Monday, December 31, 2012

DUA RIBU TIGA BELAS :O

Assalamualaikum.

Hoyeh. Hoyeh. Tinggal lebih kurang satu jam je lagi mahu masuk tahun 




pom pom pom kebabong tringgg tranggg *bunyi bunga api*. Haa kau. Kemain teruk bunyi bunga api tu.

Like usual la kan. Masuk tahun baru je mesti orang tanya azam baru. So,azam aku tahun 2013 ni aku akan cuba sebaik mungkin untuk belajar elok-elok,tak main-main dah. Serious. Menyesal gila masa form 1 dan form 2 dulu belajar main-main,pastu time form 3 haa. Baru nak kelam kabut. Alhamdulillah. Nasib baik keputusan pmr tak teruk mana. Lulus semua. Alhamdulillah. :)
Sebenarnya banyak lagi azam aku untuk tahun 2013. Tapi biarlah itu menjadi rahsia aku seorang ya. Ewah.

So,korang-korang semua. Selamat menyambut tahun 2013. Tapi kan bagi kita yang beragama islam ni. Sebenarnya tahun baru untuk kita dah bermula dah pun since 1 muharram 1434 H kan? :) 


thanks for reading! :D





Saturday, December 29, 2012

hai :D

Assalamualaikum

Ya Allah rindunya blog ni eceh gedik je nak merindu rindu bagai. Tup tap tup tap ketutap *bunyi keyboard* amboi bukan main lagi bunyi keyboard ni haha.Ntah berapa minggu kitaorang tak update blog, mesti ada yang rindu blog ''NAMIQA'' ni, ececeh ada ke yang nak rindu blog yang tak femes ni?!?! Mesti takde kan sobs sobs sobs hm takpe lah kitaorang buat blog pun bukan nak menagih rindu korang pun :p
Okay okay sudah sebenarnya kitaorang nak cerita benda ni dekat blog dah lama tapi tak berekesempatan, tanggal 16 Disember yang lalu kakak saudara kitaorang bertunang, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah jugak nasib baik ada air, dah tak macam selalu kejap ada kejap takde. Syukur sangat sangat.


Ni lah hantaran dari dua-dua belah pihak. Warna purple tu belah perempuan, tak silap kitaorang tu semua makanan hehe habislah belah lelaki gemuk :p Yang warna biru tu pulak belah lelaki, belah lelaki ada bagi sabun macam macam la sampai tak ingat apa dia bagi. Tapi untuk pengetahuan korang kitaorang ada sponsor sikit untuk belah perempuan punya hantaran.


Haa ni lah yang kitaorang sponsor tu muffin blueberry, decorate semua kitaorang yang buat. Lawa tak lawa tak? Hehehe, kalau sesiapa nak kahwin atau nak bertunang ke boleh la contact kitaorang ceh bajet je :p



Ni pun kitaorang sponsor jugak, blueberry chesse tart. Sedap weh!! Serious tak tipu walaupun buat sendiri hehehe. Corak agak tidak kemas sikit akibat buat kerja malam buta. Lagipun first time buat ni.


Yang baju purple tu la kakak saudara kitaorang, lawa kan dia. dah jadi tunangan orang dah pun. lepas ni kahwin pulak. hehe.
Okaylah. sampai di sini sahaja. Bila dah lama tak update ni lah jadinya. Kekeringan idea.
bye bye ^^





Friday, December 14, 2012

Blueberry Muffin

Assalamualaikum


Blueberry muffin hasil tangan kitaorang dihias dengan whipping cream bersama buah strawberry dan anggur lebihan buat pavlova hari itu. Nak resepi, jangan lupa comment ! ^^





Thursday, December 13, 2012

Pavlova

Assalamualaikum

Semalam kitaorang buat pavlova, gigih kan juga diri masing masing pukul 11 malam buat pavlova, semangat gila maklumlah first time buat pavlova kan. Alhamdulillah menjadi la juga daripada tak jadi langsung. Tapi kan kitaorang terbuat manis gila, woo boleh masuk hospital ni gara gara penyakit kencing manis. Lol. Lepas ni kalau nak buat lagi pavlova kena la kurangkan gula caster tu, kalau tak kurangkan gula tak pasal pasal esok dah kurang anggota badan kena potong dengan doktor hahaha.


Ni la pavlova nya bila dah siap. Malas nak tangkap gambar sebelum dibakar sempat tangkap yang dah siap punya je. Kalau nak resepi, comment je dekat entry ni nanti next entry kitaorang bagi kalau rajin :p


Thanks for reading our entry !

Wednesday, December 12, 2012

Anyong!

Assalamualaikum.

Hye semua. Kitaorang masih lagi bersiaran dari kampung tercinta. Hari ni dah 12.12.12  Cepat betul masa berlalu. 20 haribulan ke atas maybe dah kena amik result pmr. Haih. Harap semuanya baik-baik sahaja. Doakan kami ye. Pastu tahun depan dah form 4. Fuh. Rasa macam tak percaya dah nak form 4. Rasa macam baru semalam habis tadika tetibe tahun depan dah masuk form 4. Apakah semua ini???

Sudah. Lupakan sebentar hal masa yang terlalu cepat berlalu. Hm. Sepanjang kami kat kampung ni. Air kejap ada kejap tak ada. Geram jugak kekadang tu. Subuh ada pastu dalam pukul 8 pagi sampai 2 petang tak ada air balik. Pastu maghrib tak ada air jugak. Jadi kalau pagi tu opah biasanya suruh kitaorang terjun sungai. Walau tak sedalam mana dan tak sejernih mana tapi apa kitaorang kisah. Janji dapat main air. Hehe. Tetapi kesannya ialah kulit kitaorang menjadi semakin gelap dan gelap. Sad.


Kena turun ikut tangga sebab tebing dia tinggi. Megikut cerita opah dan mak su kitaorang. Dulu diaorang buat gelongsor menggunakan tanah liat kat tebing tu. So,bila diorang nak turun ke sungai just turun ikut gelongsor buatan diaorang tu lah. Bunyi macam seronok kan? Tapi apakan daya. Sekarang semuanya dah lain. Tak dapat la kitaorang nak merasa semua tu. 

 

 

Dah penat mandi sungai diaorang buat istana pasir pulak. Lepas dah siap istana diaorang pergi musnahkan pulak istana yang diaorang dah buat tu. Aku pun tak faham.


Oh ya. FYI aku ngan dayana sekarang kemaruk nak belajar cakap korea.

 

Ni lah cikgu yang gigih mengajar kitaorang siang dan malam. Eceh. Ala tapi biasalah. Hangat hangat tahi ayam je. Dah pandai beberapa ayat pastu dah malas nak belajar dah. Sungguh tak patut. Hehe.

Anyong hi geseyo :)

Thanks for reading our entry!


Tuesday, December 11, 2012

Sa-eob

Assalamualaikum.

Hari ni kitaorang nak sambung cerita pasal aktiviti kitaorang kat kampung.

  Kitaorang kan jual kuih pagi-pagi. Mula-mula ingatkan senang je nak berniaga ni,buat kuih pastu jual je lah. Tapi rupa-rupanya. Haa amik kau banyak benda nak kena fikir. Nak kira modal untuk setiap bahan-bahan yang digunakan. Nak bahagikan duit antara modal ngan untung. Pastu kira berapa rugi. Fuhh. Penat woo. Tapi dengan adanya Dayana yang hebat jadi dia lah yang uruskan bahagian kira-kira ni. Kalau harapkan aku. Memang tak mampu lah kan. Hehe.

 

Tengok ni. Kat Mydin lagi kitaorang dah kira-kira. Punyalah semangat nak memulakan perniagaan. 

Kitaorang biasanya start siapkan barang malam.
Dayana masak sardin aku pulak gilingkan roti. Sardin yang Dayana buat sedap gilaa!. Serious. Sebelum ni aku tak suka sardin tapi bila dah rasa sardin yang dia buat tetibe pulak suka. So,kalau korang ada terjumpa Dayana kat luar cepat-cepat suruh dia masakkan sardin ye :D

Pagi pulak kitaorang bangun dalam pukul 5 pagi. 


Okay,jam tu lambat 40 minit. Hahah. 

Bangun-bangun terus gulungkan sardin dengan roti dan sosej dengan roti. Pastu dah siap gulung panaskan minyak dan goreng kan benda alah tersebut,

 

Dan susun lawa-lawa,molek-molek,omey-omey,cute-cute dalam bekas. Baru ada orang nak beli kan ;)


Dalam pukul 6 suku pagi kitaorang dah bersiap pakai tudung lawa-lawa,tepek bedak,sembur minyak atar  (itu tipu okay. tak de masa kitaorang nak berlawa dah la mengantuk bangun pagi-pagi) nak hantar sardine roll and sausage roll kitaorang buat kat gerai sahabat opah kitaorang yang kitaorang sayang ketat gila.

Haa ni lah gerainya. Dekat je ngan rumah opah kitaorang. Dalam 2 minit je jalan kaki dah sampai. Tapi kadang-kadang tu seram ah jugak. Jalan berdua dalam gelap gelita. Seram woo. Tapi buat lek je lah kan. 


 

Kitaorang punya sausage roll and sardine roll dalam bekas biru and oren tu. Comel je kan? Hehe.
Yang tudung coklat tu opah kitaorang okay,jangan korang mengada ingat tu mak cik tuan empunya gerai tu pulak!


Tengok ni. Kitaorang rekodkan hasil jualan kitaorang kat sehelai kertas je. Itupun terjumpa kat ceruk mana tah. 

Thanks for reading our entry :)


p/s : Sa-eob tu makna dia perniagaan ;)


Sunday, December 9, 2012

Kampung

Assalamualaikum

Dikala sedang aku menaip bait bait indah ini, ewah indah KE? Jiwang sihh aku,ni semua gara gara tabiat membaca novel 24/7 hahaha.Okay okay sambung balik, dikala aku menaip beberapa patah perkataan Iqah masih lagi nyenyak dibuai mimpi indah.Haa padan muka siapa suruh tidur lambat semalam.Setelah berminggu minggu tak sentuh laptop akhirnya ambik kau sampai 2 3 entry satu hari ini.Ini juga disebabkan sisa sisa kumbahan yang terkumpul di dalam saraf  otak dan akan menyebabkan bertimbun timbun idea terkeluar (apa aku merepek ni) Tujuan aku menaip sekarang ni,untuk mengisi masa lapang tapi aku nak cerita sikit.Cerita APA? Hmm aku nak cerita aktiviti apa yang aku dan Iqah buat bila duduk kampung sampai 3 minggu ni.

1.Membaca novel

 

Haa FYI yang sebelah kanan tu aku baca k tapi tak bermaksud aku tak tolong opah dekat kampung.Iqah memang sengaja buat cerita, dia buat cerita pun sebab she's quite jealous bila aku dapat baca lagi banyak daripada dia. p/s : Iqah tumpang minta gambar ye :p

2.Mengait rambutan/melahap rambutan

Maaflah ye this part we have no pictures to show.Ikutkan hati nak je aku ambik gambar kat googles,tapi mengenangkan itu hak milik blogger-blogger yang lain aku malas lah nak ambik.Sebenarnya kitaorang mana ada mengait hahaha.Kitaorang terus tebang je dahan pokok rambutan tu,manakala sesi melahap pula adik adik aku yang makan bila dah siap dihidang dalam peti ais -.- (geram pulak aku,mentang mentang sejuk)


Ini sekadar gambar hiasan je,kalau nak makan rambutan kampung meh ler datang kampung aku.Banyak lagi rambutan sebab ada 2 3 pokok,Banyak KAN??

3.Meniaga secara kecil kecilan

Disebabkan aku mempunyai minat dalam business (ceh) aku bercadang dengan Iqah nak buat kuih pastu jual dekat kedai.Memandang kan opah aku ada teman rapat kat kg ni yang jual sarapan pagi dekat kg,maka aku tumpang kan lah kuih aku dekat situ.Alhamdulillah selama seminggu dapat jugak lah duit poket untuk aku simpan buat belanja aku sendiri hehehe.Nak tahu aku jual apa? Aku jual sardine roll n sausage roll,mula mula tu macam ada yang tak laku,tapi lama lama Alhamdulillah semuanya laku.dan jangan lupa doakan kami supaya result kami keluar dengan cemerlangnya (tetibe) Amin.


Thank you for reading our entry !

Morning!

Assalamualaikum.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 lebih. Tapi aku still tak dapat melelapkan mata. Haih. Apalah nasib. Ini semua salah Dayana! Tadi aku dah terlelap kat sofa luar pastu tetibe dia kejut ajak tidur dalam bilik. Huh. Pastu bila masuk bilik mulalah mata aku segar balik. Adoi. Tapi tidak mengapa Dayana,wa maafkan lu. Actually bukan salah lu pun. Hehe.

Tujuan aku update ni nak cakap yang aku rindu parents aku. Seriously miss them so damn much :'(.  
 Lagi-lagi ibuku yang tersayang. Ayah. Ibu. Cepatla balik kampung. Dua minggu tak bersua bagai berpuluh tahun. Baliklah bonda. Baliklah ayahanda. Anakanda mu ini merindui mu. sobbb.. sobb.. 

Klah bye. Nak tengok Minho balik. Hehe :D


Morning!

Assalamualaikum.

Pagi semua. Di pagi yang mulia ini aku nak cerita salah satu aktiviti dari beribu aktiviti yang kitaorang buat kat kampung ni. Eceh. Semestinya aktivitinya ialah membaca novel. Walau kadang aku pun bosan jugak bila macam sama je semua jalan cerita tapi tetapku kebalkan diri untuk membacanya. Namapun hobi kan :)


Dalam masa lebih kurang dua minggu kat kampung ni aku dapat habiskan lima buah novel. Okay la kan. Kira hebat lah jugak kan. Hahah. Angkut bakul masuk sendiri. Haa amik kau berperibahasa aku pagi-pagi buta ni. But aku tertanya-tanya adakah betul peribahasa yang aku gunakan itu al-maklumlah dah lama tak ke sekolah. Cikgu-cikgu bahasa melayu ataupun sesiapa yang mama dia cikgu bahasa melayu,sila tegur jika salah ye :P

Tapi.... korang tengok pulak berapa buah buku yang Dayana dah habiskan 


Lapan buah buku dia dah habiskan. Ish ish ish. Nampak sangat dia tak tolong opah kat kampung ni kan. Membaca je kerjanya. Jadi nampak sangat yang aku sorang je rajin menolong opah kan. Haha. Sudah,sila hadiahkan aku ais krim cornetto dan juga magnum untuk mengelakkan aku dari terus membangga diri. 

Oh ya semalam Dayana dengan rajinnya telah melakukan aktiviti blogwalking.


 

Siapa punya blog tu? Sila angkat tangan :D Hehe. Sungguh comel blog blog korang. Terasa blog kitaorang ini tersangatlah kerdil. Hukhukhukhukhukhukhuk (motif 'huk' banyak banyak???)

Ala,tapi dalam duk Dayana sibuk-sibuk blogwalking dia bukak jugak twitter dia tu. Macam aku tak tahu.


Hambik kau. Siap ada bukti lagi. Hehe.



Eh,tertanya-tanya di mana aku sepanjang Dayana keseorangan menguruskan urusan blog. Hahaha. Aku dengan senang hatinya terbaring enak di katil sambil tengok tv. Jahat bukan? Tidak mengapa. Sekali sekala :)


Handsome kan Randy ini  >___< 
Bila tengok Randy terlupa seketika cowok-cowok lain.
Lagi satu korang tengok tak cerita indon 'Bersemi Cinta Di Putih Abu-Abu'. Kan ada watak nama Billy kan. Ala yang Prince Billy tu. Handsome jugak dia. Aku bukan layan sangat cerita tu,tapi disebabkan ada Billy aku layankan aja. Yang Alex tu tak ah handsome sangat. Pastu kan sekarang ni aku tengah layan cerita 'To The Beautiful You',ya aku tahu cerita itu sudah agak lama tapi maklumlah sebelum ni kan sibuk ngan pmr and now baru sempat (bajet je sibuk ngan pmr -..-). Btw,dalam cerita tu ada Minho!!! Fuhh. Dia handsome wa cakap sama lu! Siapa yang menafikan kehenseman dia meh sini aku sekeh! Wahwah aku. Melampau pulak. Nanti ada pulak yang kecil hati. Hehe. Peace.

Okaylah semua. Aku mahu sambung layan drama korea. Dayana sekarang dah enak dibuai mimpi. Aku je yang tak lelap lagi. Sedih betul bila tengok orang lain senang je tidur u___u


Thanks for reading!


Saturday, December 8, 2012

Balik Kampung

Assalamualaikum.

Hey semua. Sihat? Fuhh.. lama gila kitaorang tak jejak blog ni. Sadis sungguh bila balik kampung tetibe tak ada internet connection. Takde internet connection pun disebabkan tuan punya rumah ni bertandang ke KL selama seminggu. Katanya nak melawat kitaorang (ceh memandai je aku ni) jadi disebabkan dah lama sangat tak bukak that's why dia jadi macam tu dia jadi slow sangat. Tuan punya internet ni pulak kebetulan makcik kami, EH kebetulan ke :p Jadi 26 haribulan 11 haritu dia nak balik Ipoh balik, Ipoh tu kampung kitaorang juga makanya kitaorang sepakat beramai ramai untuk memenuhi satu gerabak keretapi. Fuhh punya la bising dalam gerabak tu, kitaorang pulak  buat macam rumah sendiri sampai orang lain pun rasa terganggu dengan kehadiran kitaorang. Please imagine ada 9 kanak kanak dan 8 dewasa naik satu gerabak pastu tak campur lagi dengan orang luar. Hahaha.


Muka penuh teruja nak balik kampung (teruja sangat kan. hakhak) Oh ya kitaorang dibekalkan oreo sekotak 2 orang. Pastu air sebotol sorang. Ada yang dapat air coke,air strawberry,hundred plus,ice cream soda. Tapi kitaorang dapat air twister orange,kitaorang kan sweet so dapatlah air yang sweet sweet gitu. (sila tumbuk muka kitaorang) Haha.


Okay,dah masuk sila amik tempat masing-masing pastu angkat tangan ye anak-anak. (motif angkat tangan?)

 

Haa. Tu dia. Buruk perangai sungguh cousin cousin kitaorang ni. Tempat duduk tak panas lagi oreo yang dibekalkan dah sempurna diaorang lahapkan. Termasuk budak kecik comel yang tangan kat hidung tu. 


Memandangkan tak delah penuh sangat gerabak keretapi tu maka kitaorang beramai-ramai pun membuat lawatan. Tempat yang paling top yang harus dilawat tidak lain tidak bukan ialah tandas. Biarlah,bukan hari-hari dapat guna tandas dalam keretapi kan. So,dah sampai depan tandas pintu terbuka bagai mengalu-mengalukan kedatangan kitaorang. Haha. Dayana dengan pantas meluru masuk.



Sekali bila dayana tutup pintu baru perasan sebenarnya itu untuk oku. Aku dah tersenyum-senyum depan tandas tu. Tak pe lah tak salah pun kan. Hehe.


Tersenyum setelah membuang hajat. LOL. Ampun dayana :P


Baru perasan salah tandas. Haha. 


Separuh jalan diaorang dah merengek-rengek nak mee pulak. Adoi,tak kenyang lagi ke. Tak pe takpe. Makanlah korang. Makan. Habis satu gerabak tu bau mee goreng. Maaf ya ibu ibu bapak bapak yang ada dalam gerabak sama ngan kitaorang. Kitaorang memang sengaja nak menguji ketahanan perut ibu ibu bapak bapak. Kikiki.


Semangat harus ada walaupun tengah makan =D


Budak kecik comel ni datang kat kitaorang mintak mee goreng. Comel je. Tapi tapi kan. Masa kat kampung kaki dia tercucuk besi. Berlubang lah jugak. Seriau kitaorang tengok. Sakit kut. Darah banyak gila .___. Tapi selang berapa hari dia dah boleh jalan balik. Siap lompat lompat lagi. Lasak sungguh. 

Dipendekkan cerita. Setelah agak dua jam kitaorang se-family meriuhkan suasana dalam gerabak tu sampai mengganggu penumpang lain akhirnya kitaorang tiba jugak di station keretapi ipoh. Alhamdulillah semuanya selamat :)

 


Yay!!! Dah sampai kampung. Next entry kitaorang nak cerita pasal aktiviti kekampungan kitaorang kat kampung. Nantikan. Hehehe. 

Thanks for reading!