Friday, May 31, 2013

Simple Strawberry Cake with cream cheese

Assalamualaikum.

Lamanya tak blogging. Rindu bangat gitu. 
Jadi,masih ingatkah anda tentang blog gandingan dua cousin yang meletopp ni? LOL. 
Gurau sahaja. 

Dah cuba resepi tortilla cheese? roti nutella dan keju? roti keju dan kaya? yang sangat mengiurkan itu dan sangat simple kan. Tapi aku sendiri pun belum cuba (sad).
 Telan air liur je baca resepi cik dayana kita tu,disebabkan ketiadaan bahan (sad again).

Okay,lupakan seketika kesedihan itu. Jom kita cuba resepi Strawberry Cake yang sangat mudah ni. 
Bak kata orang pejam mata pun boleh buat punya. Sangat menipu. Hee.
Resepi ni mudah, dan juga sedap :)

Strawberry Cake


Bahan-bahan :
  • 110gm tepung kek
  • 115gm butter
  • 115gm gula kastor (dikisar)
  • 2 biji telur
  • 1sdt esen vanilla
  • 1sdt paste strawberry
  • 3 sudu besar susu segar
  • sedikit chocolate chips
Cara-caranya :
  • Griskan loyang dengan butter dan taburkan sedikit tepung.
  • Panaskan oven 160'c.
  • Putar butter dan gula hingga gebu.
  • Masukkan telur satu persatu,putar lagi.
  • Sambil putar,tambahkan esen vanilla dan paste strawberry.
  • Selepas itu,masukkan tepung kek selang seli dengan susu segar.
  • Putar perlahan-lahan hingga kesemua bahan sebati.
  • Tuang dalam loyang dan taburkan chocolate chips.
  • Bakar selama 25 minit.

Dalam strawberry cake dan luar dia aku sapukan dengan cream cheese 
yang sememangnya sangat yummy. Maklumlah cheese kan~
Yang coklat tu,aku hiris coklat masakan 
lepastu tepek-tepek je kat cream cheese yang disapu pada cake tu.


Cream cheese

Bahan-bahan :

  • 125gm cream cheese 
  • 60gm butter
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1sdt esen vanilla
  • 1sdt paste lemon
  • sedikit pewarna

Cara-caranya :
  • Putar cream cheese dan butter sehingga creamy.
  • Tambah gula icing,esen vanilla,paste lemon,pewarna dan putar hingga sebati.
  • Sejukkan seketika di dalam peti ais dan sedia untuk disapu pada cake.


Biar comot asalkan rasa dia awesome :D

Selamat mencuba ^^



Sunday, May 19, 2013

Cara Mudah Dapat Duit dengan 8share

Assalamualaikum

Siapa tahu apa itu 8share? Bagi yang tak tahu 8share ni sebenarnya nama dia dulu SAYS ( aku pun baru tau ) Tujuan aku update ni sebenarnya nak bagitahu aku baru sahaja buat 8share, aku rasa 8share ni sangatlah berbaloi. Sebab apa berbalaoi? Sebabnya dia lagi untung dari nuffnang dan heartbeat. Sebabnya dalam masa dua hari je aku dah boleh dapat RM 2.40, kalau heartbeat baru berapa posen, kalau nuffnang aku pulak sampai sekarang tak gerak-gerak yang aku nampak 40 sen je dari haritu. Bagi yang tiada blog pun boleh dapat duit dengan 8share ni, best kan?

Macam mana nak daftar 8share? Korang boleh klik sini >>>> http://bit.ly/19CoO3a

-Mula-mula korang cari perkataan ''sign up'' dan klik, isi semua form yang telah disediakan dan klik 
 ''Create My Account''
-Lepastu tengok dekat atas sekali ada cakap 3 mins tour, haa klik
-Lepas dah klik, isi semua form Special Preferences dekat situ dan save Preferences
-Bila korang dah save, akan keluar lah iklan iklan yang ada jadi klik lah iklan yang masih wujud
-Pilih iklan mana korang nak, lepas tu boleh share dekat twitter dengan facebook ( actually boleh 
  share dekat Inshare dan Google Plus tapi aku recommend dua social networking tadi )
-Setiap per klik korang akan dapat RM 0.20

Jadi selamat mencuba buat pengguna 8share yang baru dan selamat datang,
kalau baik hati boleh la klik ni ye dokk >>> http://bit.ly/19CpiWY
Terima kasih buat siapa yang rajin klik nuffnang dan heartbeat Namiqa, kami sangat menghargainya.

Thank you for reading our entry ! ^^



Wednesday, May 15, 2013

Tortilla Cheese with Scrambled Eggs

Assalamualaikum

Sudah lama tidak meng-update maaf di atas kesibukan diri pemilik blog ini, sebenarnya sibuk dengan exam dan takde masa nak fikir untuk update blog yang sibuk bermain di fikiran adalah perkataan EXAM ( ceh bajet macam belajar je kat rumah ) Since ada free time marilah kita meng-update blog, almost a few weeks tak update blog. Really sorry about that.

Jadi tujuan meng-update pada hari ni adalah mengenai resepi baru. Apakah? Resepi ni boleh di makan pada waktu breakfast ataupun tea time. Namanya Tortilla Cheese bersama telur hancur atau boleh panggil ''Scrambled Eggs'' . Idea ni datangnya daripada mak ente, sebenarnya nak letak pepperoni but tak jumpa dekat supermarket maka terletak lah scrambled eggs. Sedih.

Bahan-bahan yang diperlukan :
-Roti Tortilla / Roti Paratha
-Mozarella Cheese
-Telur
-Sos Cili / Tomato
-Mayones
-Kobis

Mana nak dapat Tortilla? Boleh cari dekat Tesco atau supermarket yang lain. Roti Paratha dekat mana-mana ada aku rasa. Apa yang membezakan diorang berdua ni ada Tortilla sangat nipis, kulit dia macam apam balik yang kecik ataupun kulit popia lebih kurang la dan paratha pulak bila dimasak macam roti canai. Ada perbezaan di situ ya. Mozarella Cheese, I know its quite expensive but I dont care sebab ente memang hantu cheese. Tapi kalau nak murah sikit pergi lah NSK, takdelah murah sampai 5 hengget kurang dalam 2 3 ringgit macam tu la. Dan kobis dengan mayones tu aku mix sekali, lebih macam coleslaw la rupa dan rasa dia. Dan pesanan terakhir, sila buat scrambled eggs awal-awal ya. Kalau tak tahu buat tanya encik Google yang paling MELETOPPP tu.

Cara-caranya :
-Panaskan non-stick pan anda, bagi yang menggunakan roti paratha put a lil bit oil or margerine.
-Letak tortilla anda di atas pan, sekejap sahaja lepas tu terbalikan.
-Taburkan cheese di atas tortilla sebanyak mana yang anda suka.
-Lepastu boleh letak scrambled eggs di atas cheese ( kalau saya jadi anda, saya letak cheese lagi 
  hehehe)
-Tunggu sehingga cheese cair sedikit dan letak sos, mayones dan kobis.
-Lipat tortilla menjadi tiga segi dan siap untuk dihidang.

Sekian resepi kali ni, maaf tiada gambar untuk dipamerkan kerana bahan-bahan semua tu dah habis dekat rumah haha.

Thank you for reading our entry !

*Kalau baik hati, rajinkan diri meng-click banner nuffnang dan heartbeat kami