Sunday, November 24, 2013

Kidzania

Assalamualaikum.

Ini kali pertama namiqa ke kidzania. Sangat best. Walaupun mula-mula tu macam segan-segan sikit 
tapi lepas dah cuba satu aktiviti terus teruja nak buat atau belajar aktiviti lain. Maklumlah namiqa ni umur dah 16 kan yang lain semua kecik kecik je. Tapi tak pe, itu hanya luaran, dalaman masih kanak-kanak okay :p

First and foremost, kita beli tiket dulu. Namiqa pergi dengan adik kitaorang, mak su dan opah tercinta. 
Tiket kids yang berumur (4 hingga 17 tahun) RM 60. Dewasa (18 tahun  ke atas) RM 35 dan senior citizens (60 tahun ke atas) RM 30. Jadi, harga tiket kitaorang semua dalam dua ratus lebih la. 
Masa beli tiket tu dia tak minta my kad namiqa pulak. Hanya my kad cik pembayar je yang diminta. Masa ni kitaorang dipakaikan dngan breacelet dan diberi cek cimb bernilai 50 kidzos.

Selepas bayar kitaorang kena naik escalator ke dunia kidzania. Escalator tu ibarat kita naik flight la kononnya. Then kena periksa dengan imigresen. Setelah semuanya selesai baru masuk ke kidzania tu. Mula-mula kena tukarkan cek yang kita dapat tu kepada kidzos (nama kepada duit di dunia kidzania).


Dah tukar duit mulalah pencarian kitaorang. Di kidzania ada dua iaitu samaada kita nak belajar ataupun bekerja. Mula-mula kitaorang pergi belajar kat ayam brand. Belajar buat speedy tuna pizza. Lepastu dapat makan pizza yang kita buat sendiri dan beg kecil yang diisi dengan tuna sardin. Fyi biasanya kalau kita belajar kita kena bayar tapi kalau kita bekerja kita akan dapat duit. 

Next, time kitaorang tengah fikir nak kerja apa lagi ada seorang abang tu sapa dia tanya "nak ikut tak pusing2 kidzania, nanti dapat 10 kidzos" kitaorang pun ikut je lah abang tu. Sekali rupanya kena parade pusing kidzania tu. Kena kibarkan bendera, pom pom dan nyanyi lagu yang dia ajar.


 Then kitaorang baca berita pulak di syarikat media prima. Kitaorang pilih untuk baca berita bahasa melayu iaitu buletin utama. Ni boleh pilih kalau bahasa inggeris ntv7.

 Tengah pakai micdan blazer bersedia sebelum on air :B
Dayana jadi pembaca pertama (banyak kena baca), aku pembaca kedua ( tak banyak sangat baca xD) dan budak 2orang kat belakang tu jadi wartawan sukan dan cuaca. 

 


Serious je namiqa baca berita. Semangat okay.

Selain tu ada banyak lagi kerja dan kitaorang belajar. Namiqa jadi pramugari. Dah la yang ajar kitaorang jadi pramugari tu abang cina, dan hanya kitaorang berdua yang nak jadi pramugari yang lain semua nak jadi pilot. Kitaorang ada juga belajar buat oreo. Senang je weh rupanya buat oreo. Then kitaorang bekerja hantar surat khabar new straits time dan berita harian. Belajar buat jewellary dan banyak lagi. Kesimpulannya memang seronok la. Boleh berangan nak jadi macam macam kan. 



Itu bermaksud 'kai' = hai
  Yang lain  'zhank you' = thank you dan 'zee you' = see you





Berakhirlah kisah Namiqa di KidZania, we had so much fun dekat sana. Sangat sangat best, kalau ada mak mak yang terbaca entry ni pergilah bawak anak anak anda ke KidZania sebelum mereka mencapai umur 18 tahun, Namiqa boleh pergi sampai tahun depan je kalau nak main lagi. Kalau dah masuk umur 18 tahun tak boleh main dah. So zee you again KidZania.




Friday, November 15, 2013

Layan cerita korea

Annyonghaseyo

Since my class dah started our school holiday asyik layan korea je sekarang, yela kalau school day mana ada masa nak layan semua semua ni lagi lagi astro bagi free tengok chanel 395 one (chanel korea dekat astro) sampai bulan dua lagi la syiokkk. Tapi ada jugak chanel korea yang astro memang bagi free chanel 391 kbs tapi tak banyak cerita sangat kat situ n not so interesting. Since 395 dah bagi free kejap aku pun layan la cerita The Inheritors lagipun aku tak minat kpop ni aku cuma layan cerita korea je hehe


Ni la hero n heroin dia, boleh tahan jugak la muka hero dalam cerita ni. Tak silap aku perempuan ni ada berlakon dalam filem Miracle in Cell No 7 cerita tu pun best jugak. So for those yang masih belum tengok The Inheritors lagi pergilah tengok sebab still baru lagi cerita ni.

Lepastu aku layan jugak cerita The Strange Housekeeper


Cerita ni pun macam best jugak tapi aku asyik terskip je pastu malas dah nak layan. Tapi aku still tak faham sangat sebab tak tengok dari eps 1. And another one yang aku layan Heart Beat pasal selamatkan orang ala dia macam dekat tv9 dulu apa tah tajuk dia.

Dekat KBS pun ada cerita best jugak tapi cerita ni dah nak habis dah lagi 4 eps kot.


Ni la cerita dia, Secret Love setiap rabu khamis jam 9.07 pm chanel 391.
Cerita ni serious best gila siapa yang tengok cerita ni mesti korang bengang dengan lelaki paling hujung belah kiri tu. Tapi siapa nak layan dekat Gooddrama pun boleh sebab dia dah habis semua eps cuma aku je takde masa nak layan dekat internet yela bukannya tiap tiap hari bukak laptop.

So setakat ni tu jelah yang aku layan, ada cerita korea best lagi tak kalau ada boleh recomend dekat aku.

Kamsahamnida for reading our blog ! 

Annyonghigaseyo 







Monday, November 4, 2013

Heyy ~

Assalamualaikum.

Hyee namiqa is back!! Haha setelah lama mendiamkan diri. Bertakafur di dalam gua.
Maklumlah peperiksaan akhir tahun lah katakan. 
Doakan keputusan peperiksaan namiqa cemerlang ya. 

Now, namiqa ada dekat kampung. Menghabiskan sisa kehidupan pada tahun 2013 di kampung tercinta. Tapi seminggu je, hari jumaat balik kl balik. Ingatkan balik kampung ni nak kerja, cari duit poket buat bekalan masa hadapan. Tapi nak kerja apa je dalam masa seminggu kan? Nak menoreh? semua pokok getah dah ditelan dek zaman. Ceh, nak sangat la kan kerja menoreh tu. Berdiri sekejap pun dah mengeluh. Nak tangkap ikan? Satu batang hidung ikan pun tak nampak kat sungai belakang rumah kat kampung ni. 
Jadi sebulat suara, kami membuat keputusan untuk berehat je di kampung. Haha. Sambil menghirup udara kampung tercinta. 

Eh, ada sesiapa yang dah tengok filem Highland Tower? Best tak?
 Namiqa plan nak tengok minggu ni.
Nantikan pandangan namiqa tentang cerita tu ea. Hehe.

p/s: Masih mengumpul semangat nak tengok Highland Tower kat pawagam. Macam seram je.


Thanks for reaing our entry! :)