tortilla / paratha di atas pan. Tidak perlu minyak.
3. Dah agak garing, terbalikkan dan taburkanlah dan hujanilah roti anda itu dengan :
-bawang yang telah digoreng tadi
-kepingan ayam
-cheese (sebanyak mungkin) lol
Akhir sekali letakkkan mayonis untuk menambah lagi keenakan. ermm YUMMY ~
Lipatkan separuh bulat, dan bahagikan kepada dua.
Inilah hasilnya. Paratha/Tortilla Chicken Cheese
Selamat mencuba ^^
Thank you for reading our entry !
Wah, nyum2.. sedapnya..
ReplyDeletehee ^^
Deletesedapnya.lapa tgok.huuu
ReplyDeletejangan tengok je. cuba buat. hehe ^^
Deletenanti nak buat..sedappp..
ReplyDeletebuatlah. pasti tak mengecewakan :)
Deletenk try la..da lama cari resepi..TQ
ReplyDelete