Assalamualaikum.
Hyee guys. Mahu bercerita kisah yang sudah basi. Tenenene.
14,15,16 desember yang lepas namiqa menghabiskan cuti sekolah kami di Singapura.
Not only two of us, but with our family of course.
Masjid Sultan di Arab Street.
Lepas tu jalan ke Jalan Sultan dan makan sup tulang merah di Ma Deen. Rasa dia okay lah.
Hyee guys. Mahu bercerita kisah yang sudah basi. Tenenene.
14,15,16 desember yang lepas namiqa menghabiskan cuti sekolah kami di Singapura.
Not only two of us, but with our family of course.
14 Desember 2013
Sampai kat Lct dalam pukul 12. Cari parking kat sana je dah nak dekat sejam. Fuhhh, ramai betul orang. Kereta tinggal je kat sana. Harga ikutlah. Makin dekat makin mahal, makin jauh dari Lcct tu makin murah. Flight pukul 1.30 pm. Naik flight air asia je. Now everyone can fly katanya. Tiket pergi cuma RM 50.
Sampai di Changi Airport dalam pukul 2 lebih. Our transport dah tunggu time tu. SGD 35 untuk sekali perjalanan. Van mercedes tu, muatlah untuk 13 orang naik. Walaupun seorang terpaksa duduk kat kerusi plastik kecil. Haha. Namiqa menginap kat Hotel 81 Tristar kat area Geylang. Harga boleh search sendiri :p Tapi total RM 3k untuk 3 bilik, 3 hari 2 malam. Sangat best sebab bawah dia ada kedai makan. Hehe. Senang la kan. Tak payah menapak jauh nak cari makanan. Restoran Hajah Maimunah yang agak famous kat sana pun ada dekat kat situ. Sampai hotel terus cari makanan tapau bawa masuk bilik. Makan dan lepas makan haruslah kita berehat. Sambil melelapkan mata.
Hotel ni juga dekat dengan MRT Station. Walaupun tak de lah dekat mana. Tapi tak pe. Senaman di malam hari. Kitaorang pergi ke Merlion park. Tempat wajib pergi dan tangkap gambar dengan merlion!
Meriah juga kat sini dan ada pertunjukan laser malam tu dari bangunan Marina Bay.
Dah balik semua kepenatan. Tapi sebelum tu kita minum dulu teh tarik hilangkan haus. Makan dan minum kat singapura ni boleh tahan murah la jugak. Nasi ayam pun cuma SGD 3.50. Tapi haruslah jangan diconvertkan ke duit Malaysia. Pengsan karang. Hehe.
15 Desember 2013
Pagi lagi Namiqa dah bangun. Harus semangat nak pergi USS kan. Walaupun malam tu tidur tak lena sebab entah la. Tempat baru maybe. Cehwah. Nasib ada wifi kat hotel. Usya gambar jovian punya resepsi. Baju-baju dia lawa sangat. Kelas kau jovian. Dapat pula kakak si Dafi. Okay, tergosip pulak hehe. Sebelum bertolak ke USS, kita sarapan dulu di Hajah Maimunah. Not bad la makanan dia. Sempat juga tengok2 apa yang ada di geylang serai
Sampai sudah di USS. Perkara wajib tangkap gambar depan bola ni. Bola? wtv la kan. lol. But sadly tak ada gambar Namiqa berdua depan tu. Just our family pic. Sobs. Sebab diaorang rushing nak beratur nak masuk USS. Sobs again.
First of all jangan lupa ambil map so kita dapat tahu show yang ada then tandakan tempat yg kita dah pergi. Kitaorang pergi Madagascar dulu. Naik rakit bak kata opah terchenta kami. Tapi actually bukan rakit okay. lol. Tapi ada sorang cousin Namiqa menangis lepas keluar madagascar ni. We dont know why, maybe takut suasana kat dalam tu. Tapi lama-lama okay pulak dia. Terkejut kut.
Then kita pergi tengok Shrek pulak. Sangat best tengok Shrek 4D Adventure. Tapi sedikit mengelat sebab time rasa labah labah kat kaki terus kaki naik atas kerusi. Hehe. Sebelum tu kitaorang naik roller coaster kat situ, walaupun tak adalah nampak seram mana tapi bila naik, mak aih hanya mampu menjerit.
Selepas habiskan masa di Far Far Away. Kita pergi Waterworld pulak tengok persembahan. Kecewa sebab tak basah walaupun dah duduk kat tempat yang kena splash. Tapi quite fun kat sini. Next, beratur panjang gila masa nak naik Canopy Flyer, yang express pass pun punyalah ramai apatah lagi yang tiket biasa ni kan. Habis menjerit naik canopy flyer kita naik Jurassic Park Rapids Adventure. Beli raincoat yang berharga SGD4. Mahal seyh tapi terpaksa sebab dia kata "you will get wet". Tapi yang banyak basah kat kaki, habis stokin semua basah. Nana tak aci, entah macam mana dia boleh naik kan kaki dia ke atas. Haha.
Lepas itu kita ke Revenge Of The Mummy pulak. Indoor Roller Coaster. Nana tak naik ni sebab pening katanya. Masa masuk dalam bangunan tu pun dah seram apatah lagi time naik roller coaster dia tu. Time jalan dalam bangunan tu aku dah paut tangan mak su aku sambil cakap nak keluar. Cuak gila okay. Penakut sangat kan. Tapi tak jadi keluar pun, naik je roller coaster tu walaupun hati berdebar rasa tak menentu. Jangan tanya ada apa naik roller coaster tu. Of course gua tutup mata.
Alhamdulillah roller coaster merah biru ni tutup. Tak perlu nak fikir sama ada nak naik atau tak. Tapi kecewa la jugak. Okay. Bersyukur dan kecewa dalam masa yang sama. Aneh. -_-"
Transformers The Ultimate 3D Battle!!! Wajib naik. Jangan malukan diri korang.
Opah Namiqa pun pernah je naik benda ni. Namiqa naik pun dah macam Ya Allah Ya Ampun. Entah
macam manalah opah Namiqa boleh naik. Oh ya. Kat sini ada disediakan surau. Tapi jangan lupa bawa telekung okay.
Ni dekat New York. Barang kat dalam kedai souvenier dia memang nangis la kalau tengok harga dan diconvertkan ke RM. Tapi sempat juga ambil satu dua buat kenangan. Hehe.
Dah nak pukul 7 baru keluar dari USS. Dijemput oleh Pak Cik Jalil terus dihantar ke hotel.
16 Desember 2013
Hari terakhir di Singapura. Pagi pagi adik-adik namiqa dah terjun kolam. Best lah diaorang tak ada siapa kat kolam tu. Kosong sekosongnya kata diaorang. Aku pulak mandi dalam tab je. Lagi best kan. Hehe.
Lepas sarapan kitaorang pergi ke Bugis Street. Nak cari souvenier. Meriah tempat ni. Ada macam-macam.
Hasil rembatan di Bugis Street.Masjid Sultan di Arab Street.
Lepas tu jalan ke Jalan Sultan dan makan sup tulang merah di Ma Deen. Rasa dia okay lah.
Balik hotel adik-adik dan cousin namiqa dah pergi terjun kolam. Habiskan sisa terakhir sebelum check out pukul 6. Mula-mula Namiqa tengok2 je diaorang mandi tapi last2 kitaorang pun terjun dalam kolam tu.
Tak tahan kut. Kolam tu memanggil manggil. Hahah
Lepas check out. Pak Cik Jalil bawa kitaorang jalan2 ke Orchard Road. Tapi hanya mampu pandang dari dalam kereta. Bayangkan semua ada tulis sale. Nvm, one day.. Then pergi ke Garden By The Bay. Lawa dan sangat lawa. (: (: (:
Changi Airport.
Flight pukul 12 am. Dalam flight semua dah mengantuk. Tapi tidak namiqa sebab. Kitaorang fikir about person yang kitaorang nampak yang sama gila muka macam Syarif Sleeq. Sebiji kut muka dia. Dah la passport dia singapore and syarif kan orang singapore.Tapi tak tegur pun dia. Malu nak tegur. Hehe.
Satu flight dengan dia and sampai kat lcct pun kitaorang still perhatikan dia. Hahah!
Muka letih tapi teruja sebab... Hahah.
Percutian yang pendek tapi sangat best!
Alhamdulillah.
Thanks for reading our entry ^^