Sunday, June 30, 2013

First Giveaway by Nong

Assalamualaikum



Nampak tak banner dekat atas tu? Nampak? Ok good sebenarnya aku tengah join giveaway dekat FIRST GIVEAWAY BY NONG. Cara cara untuk sertai tersangat lah mudah kalau nak tahu boleh pergi ke SINI. Tempoh giveaway dari 30/6/2013 - 1/8/2013. Hadiah sangat lumayan, apa lagi jom lah join. Tak rugi pun. So selamat mencuba kepada sesiapa yang menyertai dan good luck untuk diri sendiri, harap harap dapat jadi top referral. Amin.

Thank you for reading our entry ! ^^

Saturday, June 29, 2013

SIMPLE GIVEAWAY by Syeeda Saniey

Assalamualaikum.


Jom sama-sama kita meriahkan giveaway ni! ^^

Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan



Giveaway Terbaru Daripada NabilaMedan!!
Tamat Pada 1 Julai 2013
(Tekan Banner Untuk Sertai!)


Segmen Menang RM50!

Assalamualaikum.

Nak menang RM50?

Jom sama-sama kita join ga ni menang RM50.
Mana tahu ada rezeki kan. Hehe ^^

Di pagi hari

Assalamualaikum.

 Tadi baca entry pasal exercise~
Tiba-tiba rasa macam datang semangat berkobar-kobar nak buat exercise tu.InsyaAllah esok aku akan mulakan. Harap semuanya berjalan lancar. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.

 Lagipun sekarang ni sejak pindah sekolah baru, makin mengembang pulak aku rasa. Actually bukan rasa, memang betul pun. Sad. Haritu naik broga hill semput aku dibuatnya, yang si Dayana pulak laju je jalannya. Jealous iolls. Adakah ini disebabkan oleh makanan acik kantin di sekolah baru yang meletopp?? Oh,bukan itu sebabnya. Aku beli kat kantin tu pun jarang. Tetapi disebabkan rumah. Dulu kalau balik sekolah, dekat rumah tak ada apa nak dimakan. Sekarang.. huh, memang tak sah kalau tak melantak. Sigh. Jadi mulai esok, akan ku cuba bersungguh-sungguh dengan azam yang tinggi exercise tersebut!


Oh ya. Lagi berapa hari lagi kita nak puasa kan? Insan-insan yang bergelar perempuan,wanita. Silalah cepat-cepat ganti puasa kalau belum habis. Jangan sampai kena bayar fidyah pulak. 

Biasanya, kaum-kaum perempuan ni sebelum puasa lagi dia dah fikir pasal persediaan raya kan? 
Lagi-lagi kaum ibu tu. Yelah,nanti kalau dah puasa baru nak fikir. Amoi-amoi tukang jahit baju semua dah penuh. Dah tak boleh nak tempah baju bling bling gitu kan ~

Shawlbyvsnow : Malaysia's Online Exclusive Scarf Store

Pernah tengok or beli kat sini?
Haa. Lawa-lawa kan shawl dia? Rambang mata tengok. Harga pun boleh tahan. 
Jadi, kepada gadis di luar sana. Tunggu apa lagi, apa salahnya belikan selendang untuk ibu-ibu anda Ramadhan ini. Pasti bertambah seri ibu-ibu anda. Tapi kalau tak nak belikan untuk ibu korang, belikan untuk Namiqa pun boleh :P

Tak salah rasanya nak buat persediaan awal. Tapi dalam persediaan menyambut Syawal tu janganlah lupakan pula persediaan nak sambut Ramadhan. Tak gitu ?


Thank you for reading our entry ! ^^

Friday, June 28, 2013

Keep Calm & Exercise Everyday

Assalamualaikum

Sebelum tu KLIK SINI kalau peminat tegar MU
.
.
.
.
Entry kali ni khas untuk para remaja perempuan seperti aku (tapi kakak kakak abang abang pun boleh tengok sebenarnya) , sebabnya remaja perempuan ni dia suka sangat mengomel sorang diri bila dia dah rasa gemuk sangat padahal takde la gemuk mana. Sebab perempuan dia malas nak exercise, ini fakta ok! Sebab aku pun macam tu, aku ni rajin bila ada aktiviti sukan je kat sekolah konon bajet nak kurus la padahal setakat buat berapa kali pastu stop baik tak payah. Baiklah di sini aku ada beberapa gambar bagi memberi semangat kepada korang semua (HIDUP SIHAT!!!!) tetibe je, yaa kita haruslah bersemangat ok! Hahaha bajetjet je aku ni.


Wah shopping pun boleh burn calories, so para lelaki di luar sana kalau isteri or girlfriend ajak pergi shopping layankan aja. Dapat jugak benefit iaitu burn calories hehehe. Pun boleh.



Nampak tak gambar ni tengah buat apa, dia tengah buat plank. U know what is plank n how to do that? SEARCH GOOGLE! Hahaha jahat gila aku. Aku pernah juga buat benda ni tak sampai berapa hari dah malas bukan sebab penat sakit or what tapi MALAS. Perempuan memang macam ni eh? Hehehe, mula mula je rajin pastu malas. Tapi plank ni ada banyak jenis ada yang guna knee la tapi aku guna lengan macam gambar dekat atas.




31 days plank challenge. Nak perut kempis kan? Haa buat la ni. Nak cantik dan sihat mestilah kena tahan sakit. Buat tu sebagai kata kata semangat kalau dah tak give up, ceh padahal aku pun MALAS.



Aku pernah buat ni jugak tapi ni pun sama jugak baru few days dah give up because this is the hardest one. Trust me! Tapi sebagaimana yang aku cakap tadi nak cantik or sihat haruslah sakit sikit. Tapi memang lenguh lenguh nak buat, bila dah habis tu memang kau rasa heaven sangat sebab dah habis.


Untuk info lebih lanjut boleh search di google. Boleh juga pergi di laman web MONTHLY FITNESS CHALLENGE. 

p/s : Ini bukan semangat ni, entry ni dah macam bagi tips je hehe apa apa jelah.

Thank you for reading our entry ! ^^




 

Tuesday, June 25, 2013

Segala jenis akaun

Assalamualaikum

Hari ni tak tau nak buat apa kat rumah, jalan jalan dekat blog orang pastu tutup pastu bukak lagu pastu usha mamat hensem. Eh? Hahaha gurau saja. Harini aku nak cakap pasal duit, yaa duit! Sebagai pelajar yang masih bersekolah aku kumpul duit dari duit belanja yang mak bapak aku kasi jela. Selebihnya aku dapat dari berblogging tapi tak pernah nak cashout lagi, sedih seyh. Walaupun blog ni dah ditubuhkan hampir 11 bulan nak dekat setahun dah, bulan depan dah masuk setahun yeayy! Setakat ni blog ni mempunyai akaun nuffnang, heartbeat, manakala churpchurp dan says/8share merupakan salah satu kepunyaan pemilik blog ni ( For those yang tak tahu blog ni ada dua orang pemilik, cousin yang meletop gitu wakakaka )



Ini adalah heartbeat. Korang perasan tak yang dekat belah kanan blog ni, haa tulah dia. Kalau baik hati nak tolong Namiqa, klik la. Apa salahnya buat kebaikan dapat pahala. Kalau siapa yang takde acc ni lagi boleh pergi sini HEARTBEAT. Tapi heartbeat ni susah sikit sebabnya dia 0.04 sen per click so kalau nak cashout tu memang lambar sikit la kan. Setakat ni Namiqa baru je ada berapa ringgit walaupun dah buat tahun lepas rasa cam nak gelak guling guling kat tanah lol, tapi takpela bersabar. Itu yang penting :')

Nuffnang

Nuffnang pulak aku baru je buat beberapa bulan yang lepas, sebab masa mula nak buat dia tak boleh sign up so aku pun malas nak layan kerenah nuffnang jadi aku blaa. Sekali dah lama lama tu boleh pulak. Tapi masalahnya aku tak faham macam mana nak dapat earning dari nuffnang ni, aku dah buat macam macam apa yang blogger lain cakap but sampai sekarang duit dalam tu tak berganjak tetap 40 sen gak. Pelik laa, sesiapa ada tips pasal nuffnang tak?

Churp churp

Ni aku main sign up je using my twitter acc pastu tak reti guna. Bila dah tak reti guna aku biarkan macam tu je. Pastu haritu saje saje jela nak check acc churpchurp sekali ada 20 sen wahhh kira okay lah tu daripada takde langsung. Aku rasa aku dah reti guna kot wakaka, korang perasan tak iklan churpchurp dekat belah kanan blog ni haa tu la dia. Kalau rasa macam nak naikkan dari 20 sen ke ratus ratus klik la. Kalau dah klik tu mekasih sangat sangat, sayang ketat ketat siapa yang klik tu hahaha.

Says/8share

Alhamdulillah yang ni aku baru je buat tapi hasil dia kebabomm.
Siapa yang belum ada ni pergilah sign up kat sini Says/8share
Kalau baik hati atau rasa rasa macam nak tolong atau nak dapat pahala ke sebab tolong i'uolls klik la sini :
- http://bit.ly/16sKWgc
- http://bit.ly/14ConGu
http://bit.ly/16w5dl1

Terima kasih banyak banyak buat siapa yang selama ni dok klik iklan Namiqa semoga kalian dimurahkan rezeki, diberkati dan sentiasa sihat dan dan tidak lupa juga kepasa pengikut setia Namiqa. Amin. Tolong doakan Namiqa juga! ;)

Thank you for reading our entry! ^^



Monday, June 24, 2013

Jerebu

Assalamualaikum


 Berikut adalah gambar di kawasan perumahan aku. Ini pun dah dikira tidak sihat apatah lagi di Johor. Rumah aku area Selangor-KL, jadi bacaan IPU di paras tidak sihat memang tak boleh keluar. Jadi kalau terpaksa keluar rumah, pakai lah mask ye adik adik kakak kakak abang abang semua. Karang tak pasal pasal ada yang tak sihat. Dah macam genting pulak aku tengok dekat kawasan perumahan aku, tapi tak best kalau kat genting rasa sejuk udara segar kat sini bau asap. Tak best tak best. I need a fresh air. Disebabkan Selangor-KL diparas tidak sihat, sekolah Selangor-KL ditutup. Wah bukan main suka lagi ye pelajar sekolah ( termasuk aku sebab homework tak siap lagi ) Cousin aku siap pergi sekolah lagi nak check hari ni cuti ke tidak sebab ayah dia tak percaya yang sekolah cuti. Agaknya ayah dia jealous kot hehehe.

 
  

Jangan lupa pakai mask macam adik ni yee kawan kawan! :)

Thank you for reading our entry! ^^



Saturday, June 15, 2013

Siapa peminat Manchester United?

Assalamualaikum

Sejujurnya dari hati yang tulus ini aku bukanlah peminat Manchester United malah peminat Chelsea, siapa gelak aku sepak ceh garang gila. Tapi aku takde lah sampai nak benci Manchester lagipun kelab bola je pun bukannya benda yang penting sangat pun. Tapi kalau ada sesiapa yang baik hati nak belanja tiket ke perlawanan Chelsea menentang Malaysia 21 Julai nanti, apa salahnya kan hehehe. Berbalik kepada tajuk, aku pun tak tahu apa motif untuk update ni tapi entah la tetibe aku rasa rajin pulak.

Haa dekat sini aku ada berita baik punya untuk perminat MU. Siapa nak menang 2 tiket ke Sydney? Untuk apa? Mestilah untuk menyaksikan perlawana MU. Apa yang korang perlu lakukan adalah sangat mudah, untuk tahu lebih lanjut dan menang 2 tiket ke Sydney bagi menyaksikan perlawan MU korang boleh KLIK SINI

Semoga berjaya! ^^

Thank you for reading our entry !

Friday, June 14, 2013

Broga Hill

Assalamualaikum 

Ini kali kedua Namiqa pergi Broga Hill. Kalau nak tahu kisah dulu punya Broga Hill boleh pergi sini Broga Hill. Sekarang ni nak cerita pengalaman kali kedua naik Broga pulak. Kitaorang bergerak dalam pukul 6 lebih lepas solat lepastu laju laju masuk kereta, kitaorang terbangun lambat u'olls plan nak gerak pukul 5 lebih macam tu ingatkan nak solat dekat sana. Pastu bila dah lambat breakfast pun dalam kereta la jawabnya, kitaorang cuma breakfast roti,biskut dan beli chocolate serta air isotonik di 7eleven. Pastikan sebelum naik breakfast ya kakak kakak adik adik abang abang semua, kang tak pasal pasal pengsan kat atas puncak hehehe jangan makanan berat pulak kang tak pasal pasal letih semacam nak naik. Dan akhirnya sampai pukul 7 pagi tak sempat nak tengok matahari, I iz Sad u'olls.


Masa ni tak silap dah dekat puncak kedua tak tangkap dekat puncak pertama pun sebab tiba tiba kitaorang rasa malu sebabnya ramai orang sangat sebab tu ah, takkan tak faham kot hahaha. Tapi balik tu bila nak turun tangkap jugak dekat puncak pertama sebab takde orang dah, perasaan malu pun dah hilang hehehe.



Kalau lah rumah ni dekat dengan Broga tiap tiap minggu pergi kot, biar kurus sikit wakakaka.
Haa buat siapa yang tak tahu Broga dekat mana, Broga ni dekat Semenyih Kajang kalau tak tahu jalan nak pergi sana boleh tanya encik google yaa!



Perasaan malu nak tangkap gambar hilang u'olls. Masa nilah dekat puncak pertama, tapi...........................gambar kitaorang kali ni tak banyak macam dulu ada a few je bila belek belek dalam camera sedih Namiqa u'olls. Pastu bila dah lepak lebih 1 jam dekat atas, kitaorang pun bergegas lah nak turun ke bawah sebab dah rasa matahari panas. Lepas balik Broga terus melantak roti canai rasa macam sia sia panjat daki penat lelah naik Broga hahaha. Lepas melantak roti canai kitaorang balik kejap rehat pastu mandi lepas zohor keluar balik nak pergi Shah Alam. Apa lagi  shopping la kan. Kitaorang banyak masuk kedai tapi tak beli pun kesian orang yang kena bukak pintu kedai dia tu hehehe. Kitaorang pergi Calaqisya!!! Best best tapi memandangkan tak bawak duit banyak terpaksa tahan mata.. takpe takpe next time nak pergi lagi.
Lepas dah penat berjalan jalan perut mulalah memainkan lagu yang indah macam macam bunyi ada time tu, kitaorag pun pusing pusing lah dekat Seksyen 7 tu last last nampak Burger Bakar Abang Burn. Fuhh melelh air liur bila nampak. Kitaorang pun order burger yang Original + Meatballs. Sedap gila dah la meatball ada wedges sekali memang awesome.

Kalau nak tahu pasal Burger Bakar Abang Burn boleh pergi sini Burger Bakar Abang Burn

Thank you for reading our entry !


 

Thursday, June 6, 2013

Cerita Sedih

Assalamualaikum

Harini ni sedih sangat sobs sobs sampai hingus hingus keluar ceh takde lah sampai macam tu sekali. Aku sedih sebab tiket wayang KIL melepas huwaaa rasa nak nangis kot dah la ni first time dapat tiket percuma. Dah la aku nak tengok citer tu tapi takde rezeki. Macam mana aku boleh terlepas DUA TIKET WAYANG KIL NI?? Al-kisah pagi tadi tiba-tiba rajin nak bukak email sebab dah 6 hari tak bukak, pastu saja la scroll ke bawah nak tengok ada apa sekali aku nampak ''CONGRATS! You won 2 tickets to KIL'' 

Aku apa lagi semangat bukak baca baca apa yang dia cakap sekali dia cakap kena isi semua detail yang dia nak ni sebelum 2 Jun, masalahya aku baru bukak email pagi tadi wehh. Aku pun apa lagi sedih ah bro, tapi aku isi jugak mana tahu dia nak bagi jugak ke kan mana la tahu rezeki. Pastu aku siap reply balik yang aku begging gila nak benda tu hahaha lawak k.

And suddenly.........something was happened ( bunyi nak suspen je )














aku saja la bukak email balik tadi pastu aku tengok ada email dari KLIPS ( syarikat yang bagi tiket free tu, idk whether ni syarikat or what tak tahu nak panggil apa ) so aku pun bukak la, n guess what dia cakap apa, ''alright, may we have these details'' ( maksudnya dia nak bagi tiket free ) aku pun apa lagi isi la walaupun pagi tadi aku dah isi, agaknya dia nyanyok kot hahaha jahat gila aku. Tapi tak tahu la dapat ke tak kan, mana tau dia saje je nak bagi aku excited melebih tapi tak dapat sebenarnya lol. Kalau tak dapat pun aku tak kisah, mana tahu dapat tiket free next time ke. Siapa tahu kan?


Macam mana nak dapat tiket wayang free? Korang boleh pergi sini KLIPS
Kalau yang dah ada SAYS tu lagi senang, connect je dengan account says