Thursday, August 1, 2013

kuih raya

Assalamualaikum.

Pagi tadi ujian addmath dan ekonomi.
Addmath cikgu dah bagitahu soalan macam mana yang masuk,so aku pun macam study gila2 lah. 
Cewahh. Padahal last minute punya study (amaran keras: jangan tiru perbuatan ini). Lepas sahur tadi baru study. Teruk.. Tapi Alhamdulillah markah yang aku dapat sangat la memuaskan,happy lah jugak dapat markah tu (cikgu terus tanda paper lepas habis jawab exam addmath). Walaupun hanya ujian, tapi bila dapat markah macamtu buatkan semangat aku untuk dapatkan markah macam tu jugak untuk exam akhir tahun and InsyaAllah for SPM next year. Walaubagaimanapun, malangnya, disebabkan study last minute, aku tak sempat study ekonomi asas. Sad. Tadi masa tanda kertas, markah objektif aku 24/30, campur soalan subjektif?? Aku tak jawab soalan subjektif! lulzzz

Sudah lupakan pasal ujian.
Seperti biasa dekat2 nak raya ni kan. Lebih kurang tujuh hari je lagi kan. Mesti semua dah sibuk buat kuih raya. Terutamanya kaum perempuan. Tak gitu cik peah? Ke cik peah main kuih tunjuk-tunjuk je? 
Tak kisahlah kuih beli ke kuih buat sendiri ke janji kuih raya. Haha.

Aku pun ada buat juga. Nak order? Boleh boleh. 50 biji, rm18. lol.
Antara kuih yang aku buat 

Baiklah. Ini bukan kuih. Saya mengerti. Tapi apa salahnya jadikan coklat yang dalamnya diletakkan oreo dijadikan kuih raya. Tiada salahnya. Yummy~

Pernah makan kuih ni? Kalau tak. Ini namanya rice bubble. Kuih kegemaran Namiqa sepanjang masa!!! 
Senang je pun nak buat. Letak ni,letak tu,siap. Mudah bukan? xD

Ni chocolate chips. Kuih raya yang wajib ada. Tak main la almond landon cik kiah oi. 
Kita main chocolate chips je. Hehe.
(gambar senget malas nak rotate~)

Dan yang terakhir blueberry cheese tart.
Blueberry dan cheese masih belum diletak di dalam tart takut nanti habis sebelum waktunya..

Itu baru 4 jenis. Ada lagi 2 jenis kut yang akan dibuat. Biskut kelapa dan cornflake madu.
Itupun kalau ibu aku tak tambah la. Kalau buatnya beliau nak tambah lagi 5,6 jenis. Haru weh.
Dah la minggu depan start cuti. Menghadap kuih je la kerja aku nanti. Lapar okay buat kuih ni. Kau ingat buat kuih walaupun duduk, tetapi baunyaa MasyaAllah. Buat perut kau berbunyi-bunyi main lagu dondang sayang siap dengan kompang,gamelan lagi iramanya. Lepastu bila berbuka mesti nak rasa kuih yang dah dibuat siang tadi tu dulu, yelah nak tahu sedap ke tak, sebab tadi dah bau macam sedap je. lol.




Thank you for reading our entry !


3 comments :

  1. Adik , kena seimbangkan stdy tuh :P better stdy awal dik , sempat cover semua ^^

    bnyaknya kuih raya dy share kt sini . semua sedap2 neyh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. thanks kak,nasihat diterima :)

      Delete