Tuesday, November 27, 2012

Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum

Semalam sekali lagi aku rajin nak buat sarapan pagi.Sarapan pagi ni bukan makanan melayu tapi makanan barat, apa apa jelah kan asalkan makanan asalkan rezeki.Okay back to the story,mesti ada yang dah tahu nak buat dan ada yang tak tahu nak buat kan? Kan kan kan? Hehehe meh adik adik,chef Dayana nak ajar (bajet bajet je gua ni) bagi yang tak reti nak masak Spaghetti Aglio Olio ni,nama je ''Aglio Olio'' tak bermakna rupa dia ''ugly''.Memandangkan dalam rumah ni ramai kanak kanak riang lagi sihat walafiat maka aku letak sausage sepatutnya Aglio Olio ni seafood je usually.Okay okay meh dekat sikit,chef Dayana nak tunjuk bahan bahan dan cara caranya.Treng teng teng......

Bahan-bahannya :

Spaghetti (tak kisah jenama apa,bergantung pada cita rasa korang)
Seafood (aku guna udang je,dah tu je yang ada dekat rumah)
Bawang putih (5-6 ulas)
Bawang besar
Lada hitam (tak kisah banyak mana,ikut kata hati nak letak banyak mana hehe)
Cili kering
Dan garam secukup rasa dan aku tambah lada bengala dan aku tambah ayam dengan sausage (suka hati je)

  

Cara-caranya :

Mula mula sekali mesti lah rebus spaghetti korang and dont you guys forget to put some oils to prevent dia melekat melekat gitu. (lupa nak tangkap gambar masa tengah rebus.Lol motif?)

Selepas itu macam biasa,potong bawang dahulu.Bawang putih dicincang halus manakala bawang besar dipotong dadu.Potong la semuanya lada bengala ke ayam ke udang ke.Okay? Jangan lupa pulak tumbuk lada hitam yang sebesar besar alam tu,tak pun kalau nak senang terus beli yang dah siap jadi serbuk tuh.

Lepas dah rebus spaghetti tu,korang sejukkan dulu.Bila dah sejuk lumurkan garam awal awal dekat spaghetti tu supaya ianya sebati rasa garamnya.Gitu!

Ok misi memasak spaghetti bermula :

Panaskkan 2 sudu minyak masak (nak guna olive oil/butter pun boleh)

Kemudian,tumis bwang putih dan bwang besar.Dah lama sikit baru masuk lada bengala.

Lepas tu,aku masukkan ayam dan sausage terlebih dahulu.Dah lama sikit baru masukkan seafood aku iaitu UDANG ataupun PRAWN ;P


 

Lepas korang rasa diorang dah masak sepenuhnya,baru lah masukkan spaghetti,lada hitam dan cili kering (cili kering dipotong serong,tahu kan?)

Dah boleh hidang dah,MUDAH dan RINGKAS kan? Hehehe.Jadi gadis gadis diluar sana,kalau malas nak masak bila tengah lapar masak ni pun okay apa.Dan.....tiba tiba secara tak sengaja aku jadi lapar pula bila tengok gambar ni semua.

Gambar selepas dihidang, sila pandang sahaja.Takmo sentuh sentuh. Hehehe

Okay selamat mencuba n thanks for reading our entry !

Friday, November 23, 2012

Heartbeat.my

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni hari Jumaat penghulu segala hari.Ucapkan rasa syukur kerana masih hidup di bumi Allah.Alhamdulillah.Semoga hari ini juga lebih baik daripada semalam.Amin.Okay hari ni aku nak cakap pasal banner yang dok selama ni ada je tersorok dekat tepi blog ni.Mungkin ada yang tak perasan,dan mungkin ada yang buat buat tak perasan.Bagi yang perasan tu korang ikhlaskan kan la diri korang untuk meng-click kan.Dari situ la aku dapat duit,Dari situ la punca rezeki aku sebagai pelajar Tingkatan 3 (ceh perlu ke sebut tingkatan berapa wakaka) Dari situ juga aku menabung.Aku bukannya tamak sangat sampai nak mintak bantuan korang,aku cuma nak bagi tahu je.Yelaa selama ni,aku dok juga tekan tekan orang punya nuffnang la tapi aku punya sendiri takde sapa yang nak tekan sob sob sob.Sedih aku tau,hanpa buat cek lagu ni.

Photobucket
Haa apa tunggu lagi click la banner dekat atas ni hehehe

Kalau korang nak tahu,aku rasa ni better lagi dari nuffnang dengan churp churp *Nama banner ni heartbeat* Aku dah cuba sign up nuffnang berpuluh puluh kali,serious aku tak tipu.Tapi malangnya tak boleh jugak.Pastu aku dah mengalah dengan nuffnang aku cuba pulak churp churp,nak sign up tu takde masalah sebab aku ada twitter tapi sampai sekarang aku tengok RM 0.00 je.Jadi aku cari la benda lain,tup tup aku jumpa ni kat blog Cik Epal.Heheh mekasih Cik Epal.Kalau korang nak tahu macam mana aku buat banner ni,korang boleh la pergi ke blog dia.Hmm walaupun aku dapat tak seberapa,walaupun cuma RM 0.04 per click.Tapi bukankah RM 0.04 tu duit jugak??? Aku paling tak suka orang cakap ''ala 20 sen je tu'' Banyak ah kau 20 sen,mentang mentang kaya sob sob sob.Kau tahu tak zaman aku masa darjah 4 5 6 dekat belakang sekolah agama aku boleh beli eskem seposen 1 tau.Murah kan? Hehehe.Jadi sila hargai duit walaupun cuma sepuluh sen.Ingat senang ke nak cari duit sekarang.Dah aku malas nak membebel panjang panjang nanti korang bosan pulak bye :-)

Thanks for reading our entry !


Thursday, November 22, 2012

Coco Ice Blended

Assalamualaikum.

Anda penat menyapu lantai? Anda penat mengemop lantai? Anda penat mengelap tingkap? Anda penat membasuh,menyidai dan melipat baju? Anda penat memasak? Anda penat melayan kerenah adik-adik? Tatkala cuti sekolah ini. Kini anda boleh menghilangkan penat anda dengan berehat seketika dan menikmati Coco Ice Blended. (resepi dari dayana. dia buat air coklat tapi aku memandai jadikan ice blended) kikiki.



Bahan-bahan:

beberapa ketul ais.

satu cawan air masak.

-6 sudu teh serbuk koko
-5 sudu teh susu pekat
-5 sudu teh gula
(aku tambah setengah cawan full cream milk)
(ikut suka korang la nak tambah atau nak kurangkan)

Dah sediakan bahan-bahannya? next,masukkan ice dalam blender korang. masukkan jugak air dan juga susu,gula,dan serbuk koko. kisar kesemuanya sehingga ice hancur. tapi jangan terlalu hancur nanti rasa macam air biasa je. dah siapp?? tunggu apa lagi. letak dalam cawan. taburkan sedikit colour rice. dannn jangan lupa campakkan dulu blender korang gunakan tu dalam sinki. campak je tau. lepas habis minum baru basuh. hehe.


Sudah hilang penat anda selepas menikmati coco ice blended ini? Jadi sila sambung balik kerja-kerja anda seperti biasa. Pasti anda akan lebih bersemangat dan bertenaga. lol.

Thanks for reading!







Tuesday, November 20, 2012

Cerita Hari Ahad di FRIM

Assalamualaikum.

Hari Ahad yang sangat indah. Awal-awal pagi lagi kitaorang dah bangun. Semangat gilalah al-maklumlah teruja nak jungle trekking kat Frim. Okay,actually tak de lah awal sangat kitaorang bangun. Dalam pukul enam setengah pagi baru bangun. Konon nak bangun pukul lima. Tapi biasalah cakap je lebat. Baiklah. Kitaorang siap-siap semua. Sarapan nasi goreng putih dimakan bersama-sama rendang daging. Oh,sangat enak. Sila bayangkan dan sila terliur. Hehe. Sarapan haruslah berat sikit memandangkan boleh tahan penat juga nak meneroka hutan frim tu. Sebenarnya mula-mula rancang nak pergi Bukit Broga tapi memandangkan   ada pulak kanak-kanak menyelit nak ikut jadi ke Frim je lah jawabnya.

Kitaorang gerak dalam pukul 8.45 dan sampai Frim dalam pukul 9.Hmm takde lah jauh sangat FRIM dengan rumah tak jauh mana (hehehe) Cari parking dulu. Rilek rilek ikat tali kasut dulu,goyang goyang badan,gelek gelek pinggang. Then,beli tiket untuk lalu kat jambatan gantung tu. Harga tiket dewasa 5 hinggit,student 2 hinggit,kanak-kanak 1 hinggit. Okay lah harga tu kan. Dapat hirup udara segar. Dapat bakar kalori. Lepas goyang-goyang,gelek-gelek pinggang semua tu kitaorang pun berjalan. Baru setengah jalan semua dah keletihan. Nampak sangat dah lama tak bersenam kan. Haha. Ala korang pun sama kan bukannya bersenam pun cuti sekolah ni. Yang korang tahu tengok tv,online,tidur,makan,baca novel. kan kan kan??  Ah,sudahlah. Mari kita teruskan.


Masa ni kitaorang tengah naik canopy walkway menuju ke jambatan gantung orang panggil.Hehehe gayat jugak la naik,rasa macam nak jatuh sebab tergoyang goyang orang belakang buat oopps.Tapi sempat pulak kitaorang pose dekat situ hehehe nak cari bahan bahan untuk letak dekat blog.Walau penat macam mana pun. Perjalanan tetap kitaorang teruskan. Yelah takkan kalau penat korang nak duduk situ je,dengan harapan ada orang boleh tolong kendongkan korang,tak pun berangan tetibe je dah sampai kat atas kan. Oh,please. Kitaorang gagahkan diri kitaorang segagah badang,sekuat hulk,sepower superman,seteror ironman untuk teruskan perjalanan. Walau mulut dah membebel "penat,penat", aturan nafas dah tak menentu kadang bernafas ikut hidung,kadang ikut mulut,kadang tak bernafas tapi kaki still menjalankan tugasnya dengan penuh amanah untuk berjalan. 


Yay!!! Akhirnya sampai pun kitaorang kat jambatan gantung ni. Fuhhh. Gembira gila. Rasa tenaga yang hilang sebentar tadi meresap balik ke badan. ewahh.

Dayana sedang bertapa. Hahah.

Haa. Budak-budak inilah yang menyelit nak ikut kitaorang tu. Sibuk je. Hehe. Dahlah semuanya mulut berek.  Ceh,terasa jahat pulak.

Ini pemilik blog yang cun melecun lagi meletop (oops terlebih sudah) namanya Hazziqah.

Sedang merentasi anak sungai yang berliku-liku (ceh aku over pulak,maaf gambar malas nak rotate)
   

Dalam perjalanan untuk merentasi hutan ke air terjun.

Ini pemilik blog yang pemalu dan kadangkala tidak waras namanya Dayana (hehehe)


Gambar ni aku tengok dah macam model jual kayu dah hahahaha.


Semasa di jambatan,gayat woooo.

Sungguh indah ciptaan tuhan walaupun gambar gerak tapi tetap indah.

 
Terpaksa merentasi anak sungai,walaupun sayangkan kasut.Huwaa kasut terus basah masa tu.

Jadi ni jela gambar yang dapat diambil,gambar tak banyak sebab kami fokus untuk menurunkan berat badan (ceh padahal duduk rumah makan 24jam) Okay bagi sesiapa yang tak tahu nak pergi mana cuti sekolah ni,aku recommend korang pergi FRIM jela.Apa salahnya kan daripada korang duduk rumah tak tahu nak buat apa goyang kaki tengok tv sambil makan junk food haishh sungguh tidak patut (lol bm failed) , kalau korang pergi FRIM ada juga faedahnya dapat jugak tengok alam yang indah ini ceh ceh.Jadi apa tunggu lagi,dengan tekad dan iltizam yang tinggu AYUH turunkan berat badan anda (tetiba) 

Thank you for reading !

Roti disaluti telur bersama intinya nutella

Assalamualaikum

Kelmarin Iqah sms aku dia cakap ''Apa kata lu buat roti telur nutella tu.Pastu update kat blog!!!'' (Ceh kitaorang memang cakap wa lu wa lu,dah macam gengster pulak hehehe) Okay berbalik pada tajuk aku ni ''Roti disaluti telur bersama nutella'' Mesti ada yang tertanya-tanya kan ''Macam mana ghope dia dekk'' ''Sedap ke'' ''Bunyi dia macam tak sedap je'' Eh eh suka ati je cakap tak sedap (maaf emo hahaha) bagi aku roti ni sedap,Iqah yang meletop tu pun kata sedap,adik aku pun makan jugak termasuk lah empunya tuan badan yang cipta resepi ni (mestilah) Sebenarnya resepi ni datang secara tak sengaja masa aku tengah sapu nutella kat roti tiba tiba datangnya idea yang bernas lagi munasabah ni untuk mencuba resepi ni.Nak tengok rupa dia macam mana? Haa tunggu dan lihat.Meh la tengok cara cara nak buat dulu.

Bahan-bahannya :
Nutella
Roti
Telur
Sedikit margerin

Cara-caranya : 
Mula-mula sekali sediakan dulu beberapa keping roti. Ikut suka korang la. Nak berapa keping pun. Tapi ingat pesanan ini "makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang" (tetibe pulak kan).



Selepas itu,korang mestilah sapu nutella sebanyak atau semampu mana yang korang boleh satu botol pun boleh.Ok itu dah melampau,gurau je.

 


Lepastu sediakan telur yang telah dikacau (kacau macam nak buat telur dadar) then celupkan roti yang korang sapu dengan nutella tu dalam telur. Oh ya. Jangan lupa basuh dulu telur tu. Kebersihan harus dijaga sentiasa. 

 


Lepas dah celup (jangan lupa panaskan non stick pan awal awal) masukkan sedikit margerin dan pastu korang boleh letak roti tu atas kuali leper korang tu.Toksah lama lama sebab dia masak sekejap je.

 

Haa ni la hasilnya,walaupun rupa tak seberapa tapi SEDAP rasanya meleTOPP gitu (wah wah wah aku)



Sebenarnya motif aku ni nak promote nutella (hehehe takdelah main main je) tapi kan kan kalau korang nak yang murah aku tahu tempatnya di mana pastilah di NSK!!! Ayuh ke NSK!!! Ceh over pulak aku ni,mak aku selalunya beli yang besar terus 750g (tak silap aku la berat dia macam tu) sebab dalam rumah aku ni ramai.Semuanya minat minat belaka pulak tu.Kalau korang nak tahu harga nutella kat NSK berapa yang besar tu,tak silap aku lah kan semalam aku tengok RM 26.90 kalau harga ahli RM 20 berapa tah RM 22.90 macam tu kot aku pun tak pasti tapi sangat murah hehehe.Baiklah aku pun dah promote NSK,nutella kat korang. sekarang ni aku nak makan pulak.Bye bye! Dan aku lupa bilang sama kalian,roti ini enak dimakan begitu saja oh gardenia sungguh enak dimakan begitu saja (ok aku dah melalut) sebenarnya nak cakap sesuai di makan waktu pagi dan minum petang bersama keluarga tercinta.

Thank you for reading this entry.

#kalau korang pernah makan kat old town. apa tah nama roti yang old town jual tu. lebih kurang macam roti yang aku buat ni jugak. tapi buat sendiri is better. faham faham je lah harga kat old town tu boleh tahan jugak. boleh kopak duit kalau tiap-tiap hari pergi old town nak breakfast roti yang sangat senang nak dibuat.  jadi intihanya,buat je sendiri okay :) 

Roti Gulung Sosej dan Coleslaw dan Burger

Assalamualaikum

Tadi petang tiba tiba rajin pulak diri ni nak buat minuman petang untuk keluarga,saudara mara,atuk dan opah kami semua.Nak tahu kami buat apa? Kami buat ''Roti Gulung dan Coleslaw dan Burger'' (tapi gambar burger lupa nak tangkap hehehe maaf ye) Tapi sebelum kami buat ni semua,pergi la kedai kejap cari barang yang takde dekat rumah.Ambik koo! Belanja sampai RM 20 padahal nak beli roti dengan carrot je.Kitaorang ter-beli kek pisang pulak hehehe (kegemaran sentiasa) kitaorang pergi bila 6 paket kek pisang yang kecik tuh, banyak kan???  Okay dah dah,berbalik pada tajuk ye kalian.Disebabkan dalam rumah ni ada lebih kurang 20 orang,kitaorang pun guna lah roti sebanyak 2 buku,52 sausage (banyak kan),beberapa biji telur dan roti burger. Wah wah dah rupa macam masuk masterchef untuk sajian luar pulak kan? Hehehe.Yang kali ni punya aku malas nak kasi resepi tapi kalau dah ramai request akan kucoba sedaya yang mampu untuk meng-update juga jadi jangan lah sedih ye.Jadi kalau mahu resepi ini,sila comment banyak banyak kat entry ni supaya senang nak tengok.Okay,mari kita lihat gambar-gambar yang telah diambil oleh hazziqah untuk tatapan umum (wahahaha)


Tadaaaaa :D
Okay,hanya satu gambar sahaja. Hahah. Akibat malu nak tangkap gambar. Sebab ramai sangat orang. Oh,sangat pemalunya hazziqah ini. (sila buat muka)

p/s : Ini cerita semalam sebenarnya (kekeke)

Thanks for reading :)



Friday, November 16, 2012

Pray For Gaza

Assalamualaikum

Di sini aku cuma pohon tolong doakan saudara Islam kita di Gaza.






(2 situasi yang berbeza)

Let's pray together to Allah.For our brothers and sisters.

Thursday, November 15, 2012

today.

Assalamualaikum.

Hari ini aku bangun dengan satu tekad yang sangat nekad untuk.... membasuh baju. yaa. baju dah bertimbun tak berbasuh. ohh. sangat memalukan. kalau mak mertua tahu ni. confirm kena reject awal-awal. ceh. result pmr pun belum keluar ada hati nak ada mak mertua. btw. aku rasa baju tu adalah dalam seminggu punya stock. sebenarnya senang je pun nak basuh baju. masuk dalam mesin. dah siap. tapi alangkah pemalasnya aku sejak cuti sekolah bermula ni. tapi tidak hari ini. dengan azam tahun baru. aku nak jadi rajin tahun ni. aku nak berhijrah ke arah yang lebih baik. ecehh. actually tadi aku nak basuh senyap-senyap. tak nak kasi ibu aku tahu. yelah,kalau dia nampak aku angkat baju bertimbun tu turun bawah confirm kena perli punyalah. so,lepas mandi aku turun lah bawah dulu tengok ibu ada kat bawah ke. sekali ada lah pulak. tengah aku fikir fikir apa strategi aku nak basuh baju tanpa pengetahuan ibu. tetibe ibu aku bersuara "basuh baju kamu tu. jangan nak kumpul kumpul sampai bertimbun" eh. eh. eh. yaaaa. ibu. memang nak basuh pun. so,dengan gembiranya aku bawa turun baju-baju aku tanpa perlu memikirkan strategi. hakhak.

hai. saya miko. saya nilah tempat tuan saya letak baju  kotor dia.  nampak gambar itu. saya senyum bukan?  saya tersenyum kerana tuan saya nak kosongkan isi dalam badan saya hari ni. tak de lah saya terbeban sangat. sayang tuan saya.

sayang kau jugak miko. ceh,tak betul dah otak aku. okay okay. cukup sampai di sini. suruh dayana pulak update pulak. haha :p

thanks for reading :) 




Wednesday, November 14, 2012

#kek1

Assalamualaikum :)

Hye. Harini mari bersama saya Chef Hazziqah dalam rancangan masak-memasak. cehh. sebenarnya tadi terbaca resepi kek lapis cheese persona dekat blog aunty ana.(eh,suka hati je aku panggil aunty kan.hehe) bila baca-baca rasa senang la pulak. lagipun cheese lebih buat tiramisu haritu pun ada lagi. so apa lagi main masak-masak lah aku petang ni dengan dibantu oleh adik kecil aku. nak masak ngan dayana,jauh pulak rumah dia. kan best kalau rumah sebelah-sebelah,boleh main lompat lompat je kalau nak pergi rumah dia.  okay,berbalik pada kek cheese ianya sangat-sangat mudah and korang patut try! thanks a lot kat blog kak ana(akak is better kan :). aku memang suka baca blog tu sebab resepi kat sana mudah dan sangat senang nak diikut,lagi lagi buat aku yang masih mentah ini. ecehh. haritu aku try buat oreo cheesecake and tiramisu and lasagna ikut resepi kat blog tu,Alhamdulillah menjadi. oh ya dayana pun suka baca blog tu. kami pernah berangan nak jadi macam kak ana you knoww. anak dia pun semua comel comel belaka. sejak cuti sekolah bermula ni aku kalau hadap laptop je mesti baca blog kak ana.

oh ya. since dia dah bagi kebenaran nak copy resepi dia. so apa lagi jom cekidaut :D

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
(ambil kat blog ana suzana)

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

First of all celupkan biskut marie dalam susu tu. susun la kat dalam dulang or bekas or whetever. bahan b tu korang campur kan je semua pastu kacau sampai sebati. aku guna mixer. then,sapukan bahan b tadi atas biskut yang telah disusun. next,taburkan biskut yang telah dihancurkan menggunakan blender. after,that lapiskan lagi dengan biskut,bahan b dan biskut yang telah dikisar. ulang langkah tadi sampai habis bahan b tu. pastikan atas sekali dilitupi bahan b. aku rasa ayat aku sangatlah berbelit-belit. better korang pergi je jenguk blog kak ana ye. dia ada tunjuk gambar lagi. and gambar gambar tu lah yang membuatkan daku terliur sampai teringin sangat buat.

Oh ya ini hasil yang aku buat. taraaaa ~~~


sangat hodoh rupanya. bagai dilanda tsunami. tapi still puas hati lah. adik adik aku pun tak sabar nak makan. aku tengah sibuk tangkap gambar. dia suruh cepat. errr,yelah adikku sayang. yelah,akak potong kan ye. pastu akak suap sorang-sorang kek ni. ceh, buang tebiat aku nak main suap-suap ngan diaorang pulak -..-



Ni konon nak buat platting lah. haha. tahpape je aku tengok. adik aku yang lelaki tu lah bagi idea buat macam ni. hadoiii. terharu gila aku ngan idea dia yang tahpape ni. btw,terima kasih lah yee. kalau akak yang buat. confirm langsung tak de rupa kek karang. hehe.

Aku tabur kan dengan biskut yang telah dikisar dan milo. tapi actually bahan bahan aku tak ikut sangat sukatan yang diberi. sebab cheese tinggal secebis je. so aku aku main letak je lah. susu pun guna full cream je. Alhamdulillah still menjadi.Untuk kamu semua sila jealous. Dayana juga. ahaks~ tak pe. InsyaAllah nanti aku akan buat entry masak bersama ngan dayana. and hasilnya akan kitaorang kongsikan di sini. salam awal muharam. thanks for reading :)




SALAM HIJRAH 1434H DARIPADA KAMI SEMOGA TAHUN YANG BARU LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN YANG SEBELUMNYA.
AMIN,INSYAALLAH SAMA-SAMA KITA DOAKAN :-)

Jangan lupa baca ni ye teman-teman blogger,maaf postnya lambat.

Cuti Sekolah dan Perkara Berfaedah

Assalamualaikum

Cuti Sekolah dan Perkara Berfaedah pasti ada yang tertanya tanya kenapa tajuk dia macam tu kan.Pasti.Ceh.Cuti sekolah memang ada tiap-tiap tahun,kalau takda memang sah kalendar tu gila/tipu kita (kalendar juda dipersalahkan) Aku pun tak faham kenapa manusia selalu salah kan benda padahal salah tu datang dari sendiri (padahal diri sendiri pun macamtu) Okay berbalik pada tajuk yang satu ini ''Cuti Sekolah'',selalunya pelajar-pelajar sekolah ni diorang duduk rumah pun bukannya tolong emak sidai baju or whatever (terkena batang hidung diri sendiri) diorang mesti main ''pesbok'' tak pun tweet tweet dengan girlpreng boypreng (teenagers nowdays hakhak) ala yang ''twitter'' tu namanya tak pun yang dok popular sekarang ni ''ask.fm'' suka sangat tanya soalan yang merapu-rapu kat ask.fm tu.Baiklah aku nak tunjuk sikit rutin harian pelajar di sekolah dan di rumah sebelum/selepas cuti sekolah dan lepas buka sekolah.

(yang ni sebelum cuti sekolah)

(pelajar selalunya stress atau lebih dikenali dengan perkataan tertekan bila nak exam)


(ni rupa bila dah cuti,berdengkor dalam bilik je kerja dia)

(ni rupa tulisan korang lepas dah masuk sekolah balik,ceh memandai je aku ni,ni sebenarnya kuih cakar ayam)

(maksud aku tulisan korang jadi macamni, CAKAR AYAM namanya)


Mesti ada pelajar yang macam ni,mesti ada! Ceh.Okay sekarang ni aku nak cakap pasal ''Perkara Berfaedah''.Apa itu ''Perkara Berfaedah'' ? Perkara berfaedah ni bagi aku something that we do yang tak membuang masa such as baca buku/novel dikala waktu lapang (macam pemilik blog ni hehehe) selain daripada korang baca buku/novel ianya dapat juga meningkatkan saraf-saraf otak korang yang dah lemah setelah sekian lama tak masuk sekolah (pandai pandai je aku ni) Sampai sini jelah meng-updatenya tunggu di lain entry pulak ye! Maaf kalau ada tersalah kata/terkasar kata.

Sebelum aku pergi aku ada nak cakap sesuatu :

''Hiasilah cuti sekolahmu dengan perkara perkara yang berfaedah''

p/s: Nak tahu pemilik blog buat apa pada cuti sekolah mereka? Nantikan entry yang seterusnya ^^





Monday, November 12, 2012

Kami #Part2

Assalamualaikum.

Okay sudah tiba masanya pemilik blog memperkenalkan diri. sebenarnya kami berdua merupakan cousin yang sangat akrab. ecehh. tapi,kalau sehari tak text sesama sendiri hidup kami bagaikan tak lengkap,tak sempurna,semuanya jadi tak kena,mandi jadi sampai berjam-jam,makan sampai berpinggan-pinggan,hari yang mendung bertambah suram lagi sepi. 

Mahu lihat kehidupan kami masa kecil? mahu? mahu? sudah katakan sahaja kemahuan kamu itu,tak perlu berselindung di balik langsir. oh ya kami bersyukur sangat kerana ibu bapa kami mengabdikan kehidupan tatkala kecil kami.Alhamdulillah.jadi mari terokai kehidupan kami di masa kecil yang indah tanpa sebarang masalah.


Ini gambar di kampung. Dayana yang baju dora the explorer tu. Hazziqah yang rambut panjang tu :P


Ini pula ketika bermain lari-lari di sebelah rumah opah. actually opah suruh kitaorang cabut rumput yang semakin tinggi,tapi normal la kan. budak-budak. mana pernah serius dalam sesuatu hal. (masalahnya sekarang kenapa cara aku cakap macam mak budak ni weh? u_u)


Ini pula tatkala petang menjelma,apa lagi main pusing pusing la. ala,lagi satu ingat tak permainan yang kena buka tutup buka tutup tu. ala,yang lagu dia. err err errr. okay,aku lupa. jadi mari ke gambar seterusnya *buat muka tak bersalah*

Haa. ni time main nyorok nyorok ngan opah. lol. 

Ini pulak time malam. dah penat lelah mengeluarkan peluh di petang yang indah. jadi setelah mandi. kitaorang main sikat-sikat rambut pulak. before that,dalam bilik air dah main syampoo rambut dah. eh,kitaorang memang mandi sesama dulu. tak payah nak pandang pelik sangat. korang pun pernah kan. sudah sudah. betulkan balik muka korang tu :p

Jadi sampai di sini sahajalah cerita cerita dongeng kami berdua. hehe. sesungguhnya segala tulisan kami di atas lebih banyak auta dari fakta. tapi ada jugak yang betul tau. Thanks for reading. InsyaAllah lain entry kami ceritakan kisah yang benar. peace :D